AbgZan
Assalamualaikum semua,
Cuti Raya yang panjang menyebabkan banyak kerja tertangguh. Busy sungguh. Sampaikan nak update blog pon tak sempat. Basically, pagi raya pertama, gua sekeluarga beraya di KL aja (Sentul, Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya). Raya ke2 sampai raya ke4 gua beraya di Melaka pulok. Lepas tu gua balik KL dan beraya balik di KL, haha...

Berikut beberapa gambar raya kalau u all nak tgk, hehe:



Fawwaz Ashraf dengan baju melayu barunya....serius nampak...

Adek beradek wife dan ibu mertua

Daku, Oya (wife), Fawwaz dan Fahmi pulok...sedondon gitu...

Ni pulok beberapa adek beradek belahku pulok....

Nanti esok ku sambung lagi....Wassalaam

AbgZan
Selalunya balik kg, mahal tol kan kena bayar....nak jimat tol tak?

Senang aja, baca petikan akhbar di bawah....ia diberi percuma oleh kerajaan pada 18 Sept 2009 dan 24 Sept 2009. Nampaknya 18 Sept dan berlalu, tinggal 24 Sept aja, ehehe....

Terpaksalah u all menahan ngantuk demi mendapatkan "duit raya tol" tersebut, hehe....

p/s: tujuannya adalah utk mengurangkan sesak lalu lintas jugak ni....hehe...


Tol percuma hadiah raya

Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pengguna Lebuh Raya Pantai
Timur (LPT) dan
Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma
dari 12
tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September
ini.
‘Hadiah
hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun
lori.
Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal
menikmati
pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan
dari Plaza
Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau
laluan
sebaliknya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD,
Datuk Azmil
Khalid berkata, program pengecualian tol itu adalah yang pertama
dilakukan oleh
syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.
Katanya,
perjalanan percuma
sempena
Aidilfitri itu dianggarkan bernilai RM2 juta berdasarkan
purata penggunaan 200,000 buah kenderaan sehari.
“Bagi kami, jumlah RM2
juta
itu tidaklah besar apabila dibandingkan dengan nyawa para pengguna dua
lebuh
raya tersebut.
“Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para
pengguna
merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan
kemalangan,” katanya
pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kumpulan MTD di sini
hari ini.
Hadir sama
ialah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM), Datuk Ir. Ismail Salleh
dan pengurusan tertinggi Kumpulan
MTD.
Azmil berkata, pengecualian tol itu
diharap akan mendorong lebih
ramai pengguna memulakan perjalanan mereka selepas
tengah malam kerana ia
berada di luar waktu puncak.
Berdasarkan rekod
katanya, 60 peratus
pemandu menumpukan perjalanan pada siang hari dan ini
menyebabkan kesesakan
yang teruk.
Ditanya mengenai perjalanan pada waktu
malam lebih terdedah
kepada kemalangan, Azmil menjelaskan, pemandu sebenarnya
berada dalam
keadaan segar sekiranya mendapat rehat secukupnya.
“Biasanya
waktu
mengantuk ialah selepas makan malam dan apabila melepasi tengah malam,
rasa
mengantuk akan hilang,” katanya.
Azmil berkata, sekiranya program
pengecualian tol itu berjaya mengurangkan kesesakan, pihaknya akan membuat
pertimbangan sama ada ia wajar diperkembangkan pada musim perayaan
lain.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Awal-awal pagi lagi ku bertolak ke Kg. Air Tanai, Air Paabas, Alor Gajah, Melaka utk beraya di kampung pula (kampung ayahku)...kena bertolak pagi utk elak traffic jam, hehe....

Semalam kuberaya di KL, di rumah ibubapaku (Bukit Antarabangsa), ibu mertuaku (Sentul), datukku di Ampang Jaya dan Pakcik makcikku...

Kawan2 semua, PANDU HATI-HATI, ingat BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT !!!



Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum dan selamat petang semua, Di pagi raye ini, saya ingin mengucapkan:

"Selamat Hari Raya Aidilfitri Ampun dan maaf andainya : TERkasar bahasa... TERsilap bicara... TERmarah yg tak kena... TERpekik kat telinga... TERhantuk di kepala... TERambil harta benda... TERtanya tak tentu hala... TERsasul yg tak sengaja... TERpukul kat mana-mana... TERmoody tak semena-mena... TERumpat bila-bila... TERmacam-macam lagi... MAAF ZAHIR DAN BATIN

Juga, kusisipkan pantun menarik dari pelbagai negeri:

Pantun Johor:

Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Yg tadi tu pantun org johor...ni eden nak kasi pantun kelante lak:.

