AbgZan
Setelah 13 tahun, akhirnyer, Ringgit telah melonjak ke paras yang amat tinggi, iaitu 1uSD = RM3.13...hebat betul....masa sblm RM unpegged, dia berada di 3.80....soon or later, mungkin kembali ke paras dahulukala iaitu RM2.50 per USD....malh entah2 RM2....mahsyuk tu kalau pi sana berbelanja...sana dah ler murah2 barang...hehe...


Ringgit tertinggi 13 tahun (utusan)

Oleh SARAH NADLIN ROHIM dan SYUKRI SHAARI
bisnes@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Ringgit hari ini melonjak ke paras tertinggi sejak 13 tahun lalu sebagai reaksi serta merta kepada tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan ringgit digunakan dalam urus niaga perdagangan di seberang laut.

Mata wang tempatan itu berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ditutup pada paras RM3.1330 selepas menyaksikan prestasi paling kukuh pada RM3.1270 pada awal dagangan pagi ini.

Kali terakhir ringgit berada di kedudukan paling kukuh ialah RM3.1260 pada Oktober 1997.

Setakat ini, mata wang tempatan itu berjaya mengukuh sebanyak 9.3 peratus berbanding dolar AS pada tahun ini, sekali gus menjadi mata wang yang paling diniagakan dan berprestasi terbaik di Asia.

Para penganalisis tempatan menyifatkan langkah yang diambil oleh bank pusat sebagai tepat dan kena pada masanya, dengan mengambil kira pertumbuhan ekonomi yang pantas dicapai oleh Malaysia dan selari dengan selari dengan pertumbuhan negara-negara serantau.

Pengarah Eksekutif Jupiter Securities, Nazzary Rosli berkata, perubahan dalam peraturan liberalisasi telah meningkatkan minat yang tinggi terhadap ringgit.

Ini kerana, mulai sekarang para pengeksport dan pengimport dibenarkan menggunakan ringgit dalam transaksi urus niaga mereka.

''Pengimport dan pengeksport lebih berminat menggunakan ringgit kerana ia akan membantu mengurangkan pendedahan kepada ketidaktentuan mata wang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, BNM ketika mengumumkan langkah liberalisasi yang seterusnya melibatkan mata wang tempatan, membenarkan rakyat menggunakan ringgit untuk penyelesaian perdagangan di peringkat antarabangsa untuk barangan dan juga perkhidmatan dengan bukan pemastautin, selain menggunakan mata wang asing.

Bank Pusat itu juga membenarkan syarikat tempatan membuat pinjaman dalam mata wang asing daripada syarikat bukan bank asing yang berkaitan, selain mendapatkan peminjaman daripada syarikat induk bukan bank asing.

Pada masa yang sama, had perlindungan nilai jangkaan transaksi akaun semasa dengan bank tempatan berlesen juga dimansuhkan bagi memudahkan pengurusan risiko lebih efektif oleh rakyat tempatan.

Sementara itu, seorang penganalisis lain, Pong Teng Siew berkata, kelonggaran peraturan itu akan mengurangkan kebergantungan mata wang dolar dalam aktiviti perdagangan.

''Perubahan ini baik kerana krisis ekonomi telah membuktikan kebergantungan kepada mata wang AS boleh menyebabkan kejatuhan ekonomi global,'' kata beliau.

Teng Siew berpendapat, ringgit dijangka mencecah paras yang lebih baik sebelum akhir tahun ini, sejajar dengan pemulihan kukuh ekonomi negara.

Bagaimanapun, negara tidak boleh sekadar bergantung kepada pemulihan ekonomi global sebaliknya kadar faedah juga perlu ditingkatkan supaya nilai mata wang negara terus meningkat, kata beliau.

Ketua Ekonomi RAM, Dr. Yeah Kim Leng pula berkata, pertumbuhan pantas ekonomi dijangka mengukuhkan lagi kedudukan ringgit kepada paras RM3.00 menjelang bulan depan.

Andaian itu dibuat dengan mengambil kira prestasi negara-negara maju yang masih lembap, sekali gus memberi kelebihan kepada ringgit.

''Peningkatan nilai ringgit akan memberi kesan kepada fundamental kerana kuasa membeli di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat,'' tambah beliau.


ANy comment guys?
AbgZan
Assalamualaikum,

Kepada yang berminat nak dengar Qari-qari terkenal membaca Quran, boleh lawati: http://www.quranexplorer.com/

Sambil dengar, kita juga boleh baca sendiri, sebab ayat-ayatnya turut dipaparkan. Translationnya pun ada, bukan sahaja kepada Malaysian, Indonesian ataupun English, malah French pun ada!

Ingat, setiap satu huruf... baca al-Quran, sama dengan pahala sepuluh kebajikan, wallau'alam.
AbgZan
Saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini, untuk mengucapkan "Selamat Berpuasa dan Bertarawikh"....Semoga puasa kita kali ini lebih baik dari tahun lepas :)

Wallahu'alam
AbgZan
Salam pembaca blogku,

Harini aku nak pamerkan sikit perhiasan rumahku....tapi bukan hiasan rumah yang selalu orang buat...ada tu ada la, tapi jarang orang buat...

