AbgZan
Selalunya balik kg, mahal tol kan kena bayar....nak jimat tol tak?

Senang aja, baca petikan akhbar di bawah....ia diberi percuma oleh kerajaan pada 18 Sept 2009 dan 24 Sept 2009. Nampaknya 18 Sept dan berlalu, tinggal 24 Sept aja, ehehe....

Terpaksalah u all menahan ngantuk demi mendapatkan "duit raya tol" tersebut, hehe....

p/s: tujuannya adalah utk mengurangkan sesak lalu lintas jugak ni....hehe...


Tol percuma hadiah raya

Oleh saiful haizan hasam
saiful.hasam@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 15 Sept. – Pengguna Lebuh Raya Pantai
Timur (LPT) dan
Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak akan menikmati laluan tol percuma
dari 12
tengah malam hingga pukul 5 pagi pada 18 dan 24 September
ini.
‘Hadiah
hari raya’ itu meliputi semua kelas sama ada kereta, bas mahupun
lori.
Ini bermakna, kenderaan kelas pertama seperti kereta bakal
menikmati
pengecualian maksimum iaitu RM29 sehala yang melibatkan perjalanan
dari Plaza
Tol Gombak hingga ke Plaza Tol Jabor di Kemaman, Terengganu atau
laluan
sebaliknya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MTD,
Datuk Azmil
Khalid berkata, program pengecualian tol itu adalah yang pertama
dilakukan oleh
syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.
Katanya,
perjalanan percuma
sempena
Aidilfitri itu dianggarkan bernilai RM2 juta berdasarkan
purata penggunaan 200,000 buah kenderaan sehari.
“Bagi kami, jumlah RM2
juta
itu tidaklah besar apabila dibandingkan dengan nyawa para pengguna dua
lebuh
raya tersebut.
“Pengecualian tol ini bertujuan mendorong para
pengguna
merancang perjalanan sekali gus mengurangkan kesesakan dan
kemalangan,” katanya
pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kumpulan MTD di sini
hari ini.
Hadir sama
ialah Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia
(LLM), Datuk Ir. Ismail Salleh
dan pengurusan tertinggi Kumpulan
MTD.
Azmil berkata, pengecualian tol itu
diharap akan mendorong lebih
ramai pengguna memulakan perjalanan mereka selepas
tengah malam kerana ia
berada di luar waktu puncak.
Berdasarkan rekod
katanya, 60 peratus
pemandu menumpukan perjalanan pada siang hari dan ini
menyebabkan kesesakan
yang teruk.
Ditanya mengenai perjalanan pada waktu
malam lebih terdedah
kepada kemalangan, Azmil menjelaskan, pemandu sebenarnya
berada dalam
keadaan segar sekiranya mendapat rehat secukupnya.
“Biasanya
waktu
mengantuk ialah selepas makan malam dan apabila melepasi tengah malam,
rasa
mengantuk akan hilang,” katanya.
Azmil berkata, sekiranya program
pengecualian tol itu berjaya mengurangkan kesesakan, pihaknya akan membuat
pertimbangan sama ada ia wajar diperkembangkan pada musim perayaan
lain.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , edit post
2 Responses
  1. LittleLamb Says:

    I came to wish you & ur family a Selamat Hari Raya :) Hope u had lots of fun, food and family bonding...


  2. AbgZan Says:

    tq :)..nanti senang2 datang ler rumah , di seksyen 26 shah alam :)