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Pantun Pahang lak:

Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

NI pantun key el (KL) or Selangor lak:

Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Ni pulak gue kecheck kedah lok, pulok
doh...hehe:

Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Sapo mau lawe gue kecheck
penang pulok
doh:

Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Kito lawon Perlis pulok doh:

Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang
AbgZan
Baru-baru ini juga, ATSB ada menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim dan Ibu Tunggal, pada 14 September 2009. Setiap tahun ATSB anjurkan majlis begini. Tahun ni, gua rasa adalah tahun yang paling ramai jemputan, hehe...Mari kita saksikan suasana majlis tersebut:

Gambarku dan anak sulung sedang struggle nak makan

Gambarku lagi, berlatarbelakangkan artis2 Now See Heart di atas pentas...


Artis Now See Heart sedang khusyuk bernyanyi....


Senior Vice President (baju hitam) dan Malik (baju kelabu) sedang berebut-rebut untuk berdendangkan suara yg lunak, di samping penyanyi2 latar di belakang kelihatan bersahaja.

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum semua,

Sudilah kiranya kalian menerima pantun yg kucipta khas buatmu. Enjoyyy:

Pergi Jusco makan pau
Tgh makan pau dia pi angau
Angau teringat masa lampau
Lalu manager datang halau
Manager kata pi la tapau


Kalau nak duit raya kenalah tau
Duit raya ada dlm angpou
Angpau pulak takdaq kat bangau
Abih tu kat mana nak cekau?
Palagi, mintala angpau daripada org kesygan dikau;)


Sempena hari raya yang mulia
Jari ingin kususun
Jika ada terkasar bahasa
Ingin kumohon ampun


lapar dan dahaga perkara biasa,
di bulan pose dugaan diterima
sepurnama sudah kita berpuasa
tiba masanya syawal menjelma


Pandu Cermat,
Sampai lambat,
Asalkan selamat,
Dapat Ketupat
AbgZan
Memandangkan jumlah cuti yang terkumpul masih banyak, daku mengambil keputusan utk mengambil cuti yang agak panjang...bermula hari ini, Khamis, 17 September, sampailah 28 September 2009, Isnin. Gua akan mula bekerja pada hari Selasa, 29 September 2009.


Sebarang surat-menyurat boleh dilakukan seperti biasa, di mana jikalau gua berkesempatan utk reply, gua akan reply....

Seperti biasa, bulan Ramadhan ni ramai pemurah2 yang menderma utk ajak berbuka pose...

14 September 2009 (Isnin): Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim, anjuran ATSB

16 September 2009 (Rabu): Majlis Berbuka Puasa di Masjid TTDI Jaya, anjuran ATSB

17 September 2009 (Khamis): Berbuka di rumah Y A M Raja Dato' Seri Eleena Azlan Shah (setiap tahun daku sekeluarga dijemput)

18 September 2009 (Jumaat): Berbuka puasa di Hotel Seri Pacific (Pan Pacific sebelah The Mall) sponsored by ATSB (juga)

Setiap hari biasa pula (hari bekerja), juga ATSB bermurah hati menginfakkan harta ke jalan Allah dengan menjamu selera orang-orang yang berpuasa.

Semoga ATSB dirahmati Allah. Kepada yg suka makan2 percuma, atau hobinya makan, boleh lah minta kerja di ATSB.

"Eh eh bang, tgk anak bulan utk Raya ke? Tak sabar nampak, ehehhe" (gambar dipetik dari zaxlroses fotopages)

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Baru-baru ni, rakan-rakan sepermainan isteriku semasa menelaah di MMU telah mengadakan majlis berbuka puasa di "DELICIOUS", berhampiran KLCC. Agak menarik juga makanannya, sedap2 belaka, dan harganya pon sodap,hehe.... ada yg RM9, ada yg RM24, ada yg RM29, dan sebagainya....Makanannya sedap2 jugak....tapi terlupe pulok nak ambik gambar makanan, hehe...






Rakan-rakan ex-MMU bergambar di luar restoran Delicious, berhampiran KLCC

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Di manakah arah seterusnya emas?

Sudah dekat seminggu emas, bergelegar area USD1,000 per ounce....ini bermakna, tekanan jualan seolah2 tidak berlaku.. Probability utk harga naik lagi, kelihatan lebih cerah...But I am still looking for USD1,050 touch down, before it really heads for north....otherwise, gold pasti akan menuju south, that is my opinion...

Hari ni, agak busy dgn kerja, sbb esok last day kerja before raya...nanti i give more updates....

Wassalaam...
Labels: , , 0 comments | edit post
AbgZan
Hari ni cuti lagi, tak sempat nak post awal2....

Yer la cuti ada byk lagi, lebih 20 hari lagi available so kena habiskan cuti tu, hehe

pagi2 lepas hantar wife, terus pi The Garden, saaja bosan2.....first time pergi, hehe...alaaa The Garden yg sebelah Mid Valley tu, besar jugak mall dia...macam2 kedai mahal2 ada...tapi gua window shopping ler...

ada jugak tgk pameran furniture buatan steel case, menarik gak....

pastu di sebelah petang pulok, gua pi Suruhanjaya Sumpah di PKNS....ada urusan utk diuruskan berkenaan hal tanah. Murah jugak dia caj, RM4 per chop, haha....ada 17 kali chop = RM68....

