AbgZan
Assalamualaikum Muslimin dan Muslimat sekalian,

Di kesempatan yang ada ni, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.

Jemput2 la datang rumah :)

Hari Raya ke-2 dan ke-3 balik kampung....lepas tu ada di rumah hingga hari Raya ke-6 (Ahad)....
AbgZan
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Nampaknya dividen bank persatuan telah diumumkan. Walaupun pada mulanya, jika saya tak silap, mereka umumkan 7.5%, tetapi akhirnya mereka umumkan secara formal sebagai 6.5%.

Nampaknya dividen kali ni setaraf dengan ASW punya dividen....

Saya rasa ini agak rendah. Walau bagaimanapun, it is better than nothing. Ok la tu...sebelum2 ni, mereka bagi sekurang-kurangnya 10%....

Mungkin tahun depan mereka akan bagi 15% ke, siapa tahu...wallahu'alam.

___________________________________________
Perhatian Kepada Anggota-Anggota Bank Persatuan
Bayaran Dividen 2010

Kepada anggota-anggota individu (perseorangan) Bank Persatuan yang menpunyai syer keanggotaan sehinnga tempoh berakhir pada 31 Disember 2010, bayaran dividen tahun 2010 yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebanyak 6.50% adalah akan dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Persatuan mulai pada 25 Ogos hingga 26 September 2011.
  • Bayaran dividen melebihi RM5,000.00 adalah akan dibayar secara cek.

Bagi anggota-anggota koperasi pula, bayaran dividen akan dilakukan secara cek sahaja seperti tempoh di atas juga.

Terima Kasih

Setiausaha Bank Persatuan


AbgZan

Salaam all,

Saya ingin kongsi satu kisah saya baca dari akhbar Hmetro....menarik citer ni....seorang peniaga yang berjaya, yang pernah merempat di kaki lima, tiada tempat untuk berteduh...boleh dijadikan teladan buat kita...

-------------------------------

KEINGINANNYA untuk menceburi bidang perniagaan begitu memuncak sehingga sanggup mempertaruh-kan nasibnya biarpun ketika itu langsung tidak ‘jelas’ dengan selok-belok dunia perniagaan.

Sikap ambil mudah dengan menyangkakan dia mampu bernafas dalam bidang itu akhirnya memakan diri apabila terpaksa merempat di kaki lima akibat kegagalan dalam bidang itu.

Namun bagi Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd, Amir Ramadzan Ibrahim, 39, ia sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba nasib dalam bidang itu.

Katanya, dia mempunyai matlamat jangka masa pendek dalam setiap apa yang dilakukannya dan akan memastikan dia mencapai sasaran.


Mungkin kedengaran kelakar, namun realitinya impian dia ketika itu hanya mahu memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes- Benz.


“Saya mula menceburi bidang perniagaan dengan menjalankan aktiviti berkaitan pasaran saham selepas melihat beberapa kejayaan rakan dalam bidang itu.

“Oleh kerana ingin terbabit sepenuh masa, saya sanggup melepaskan kerjaya tetap sebagai wartawan di sebuah syarikat demi mengejar impian itu,” katanya.

Namun tindakannya yang tidak mengkaji bidang itu terlebih dulu menyebabkan ‘jodohnya’ dalam bidang itu tidak bertahan lama apabila keadaan pasaran tidak menentu.

Masih lagi enggan mengaku kalah, dia kemudian menceburi perniagaan yang membekalkan pekerja asing bersama empat lagi rakan kongsinya.

Entah di mana silapnya, nasib terus tidak menyebelahinya apa-bila perniagaan itu turut menemui kegagalan dan lebih memeritkan apabila ditipu seorang rakan kongsi.

Keadaan ekonomi yang mengalami kegawatan sekitar 1997 dan 1998 membuatkan dirinya terus tersungkur sehingga terpaksa mengambil masa lama untuk bangkit semula.

“Tidak dapat dinafikan saya memang kecewa ketika itu. Mana tidaknya, harapan dan impian saya hancur berkecai hanya kerana kontrak perniagaan itu tidak sah.

“Kejadian itu betul-betul membuatkan saya jatuh terduduk dan lebih menyedihkan, saya terpaksa merempat di kaki lima dengan menumpang tidur di atas sofa
sebuah hotel di Chow Kit,” katanya.

Di situlah tempat dia untuk berteduh daripada panas dan hujan selama lebih dua bulan dan tempoh itu adalah waktu ‘gelap’ dalam hidupnya.

Enggan terus meratapi nasib diri, dia berusaha mencari kerja hinggalah dia berjumpa rakan-nya yang berniaga burger, lantas mengambil keputusan membantu rakannya.

“Saya hanya diberi upah RM5 sehari dan walaupun ia sememangnya tidak mencukupi untuk hidup di kota besar ini, saya terpaksa menerima demi meneruskan hidup.

“Lebih menyedihkan, atas kesesakan hidup dihadapi, saya terpaksa menyepikan diri daripada keluarga selama dua tahun kerana bimbang mereka mengetahui keadaan saya yang sebenar,” katanya.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Syariah ini menyifatkan dua kegagalan dalam perniagaan itu berpunca daripada kurang pengetahuan dalam bidang itu.

Baginya, dalam hidup ini ada ketikanya kita perlu ‘menyerah’ dan menyimpan impian dan harapan buat seketika demi mengikut arus keadaan semasa.

Walaupun mengalami zaman kejatuhan, semangatnya tetap utuh dan dia terus mencari lorong yang membolehkan dia memiliki pendapatan lebih stabil.

Amir Ramadzan dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan dengan bergantung harap kepada ayahnya bekerja sebagai penjual roti, dia berdepan beberapa kekangan untuk hidup selesa seperti orang lain.