Cuba teka apa dia? chehh, sure u all tau punya, sbb tajuknya dah bagi tau jawapan, hehe..

Yer betul, perhiasan rumah yang aku maksudkan tu adalah koleksi senjata antik (nampak macam antik, tapi tak antik pon)....ia termasuklah, keris, parang, panah, sumpit, tongkat, nunchaku (betul ke eja ni), shield, pisau, pedang samurai, etc...

Aku memang gemar beli senjata2 ni, terutama bila pergi ke tempat2 yang ada jual senjata-senjata macam ni....
Kesemua koleksi senjata yang aku ada, tak termasuk senapang dan meriam (lighter), hehe...


Ala-ala keris gitu, ukiran naga, dibeli di Bandung, Indonesia


Parang, dibeli di Miri, Sarawak


Keris, dibeli di Bali, Indonesia

Panah, juga dibeli di Bali, Indonesia

Ala-ala pedang samurai gitu, dibeli di Melaka


Shield, dibeli di Miri, Sarawak


Sumpit katik (pendek), dibeli di Miri, Sarawak


Tongkat, dibeli di Miri, Sarawak, Sumping panjang tu dibeli di Bali, Indonesia


Parang kecil, dibeli di Bandung, Indonesia


Pisau perang (kot), dibeli dari Turki


Nunchaku (betul ke ejaannya), alaaaah yang Michael Engelo (betul ke ejaan ni) yang Ninja Turtle dok pakai tu..

Tu aja....hehe.... you all pulak, hias rumah dengan apa?? topi ke? gambar ke? frame?
Apa2 hal, nak komen, komen aja ok guys :)


AbgZan
Kita tengok pelbagai program Kerajaan lalukan untuk menggalakkan pelaburan asing ke Malaysia. Adakah ia berkesan? Kadangkala kita baca berita, berbillion Ringgit dilaburkan ke Malaysia. Tetapi adakah ianya besar? Bagi saya ia agak kecil berbanding tahun-tahun lepas, seperti pada tahun 2007.

Kalau nak senang, kita tengok aja jumlah transaksi Bursa Saham Kuala Lumpur setiap hari. Hanya separuh atau 1/3 sahaja berbanding jumlahnya pada tahun 2007/2008. Ini bermakna tidak ramai yang melabur. Atau nak senang cerita, tak ramai pelabur asing yang masuk pasaran Malaysia. Mengapa?

Kerana "Pelabur Asing tiada wang untuk melabur"...begitulah kata Dr. Mahathir...dan saya bersetuju dengan beliau....baca artikel yang dipetik dari Utusan di bawah untuk maklumat lanjut:


Pelabur asing tidak ada wang untuk melabur - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.

Bekas Perdana Menteri memberitahu, pelabur terbabit juga memerlukan wang yang mereka ada untuk dilaburkan di dalam negara sendiri berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama di Eropah dan AS.

''Keadaan ekonomi Eropah dan AS amat terjejas berikutan krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.

''Kebanyakan pelabur terpaksa menumpukan kepada pelaburan di dalam negara masing-masing kerana ia amat diperlukan di sana, ini bermakna mereka tidak akan membuat pelaburan besar di negara lain,'' katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi The Loaf berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan cawangan keempat The Loaf di IOI Boulevard di Puchong dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengarah Urusan The Loaf, Jiro Suzuki.

Dr. Mahathir mengulas mengenai Malaysia mencatat kejatuhan FDI sebanyak 81 peratus tahun lalu kepada AS$1.38 bilion (RM4.22 bilion) berbanding AS$7.31 bilion (RM23.39 bilion) pada 2008 yang merupakan rekod terburuk dialami negara sejak 15 tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengkaji bagi meningkatkan pelaburan dalam negeri seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain.

Sementara itu, mengenai The Loaf, Dr. Mahathir memberitahu, kedai roti premium berasaskan resipi Jepun itu menerima banyak permohonan untuk memfrancais jenama kedai tersebut termasuk dari Singapura dan Indonesia.

''Memang menjadi hasrat The Loaf untuk memfrancais perniagaan tetapi masanya belum tiba, memandangkan pihak pengurusan perlu mendapatkan data yang tertentu bagi memastikan ia akan memberi keuntungan mencukupi.

''The Loaf perlu memastikan bahawa jenama ini mampu menarik pelanggan setiap masa dan dapat mencatatkan keuntungan yang maksimum, bagi memastikan setiap kedai francais yang dibuka akan dapat keuntungan sewajarnya,'' katanya.

Beliau memberitahu, usaha untuk memfrancais The Loaf akan dibuat secepat mungkin selepas semua data dan jenama itu mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada pelanggan.

Dr. Mahathir memberitahu, adalah tidak rasional untuk The Loaf mengendalikan semua cawangannya dan cara terbaik ialah melalui francais yang dilakukan pada masa yang sesuai.

The Loaf juga akan membuka cawangan kelima di Bangsar sebelum akhir tahun ini.



ANy comment guys, just drop it down ok :)
Labels: , , , 2 comments | edit post