Menurutnya, tempat lain RM10 per chop pon ada, botui ka kawan2? ada sesiapa pernah buat tak?

Di sebelah malam pulok, ATSB, office i ada buat majlis berbuka puase bersama anak-anak yatim...pastu ada nasyid dan sebagainya....nanti later2 i put some pics....

hehe....wassalaam
AbgZan
Beberapa hari lepas, KLCI telah memecahkan resistance 1,200 matanya, setelah lebih setahun berada di bawah takuk tersebut......Selalunya kalau barrier dipecahkah dgn jayanya, sesuatu harga akan melonjak naik unstoppable. Jika kita perhatikan, sejak ujung tahun lepas, KLCI telah naik terlalu banyak mata, tanpa melalui CORRECTION atau PEMBETULAN yang sepatutnya.

Apakah maksud correction? Correction atau juga dipanggil RETRACE, adalah perlu utk sesuatu market yg BULLISH. Apakah BULLISH? Bullish adalah satu keadaan dalam pasaran di mana, pasarannya menaik secara berperingkat2 (dapat dibuat garisan menaik, bagaikan naik bukit)....
BEARISH? Bearish adalah bertentangan, iaitu market yang menurun....

Berbalik kepada issue retracement / correction. Ia adalah perlu dan sihat utk market yg bullish, di mana, market yg sedang naik, perlu turun sedikit utk gain momentum....akan tetapi KLCI kita tidak melalui proses correction yg sewajarnya. Correctionnya terlalu sedikit, dan terlalu sekejap.

Hujung tahun lepas (2008), paling rendah market, berada dalam lingkungan 840...skrg sudah lingkungan 1,210 ...

Seperti EMAS, KLCI atau bursa saham juga kadangkala mengalami "fake breakout" atau "false breakout", di mana ia berlaku, kadang2 secara tak sengaja, atau sengaja nak kenakan pelabur. Macam kes KLCI, ini bukan lah satu "significant" BREAKOUT, sbb 1,200 bukanlah pertama kali dipecahkan, seperti harga emas yang memecahkan barrier USD1,005 perounce buat pertama kalinya beberapa hari lepas....

Akan tetapi, ia boleh diguna pakai sekali sekala...

Ada kemungkinan 1,200 mata yg dipecahkan itu adalah sementara...

My point of view, 1,200 mata yg dilalui skrg tidak akan dapat kekal lama....gua berpendapat, BIG CORRECTION akan berlaku tidak lama lagi....dan menuju ke paras 1,050-1,100 at least....sblm meneruskan BULLISH TRENDNYA....

Persoalannya yang lebih PENTING sekarang adalah, adakah market kita sedang BULLISH? Ada kemungkinan market masih dalam BEARISH sejak tahun lepas, dan mungkin kita sedang alami "TEMPORARY BEARISH", dan kemungkinan another round of BEARISH akan bersambung....wallahu'alam. Kalau begitu, mungkinkah market menuju ke paras 400-500 mata?? Wallahu'alam, tiada siapa tahu, dan susah ramal, kita hanya dpt predict, tapi nak tau tepat, sorang pon tak tau, kecuali Allah....this is all just my opinion..

Oleh sbb itu, HATI-HATI SEMUA, wahai PELABUR Unit Trust / Future / BSKL / KLCI. BE CAREFUL !

Wallahu'alam..


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Salaam dan selamat sejahtera,

Seperti yg dijanjikan, saya pamerkan garden yg telah siap. Enjoy....


Salah satu bunga di gardenku, tak tau bunga apa. Orang kedai jual pokok ni pon tak tau. Tapi yg pastinya, pokok ni pelik, bunganya tumbuh pada waktu pagi, ptg atau malam terus layu. Esok pagi tumbuh lagi...begitulah setiap pagi...Morning Glorykah ia?



Inilah garden baruku....

Pemandangan garden dari sudut lain


Dan ini sudut lain pulok...

Dan ini adalah anjung bersaiz 8 kaki x 6 kaki...

video
Click PLAY utk lihat video garden dan anjungku...
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Salaam,
Takmo cakap byk, tapi ada JUALAN TERAMAT PALING MURAH SEKALI, ada brand Soreign, VanHouten, Crispy, etc. Perhatikan di bawah:
Budget mula2, nak WINDOW SHOPPING aja, atau beli dlm RM10 aja, last2 daku beli semua di atas for RM40, ok tak harga tu? hehe..




3 kotak , Rm10
5 kotak, RM10


3 kotak, RM10


3 kotak, RM5


Tak cukup dgn murah, dpt free coklat+ air 2 kotak lagi ni ha...hehe

So, apa lagi? Pergi la warehouse sale ni...tapi...di mana??
Tempat: Food Network, Jalan u1/14, Section U1, Hicom Glenmarie, Shah Alam.
Masa: 10, 11 (till 6pm) dan 12 (till 3pm) September 2009
Good LUCK!
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Hari Selasa, 8 Sept 2009 haritu, setelah beberapa kali nak cuba pecahkan USD1,000 per oz barrier, akhirnya, berjaya buat rekod baru, pergi cecah about USD1,007 per ounce, setelah percubaan hampir 5 kali....