Menjadi abang kepada lima adik yang lain, sememangnya dia turut memikul tanggungjawab yang berat selepas ibu dan ayahnya.

Namun dia bersyukur kerana meskipun hidup serba kekura­ngan, ibunya sentiasa memantau pergerakannya dan pergaulannya supaya tidak terjebak dengan aktiviti tidak bermoral.

“Percaya atau tidak, saya tidak tahu berenang walaupun rumah saya hampir dengan sungai, sedangkan rakan sebaya saya handal membuat pelbagai aksi terjunan.

“Seperkara lagi, sesusah mana pun, ibu dan ayah pastikan saya dan adik beradik lain pergi ke sekolah dan belajar sehingga ke peringkat tertinggi,” katanya.

Menurutnya, sejak kecil dia diajar berkawan dengan buku sehingga rakan menggelarnya ‘ulat buku’ dan tabiat itu terbawa-bawa sehingga dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya.

Selepas mengalami zaman kejatuhan, akhirnya kehidupannya kembali selesa apabila berjaya memegang jawatan Pengurus Pengiklanan di sebuah syarikat pengurusan acara.

Bermula dari saat itu dia membina kerjayanya dan dengan gaji diterimanya yang boleh disifatkan sebagai selesa, dia berjaya mencapai impiannya.

Namun, kegembiraan itu tidak lama dan dia sekali lagi terpaksa melalui saat sukar apabila rakan kongsinya menikamnya dari belakang ketika bersama menguruskan sebuah projek.

Kecewa dengan keadaan itu, Amir mengambil langkah drastik dengan meletak jawatan sehingga menjadikan dia penganggur kembali.

Bagaimanapun kali ini, dia tidak boleh melalui keadaan serba kekurangan itu dalam tempoh lama kerana ketika itu dia sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

Bagi memastikan poketnya tidak kering, dia mengambil upah membaiki peralatan komputer selain perlu mengelak isterinya mengetahui keadaan sebenar.

Kesukaran demi kesukaran dialaminya langsung tidak mematahkan semangat, sebalik-nya otak terus ligat berfikir untuk mencari ruang menjalankan perniagaan.

Dia akhirnya membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang kecantikan kerana beranggapan semua individu, baik perempuan mahupun lelaki, gemarkan kecantikan.

“Kecantikan bukan hanya tertakluk pada wanita, tetapi mencakupi aspek luas dan saya percaya tidak ada satu pun manusia di dunia tidak mahu kelihatan cantik dan sempurna.

“Namun pada ketika itu saya perlu berfikir jenis produk yang mahu dipasarkan kerana saya tidak mahu menjual produk sama di pasaran,” katanya.

Menariknya, dia langsung tidak mengetahui apa-apa mengenai bidang kecantikan dan pengetahuan mengenai bidang itu hanya diperoleh berpandukan pembacaannya menerusi Internet dan buku.

Penghujung 2009, dia berjaya membangunkan Secretleaf International Sdn Bhd dengan mengeluarkan produk berasaskan minyak argan.

Katanya, dia mahu mencipta kelainan dengan memasarkan produk berasaskan minyak argan walaupun di negara Barat ia memang berkesan untuk mengatasi masalah kulit.

“Oleh kerana minyak ini belum memasuki negara kita, saya mengambil kesempatan memasarkannya dan memastikan hanya yang terbaik diberikan kepada pelanggan saya.

“Keyakinan saya terhadap produk ini sungguh tinggi kerana saya percaya dengan kesannya, tambahan pula saya menggunakan minyak asli tanpa bahan kimia,” katanya.



PROFIL:

NAMA: Amir Ramadzan Ibrahim
UMUR: 39 tahun
ASAL: Pasir Pekan, Kelantan
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya
JAWATAN: Pengarah Urusan Secretleaf International Sdn Bhd
ISTERI: Hasfaliza Simin
ANAK: Mohammad Amir Ikmal (10), Nur Anis Nadhirah (8) dan Mohammad Amin Naufal (4)

Labels: 0 comments | edit post
AbgZan

MULAI 25 Julai 2011, pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan untuk mengeluarkan simpanan di dalam Akaun 1 setiap tiga bulan bagi dilaburkan di dalam dana Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia).

AS 1Malaysia iaitu dana satu saham amanah keseluruhannya milik rakyat Malaysia yang diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd (ANSB) kini disenaraikan sebagai Skim Pelaburan Ahli KWSP.


Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkata jumlah pengeluaran itu bergantung kepada mengekalkan simpanan paras minimum pemegang akaun yang ditetapkan bagi kumpulan umur.

Katanya tiada had maksimum dikenakan bagi bilangan unit yang boleh dilanggani pelabur.


AS 1Malaysia mempunyai saiz dana 10 bilion unit, dengan 50 peratus diperuntukkan bagi Bumiputera; 30 peratus bagi Cina; 15 peratus bagi India; dan 5.0 peratus bagi rakyat Malaysia yang lain.

Kepada yang berminat dgn amanah saham seperti ASB dan ASW dan ingin melabur dalam AS 1Malaysia bolehler consider...

Atau kalau nak masuk unit trust pon boleh jugak, cuma unit trust dengan harga stock market sekarang yang tak menentu dan sudah agak tinggi, personally i think not suitable to enter now...

Wallahu'alam...


(sumber HMetro)

AbgZan
Assalamualaikum Muslimin dan Muslimah semua,
Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua...

Sempena Ramadhan, kepada yang berminat nak dengar Qari terkenal membaca Quran, boleh lawati:
1) http://tanzil.net/
2) http://www.quranexplorer.com/

Semuanyer realtime, streaming...ada translation lagi, kepada banyak bahasa....boleh pilih Qari mana yang kita nak dengar...:)

Wallahu'alam.