AbgZan
Seperti yang dijanjikan saya akan bincangkan serba sedikit kesan kenaikan harga minyak kepada kita. Apakah kesan-kesanya kepada kita?


1) Harga barang-barang naik

Harga barang keperluan harian akan naik, spt gula, beras, ayam, lembu, topi, garam, dan sebagainya. Kenapa harga barang akan naik? Logiknya sbb bila harga minyak naik, kos minyak lori utk nak hantar barang2 akan naik. Contohnya, kalau sblm ni, harga minyak RM1.92 per liter, apabila minyak naik kepada RM2.70. Cuba kira berapakah kenaikan dlm percentage?

(2.70-1.92) / 1.92 x 100% = 40.6%

wOW!! Banyak tu....so peruncit-peruncit akan naikkan harga...contohnya, kalau dulu ada beras yang harganya RM20, skrg dia jual RM35...

Cuba kira berapa percentage kenaikan utk kes tersebut:

(35 - 20) / 20 x 100% = 75%

AIKKK?? Kenapa kenaikannya melebihi kenaikan harga minyak? Minyak naik 40.6% tapi harga beras naik 75%?? Wow....untung penjual beras...

Itu belom lagi barang-barang lain. Contohnya, ada pasar yang dulu jual sayur RM1, skrg jual RM2, alasannya pasal harga minyak naik!! Naik 100%!!! Lagi tak masuk akal bukan? Patutnya naik 40.6% aja la daripada harga pasal, betul tak???

Pun SALAH! hehe...sbb apa....sbb kalau harga minyak naik 40.6%, itu kos penghantaran aja...apa kaitan dgn harga barang naik?

Contohnya, kalau lori hantar beras sebanyak 10,000kg per trip. Katakanlah 10kg harganya RM20. Kalau 10,000kg, harga kos berasnya akan jadi RM20,000 per trip. Kos minyak berapa pulak? Katakanlah, masa harga minyak RM1.92 per liter, kos caj hanya RM300, bila naik RM2.70, harga kos katakanlah menjadi RM500. RM500 tolak RM300, baru naik RM200. RM200 kenaikan nak dicomparekan dengan RM20,000 kos beras, = 1% aja kenaikan.....

So kenapa harga beras nak dinaikkan sampai 75% seperti yg kita kira tadi?

Itu satu contoh. Belom dicontohkan dengan harga-harga barang lain, terutama barang-barang yg "BUKAN HARGA KAWALAN".

2) Kenaikan harga makanan di restoran

Perasan tak, bila harga minyak naik, secara tak langsung, harga makanan dan minuman di kedai-kedai mamak ke, atau mana-mana restoran, mesti naik. Ada yang naik double, ada yang naik 50% dan sebagainya....

Tapi bila harga minyak turun, depa pi dok bersiul pandang ceiling, buat dek aja...kenapa begitu? Sbb depa nak ambik kesempatan dgn kenaikan minyak utk buat untung lebih....

Nanti kita smbg Effects ketiga pulok...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , , edit post
2 Responses
  1. cdanhash Says:

    Harga minyak naik, harga barang pun naik, ada barang yg kenaikannya melebihi peratus kenaikan harga minyak itu sendiri.... cth beras... apa perlu kita buat.... itu persoalannya????

    Jadi peniaga, bukan pengguna...
    Kalau semua nak jadi peniaga, siapa pula nak jadi pengguna... muskil...

    Puncanya kenaikan harga minyak....
    Oleh itu jadi peniaga minyak atau simpan minyak.... dimana pula nak disimpan... masalah ni....

    Kenaikan harga minyak oleh kerana penurunan harga dollar... jadi apa yg sebenarnya berharga... minyak atau dollar...

    Jika jawapannya minyak.... simpan minyak.... jika ini menyulitkan, cari alternatif lain, barang yg benar2 berharga @ bernilai....

    Anda akan dapat jawapannya.... INSHAALLAH....


  2. AbgZan Says:

    satu kommen yg memberangsangkan , hehe....thanks