Selalunya kalau barrier dipecahkah dgn jayanya, sesuatu harga akan melonjak naik unstoppable. Tetapi jika tidak berjaya, harga akan menurun mendadak, sblm percubaan seterusnya "mungkin" akan berlaku lagi (tetapi entah bila). Makin byk percubaan, makin kuat sesuatu resistance....makin byk percubaan yg gagal, selalunya, makin teruk menjunam harga itu akan turun....

Persoalannya skrg, adakah breakout 1,000 itu succeesss? Dalam pasaran, apa-apa sahaja, tak kira, KLCI ke, stock market ke, forex ke, selalu berlaku org panggil "fake breakout" atau "false breakout", di mana ia berlaku, kadang2 secara tak sengaja, atau sengaja nak kenakan pelabur. Agar pelabur yg tidak sabar, akan terus beli, once breakout berlaku....

Jikalau ianya false breakout, dan terus jatuh menjunam, pelabur yg terkena akan tepuk dahi....

My opinion, breakout 1,000 itu hanya akan diconsiderkan SUCCESS BREAKOUT jikalau ia pergi ke paras 1,040-1,050....kalau tak, ia considered false breakout, dan maybe akan retrace ke paras sekurang-kurangnya USD850-900....

Oleh sbb itu, HATI-HATI SEMUA, wahai PELABUR EMAS. BE CAREFUL GOLD INVESTOR!

Wallahu'alam..



Look at the chart, break 1,000, then down.....is it successfully or failure?

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

Labels: , , 3 comments | edit post
AbgZan
Salaam dan selamat sejahtera,


Aircond di rumahku dah due for a service. Bak kata surat kedai yg jual aircond kepadaku sethn yg lepas...daripada reserach, kudapati, kebiasaanya, service aircond adalah lebih kurang RM60, dan kaalu kena topup gas, tambah lagi RM60, so total jadi RM120. Amat jarang leh dpat bawah RM100.



Tapi baru-baru ni, ada sticker ditampal di luar pagar rumahku, mengatakan service+isi gas = RM65. Gua agak sceptical. Dan agak yakin dgn kerenah flyer2 atau sticker yg ditampal di rumah, selalu nak scam orang....gua dah habaq dgn wife gua, ni sure dia kata murah, tapi bila cek punya cek, nanti dia akan kata "ooo, ini kena tukar la bos, bla bla bla...ini sudah rosak...bla bla"....



Tapi atas keyakinan diri gua call no tu, dan tanya dia betul2:



"RM65 ni service+gas ke?" DIa jawab, ya....

"Caj transportation tarakkan?" Dia kata, takde...



Itu antara benda yg kita kena pastikan sblm percaya bulat2 dgn flyer2 yg dihantar ke rumah yg menjanjikan harga yg murah....kalau tak dipastikan, nanti kena caj nanti, hati2.... satu lagi yg pasti, masa diorg duk repair, kita kena monitor ALL THE TIME, jgn alih mata walau sekejap...sbb penipu2 peniaga ni, kalau bab menipu, diorg akan cabut wire2 kasi rosak ler,atau apa cara sekalipon....biar nampak macam rosak, so dia leh paksa kita beli produk dia utk gantikan components yg kononnya rosak!

So, tghari smlm dia sampai...tapi alamak, 2 orang pulak dia anta...sorang ditugaskan servis bhgn indoor sorg lagi outdoor...ni yg payah nak monitor...!

Spt yg saya sangka, org yg bhgn outdoor, dia kata, "bos ini capasitor condenser sudah rosak, kena tukar" ... sambil dia beri kepada gua...."ini dari China, tak elok...ini pulak, MADE IN JAPAN, guarantee tak rosak, gurantee bil u turun"..sambil dia cakap, dia terus pasang yg baru punya....fuyooo, tektik selamba dia aja, tanya pon tak, terus anggap gua setuju...gua tanya berapa harga dia kata, "RM180 mahal sbb dari Japan, kalau China punya murah RM130".....

Gua tanya, "camana lu leh tau benda ni rosak?"...."pakai multimeter maa"....gua tak puas hati...gua tanya, cuba lu check.....dia pon check, sambil menymbgkan multimeter ke capasitor tu...dan scale dia letak kat Ohm....dia kata lagi, "lu tgk, takde bacaan"...gua cakap, cuba lu buat kat U punya Japan tu...."dia pon membelakangkan i, sambil pusing scale ke MiliOhm (ingat gua bodoh ka), pastu terus sukat..

tapi malangnya, tiada juga bacaan...haha....sekali dia cakap, "alamak ini wire multimeter sudah putus"..patut takde bacaan, dia guna multimeter rosak...dasar penipu....pastu jam tu jugak dia terus repair multimeter tu....bila dah elok multimeter, dia cakap.."lu tgk ini Japan byk bagus, ada bacaan".....

THen, i suruh dia cek kat capacitor lama, sekali lagi dia membelakangkan i dan pusing scale ke Ohm, dan berkata,"tgk, takde bacaan sudah rosak"....sekali dgn selamba, i rampas multimeter dia, dan i check sendiri dan pusing balik ke MiliOhm....dan terus ada bacaaan....(lu ingat i bodoh ke apek, dlm ati i habaq)...terus i cakap, "takpe la, i takmo tukar, pasang balik yg baru".....

Haha,padan muka lu, nak tipu ekkk.....

Nak dipendekkan citer, bila dah tamat, dia bagi bil RM135...i kata awat mahal, gas free kan? dia kata Gas free utk 10 point aja, i isi u punya 35 points, kena caj RM70....i tak puas hati betul..i dah aruge macam2 dgn dia.....i siap cakap itu hari i call kata free..dia insist kata free utk 10 points aja....last2 i nego2 dpt dikurangkan kepada RM120....tu pon, i rasa entah2 dia tak isi pon 35 points, tapi hanya isi 10 points (sbb i tak dpt nak monitor 2 org sekaligus)....

Ingat mau aja halau dia keluar takmo bayar, tapi pikirkan balik, rumah kita dia tahu, kalau dia nak buat macam2 kat rumah dia bole buat masa kita cuti raya nanti....last2 i serahkan jugak RM120...

Kena SCAMMED JUGOK!!!

Moral of the story: JANGAN DEAL DGN TUKANG SERVICE AIRCOND, atau TUKANG SERVICE APA2 barang eletronik di rumah yg KONONNNYA beri harga MURAH YANG AMAT TAK LOGIK harganya...sbb ada agenda di sebaliknya, yakni AGENDA SCAM yg kita tak dpt jangka....



Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Hari ini, aku cuti lagi, ada macam2 kerja kena buat dan settlekan....tu la tak dpt post awal2...

Perkara yg disettlekan arini....

1) Repair kereta yg terhenjut-henjut bagai nak rak. Henjutan kereta ni seolah2 mendowngradekan diriku daripada seorang pemandu F1 kepada seorang pemandu yg baru dapat L. Seperti yg kusangka, henjutan disbbkan oleh spark plug. Spark plug perlu diperiksa..Pompuan di receptionist kata kena tukar baru..tapi last2 mekanik hanya perlu ketuk hujung supaya ia lebih rapat, settle masalah. Kena caj RM5, haha....Pengajarannya, kalau kereta anda henjut2, maknanya, spark plug kena cek ler tu....atau pon...anda kena asah skill memandu anda lagi, hehe....

2) Beli oil filter, air filter, spark plug dgn harga yg AMAT MURAH, hehe...total RM30, percaya tak.......boleh buat bisnes ni, hehe...

3) Servis aircond..part ni nanti gua citer detail esok, Khamis, 10 September 2009..

4) Final touch up garden rumahku....

5) CUci lantai di car porch + balkoni....

6) Pi Maybank, utk ambil Valuation Report, dan bertanyakan status home refinance, dan pelbagai soalan maut lagi....TUKAR DUIT RAYA, hehe....U all jgn lupa tukar duit raya cepat...nanti habis nanti....atau silap2 beratur pjg...

7) Pergi Sunway Hotel dekat Sunway Pyramid, utk berbuka pose free, haha.....tapi kena dgr dlu talk dari IBM ttg Cyber Security...siap depa ajar camana nak hack lagi, haha....

Fuh, byk betul benda dibuatnya....sampai rumah pon dekat 11mlm...ok, esok kuciterkan ttg kisah daku kena scam...

ok...guys.... salaam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum kawan-kawan,


Sedar tak sedar kita dah berpuasa selama 18 hari termasuk hari ini. Tak lama lagi raya pulok....Puasa penuh tak ni? hehe...

Anyway, hari ni saya nak ceritakan tentang Koperasi Bank Rakyat....Pasti ramai pernah dengar.Sbb apa ia terkenal? Pertama, sbb of course banking system dia bagus utk buat loan rumah, kereta, personal loan dan sbgnya..Kedua, ianya Islamic...ketiga ia memberi DIVIDEN YANG TINGGI kepada pelabur sahamnya..

Tapi jgn terkejut kalau ramai jugok yg tak pernah dgr ttg Bank Rakyat bagi dividen tinggi...ada beberapa org saya borak, tak tahu menahu pon...

Buat pengetahuan u all, Bank Rakyat sudah sekian lama maintain bagi dividen 15% sekurang-kurangnya...thn 1998, dia bayar 20%...2001 dia bayar 15% sampaila yg terakhir bulan April 2009 aritu dia bayar 15% jugak (kecuali thn 2005 dia bayar 15.5% dan February 2008 dia bayar 20%).....

Malah pada April 2009, jika diikutkan profitnya bertambah 50% daripada thn sblmnya, so kalau diikut logik, dia boleh bagi 30% dividen, tetapi BNM pulok yg mengehadkan (setelah diambil kira faktor-faktor ekonomi)..

Masih tak percaya? Lihat printscreen daripada Utusan di bawah di bahagian archive:



Tertarik? Ingin invest dlm saham bank rakyat?

Maaf, berita buruk....Saham Bank Rakyat telah ditutup penyertaannya for now...Sbb dah sampai limitnya...

Habis tu macamana? Dah tak boleh labur dlm Bank Rakyat la yer?

Saya ingat lagi, pada thn 2005 bank Rakyat start tutup kemasukan baru. Kalau nak masuk kena queue. Saya queue utk la utk tambah, sebulan lepas tu, dia call. Lepas tu saya queue balik, 3 bulan lepas tu dia call lagi. Lepas tu saya queue lagi, sampai skrg dah 4 thn, tak panggil2, hehe...

Anyway, kalau Bank Rakyat dah tutup ada alternative lain tak? Itu kita akan sambung di hari lain....

Wallahu'alam....

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum,

Perasan tak kalian, sebelah tepi kanan blog ni terdapat carta Gold Price and Crude Oil Price? Chart tersebut baru aja diletakkan beberapa hari lepas, hari Rabu, 2 Sept 2009 kalau tak silap...

Apakah maksud chart tersebut?

Gold price kalau u all tengok, adalah harga emas dunia semasa yang diupdate secara "almost" real time, tapi ada lagging sikit ler. Harga emas tersebut adalah harga dalam USD per ounce (31.1 gram). Jadi berdasarkan harga tersebut, pandai2la u all convert ke harga semasa di Malaysia dalam RM per gram.

Crude Oil Price pula merujuk kepada harga minyak dunia per barrel dalam USD, iaitu harga minyak setong....So dari situ bole le convert ke RM. Crude oil price juga diupdate secara hampir real time, tapi mungkin ada juga lagging sikit ler....

Rujukan harga emas dan harga minyak di chart tersebut boleh dijadikan rujukan kalau u all nak beli emas sebagai pelaburan (gold as an investment).

Chart tersebut kalau u all perasan, boleh diubah scalenyer kepada 1 month chart, 1 quarter, 1 year or 5 years, mana lah tau kalau u all nak buat technical analysis ke sblm u all invest into gold or oil, hehe :)

Ok, harap dashboard tersebut useful for u all.

Salaam.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
4) Increase of gold price (Harga emas naik)

Selalunya harga emas akan naik kalau minyak naik. Kenapa camtu? Bila harga minyak naik, kebiasaanya confirm harga-harga barang naik. Harga barang naik, inflasi akan naik. Bila inflasi bertambah, value duit akan berkurang....Contohnya, RM0.10 zaman dulu 1960an misalnya, berbeza dgn RM0.10 skrg. RM0.10 dahulu bagaikan RM5 skrg, hehe....

Bila value duit susut nilai, pelabur akan fikir macamana nak "LOCK value" duit mereka. Cara yang paling berkesan adalah dgn invest in gold. So orang pon berpusu-pusu beli emas. Bila orang beli emas, demand is more than supply, therefore, gold price will increase.

Kenaikan harga emas ini jugak menyokong POINT no (3) di mana, bila harga emas naik, pelabur akan lari dari stock market, dan labur dalam emas pulok. Hatta bursa saham akan merudum.

5) Etc

Ada apa-apa lagi kalian nak tambah kat point no (5)? Dipersilakan...ehehe...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
3) Bursa saham merudum

Kebiasaanya, kalau harga minyak naik berterusan dan mendadak, harga minyak akan merudum. Contohnya pada Jun 2004, time tu, harga minyak dunia hanya naik dari USD35 macamtu kepada USD40 macam tu, pon ramai dah panik.....

Tak lama lepas tu, bila harga minyak terus naik ke paras USD100 dan seterusnya USD140, market dah mula tak menentu....

sbb apa?

Bila harga minyak naik:

i) Banyak harga barang akan naik, harga barang naik, inflasi naik, inflasi naik, ekonomi tak bagus...bila ekonomi tak bagus, bnyk pelabur lari dari stock market...

ii) Harga barang naik, pelabur yang ada byk savings setiap bulan, terpaksa keluarkan savings dari investment stock market, sbb takde duit dan memerlukan duit utk beli barang2 yg harga sudah semakin naik dan mahal

iii) Ada pelabur yang keluar dari stock market dan melabur dalam minyak pulok...hehe....

Nanti kita smbg Effects keempat pulok...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Seperti yang dijanjikan saya akan bincangkan serba sedikit kesan kenaikan harga minyak kepada kita. Apakah kesan-kesanya kepada kita?


1) Harga barang-barang naik

Harga barang keperluan harian akan naik, spt gula, beras, ayam, lembu, topi, garam, dan sebagainya. Kenapa harga barang akan naik? Logiknya sbb bila harga minyak naik, kos minyak lori utk nak hantar barang2 akan naik. Contohnya, kalau sblm ni, harga minyak RM1.92 per liter, apabila minyak naik kepada RM2.70. Cuba kira berapakah kenaikan dlm percentage?

(2.70-1.92) / 1.92 x 100% = 40.6%

wOW!! Banyak tu....so peruncit-peruncit akan naikkan harga...contohnya, kalau dulu ada beras yang harganya RM20, skrg dia jual RM35...

Cuba kira berapa percentage kenaikan utk kes tersebut:

(35 - 20) / 20 x 100% = 75%

AIKKK?? Kenapa kenaikannya melebihi kenaikan harga minyak? Minyak naik 40.6% tapi harga beras naik 75%?? Wow....untung penjual beras...

Itu belom lagi barang-barang lain. Contohnya, ada pasar yang dulu jual sayur RM1, skrg jual RM2, alasannya pasal harga minyak naik!! Naik 100%!!! Lagi tak masuk akal bukan? Patutnya naik 40.6% aja la daripada harga pasal, betul tak???

Pun SALAH! hehe...sbb apa....sbb kalau harga minyak naik 40.6%, itu kos penghantaran aja...apa kaitan dgn harga barang naik?

Contohnya, kalau lori hantar beras sebanyak 10,000kg per trip. Katakanlah 10kg harganya RM20. Kalau 10,000kg, harga kos berasnya akan jadi RM20,000 per trip. Kos minyak berapa pulak? Katakanlah, masa harga minyak RM1.92 per liter, kos caj hanya RM300, bila naik RM2.70, harga kos katakanlah menjadi RM500. RM500 tolak RM300, baru naik RM200. RM200 kenaikan nak dicomparekan dengan RM20,000 kos beras, = 1% aja kenaikan.....

So kenapa harga beras nak dinaikkan sampai 75% seperti yg kita kira tadi?

Itu satu contoh. Belom dicontohkan dengan harga-harga barang lain, terutama barang-barang yg "BUKAN HARGA KAWALAN".

2) Kenaikan harga makanan di restoran

Perasan tak, bila harga minyak naik, secara tak langsung, harga makanan dan minuman di kedai-kedai mamak ke, atau mana-mana restoran, mesti naik. Ada yang naik double, ada yang naik 50% dan sebagainya....

Tapi bila harga minyak turun, depa pi dok bersiul pandang ceiling, buat dek aja...kenapa begitu? Sbb depa nak ambik kesempatan dgn kenaikan minyak utk buat untung lebih....

Nanti kita smbg Effects ketiga pulok...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , , 2 comments | edit post
AbgZan
Good morning everybody.

Sedar tak sedar kerajaan dah naikkan harga minyak beberapa hari lepas...sblm ni kita menggunakan RON97, dan ada beberapa stesen minyak yang masih membekalkan RON92 spt di Shell berdekatan rumahku (sempadan Seksyen 26 Shah Alam dan Putra Heights) dan di kawasan2 luar bandar...

Tetapi bermula awal September 2009, RON92 yg berharga RM1.75 telah digantikan dengan RON95 yang berharga RM1.80 (naik + 5 sen). Manakala RON 97 tetap dijual tetapi dengan harga lebih tinggi, iaitu daripada RM1.80 seliter kepada RM2.05 (naik + 25 sen).

Kita ikuti petikan berita di bawah (http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/31/mstar_berita/20090831173820&sec=mstar_berita)


Minyak petrol RON95 ganti RON92, 5 sen
lebih mahal
(31 Ogos)

KUALA LUMPUR: Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92
dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok.

Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum
ini iaitu RM1.75.

Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini. Ketika mengumumkan
keputusan itu petang tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan," kata beliau selepas melancarkan produk Primax 95 keluaran Petronas di sini.
Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.
Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini.

Kata beliau, jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya.

"Ia akan ditentukan Majlis Ekonomi," katanya.

RON95 juga selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran, kata beliau sambil menambah, pengguna
akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi.

Katanya, dengan penetapan harga baru, RON92 akan dihentikan jualan.
Penggunaan RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini.

Logikkah kenaikan harga minyak ini? Should the oil price in Malaysia increased?

Mari kita kaji ungkapan ini:

"Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini."

Mari saya buat sedikit simple calculation (dengan hanya menggunakan "kaedah ratio"):

Harga minyak di Malaysia dikatakan diberi subsidi 42.72 sen. Ini bermakna, harga minyak di Malaysia sepatutnya adalah RM2.05 + 42.72 = RM2.477.

42.72 sen subsidi dibahagi dengan RM2.05 dan didarab dengan 100% = 20.84%

Mari kita kaji pulak....Menurut harga minyak dunia skrg adalah = USD68.34 setong.

Kerajaan kata harga minyak dunia pada December adalah USD82.30 setong.

(82.30 - 68.34) / 68.34 x 100% = 20.42%...

20.42% ni adalah hampir sama dengan 20.84% di atas....ini bermakna adakah 42.72 sen subsidi di atas berdasarkan harga minyak pada December yg berjumloah USD82 setong? Harga sekarang dah turun menjadi USD68 aja setong....

Kalau diikutkan harga sekarang, seolah2 tiada subsidi,hehe...

That's my opinion aja...Wallahu'alam....Masalahnya sekarang adalah kita tak tahu 1 tong = berapa liter, hehe....kalau tak senang aja nak kira berapa harga minyak yg sepatutnya berdasarkan harga minyak dunia....

Ok, persoalannya skrgp erlukah kenaikan harga minyak? Mari kita ikuti kesan2 kenaikan harga minyak kepada kita, esok.

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

Labels: , , 7 comments | edit post
AbgZan

Fenomena ini berlaku ketika kami drive di Crocker Mountain, di Keningau, Sabah.

Kisahnya bermula begini:

"Seorang pemandu lori minyak sedang tidur sampil memparking lorinya di satu cerun bukit. Tatkala beliau sedar, didapati lorinya telah berganjak sedikit ke hadapan," kata seorang pemandu teksi KLIA yang berasal dari Keningau.

Mendengar cerita tersebut, daku agak sceptical, adakah cerita tersebut hanya metos, yang hanya untuk menarik minat pelancong.

Tetapi ternyata meleset jangkaan negatifku itu.

Semasa memandu balik dari Keningau ke Kota Kinabalu, ketika kumatikan engine, ternyata, pickup truck ku telah memecut dengan kelajuan yang rendah tetapi beransur-ansur menjadi laju. Saksikan video pendek di bawah:

video

Click PLAY utk menyaksikan video truck ini GOSTAN ke belakang mendaki bukit, dan juga mendaki bukit tanpa bantuan minyak, akibat dari tenaga magnetic yang amat kuat, melebihi kuasa graviti.

video

Click PLAY here for another video pendakian FREE CLIMB (opposite FREE FALL)

Betapa besarnya kuasa Allah....wallahu'alam.

Percaya atau tidak? Tak caya? Nak pergi sendiri tempatnya?? hehe....nak tau exact KILOMETER berapa? Tinggalkan komen di bawah, nanti saya reply...

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

Labels: 0 comments | edit post
AbgZan

Sekarang tiba masanya untuk kuceritakan perihal kerjaku.

Ok, saya mula bekerja di Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB) sejam 1 Mac 2004 sebagai seorang Jurutera Mekanikal sampai la sekarang. So, basically, since graduated, saya boleh dikatakan seorang pekerja setia la di ATSB ni, haha...

Kerja-kerja di ATSB tidak sahaja merangkumi ruang litup satelit, tetapi juga melibatkan projek-projek yang dipanggil "Advance Technology" Project iaitu projek-projek untuk pembangunan teknologi masyarakat setempat. Tidak ketinggalan juga satu project yang dikatakan project rahsia ATSB di mana, gua merupakan salah seorang yang terlibat.

Jobscope kerjaku berubah-ubah, dan begitu juga jobscope rakan-rakan sejawatku yang lain. Kami dilatih untuk menjadi seorang pekerja yang "all rounder", yang dapat melakukan pelbagai tugas yang mencabar, daripada designing and developing, sampailah kepada assembly, integration and testing.

Kadangkala, kami di sini dikehendaki untuk pergi ke site untuk melakukan tugas-tugas yang memerlukan perhatian jurutera. Kadangkala juga kami perlu menjaga pameran untuk memperkenalkan produk ATSB kepada masyarakat tempatan. Menghadiri Conference juga menjadi agenda ATSB buat semua jurutera. Setakat kubersama ATSB, sudah 5 conference telah kuhadiri, sebahagian daripadanya adalah international conference.

Bagi mengadvancekan career atau for career development, kadangkala kami perlu menghadiri kursus-kursus yang kebanyakannya berkaitan satelit, locally or internationally. Selama lebih 5 tahun kubertugas di ATSB, antara negara yang pernah kulawati samada utk bertugas mahupun untuk meghadiri kursus, adalah UK, US, Singapura Filipina dan Marshall Island. Negara-negara tersebut termasuk negara yang kusinggah untuk transit, haha.

Daku tidaklah sehebat mana. Terdapat ramai lagi rakan-rakan sejawat yang jauh lebih hebat. Terdapat segelintir rakan sebaya yang telah pergi hampir 20 negara, dengan ATSB untuk melaksanakan tugas tercinta.

Okay, setakat itu sahajalah, cerpenku buat kali ini. Bersama ini, disisipkan video clip sebagai santapan minda yang dipetik dari website SpaceX yang mempamerkan video pelancaran RazakSAT oleh Falcon 1 pada 14 July 2009.

Enjoy!!!

video

RazakSAT Launch on 14 July 2009 at Kwajalein Island, Marshal Island.

video

Falcon 1 Flight 4 at Kwajalein Island