AbgZan
Assalamualaikum,

Semalam baru aja hambo berbincang dgn my colleague, berkenaan refinance rumah. Jugak berbincang berkenaan downpayment utk kereta, bayar downpayment byk ke, atau bayar sikit untung? Kalau ada cash elok bayar cash ke, atau buat loan utk beli kereta? Mana lagi untung sebenarnyer? Ada yang cakap bayar cash lagi untung, tak payah bayar interest...ada yang kata buat loan lagi untung. Ada pulak yang tak pasti, dan hanya buat loan sbb tak cukup cash...hehe...

Bab ni agak menarik utk diperbincangkan. Nanti hambo bincangkan kemudian, skrg ni ada hal pulok nak kena settlekan....

Wassalaam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum semua, selamat pagi...

Sapa sini pernah dgr Public Mutual? Atau pernah nampak tak papan tanda kat kedai yg berbunyi: "CIMB Wealth Advisor"? CMS ke? Atau seangkatan dengannya....Pernah di approach orang yang tetiba call dan ajak minum-minum? Pastu tanya ttg KWSP atau EPF kita? Rasanya untuk apa itu semua?

Itu semua adalah detik-detik permulaan sebelum anda terjebak dengan pelaburan Unit Trust, atau nama melayunya Amanah Saham...Apakah Unit Trust? Unit Trust adalah satu dana yang diurus oleh Fund Manager (Pengurus Dana) dengan cara memilih saham-saham tertentu yang listed dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) atau listed di stock market di luar negara seperti China dan Hong Kong...

Unit Trust ada yang dikategorikan sbg risiko rendah, ada yang risiko tinggi....selalunya dana yang berisiko tinggi, mempunyai potensi utk mendapat untung yang lebih banyak...orang kata "NO RISK NO GAIN" , hehe....

Bagaimanakah caranya utk memulakan pelaburan dalam Unit Trust? Apakah dana yang sesuai bagi anda? Berapakah amount yang patut dilabur? Semuanya akan terjawab di episode yang akan datang...till then, wassalaam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit, hehe
AbgZan
Minggu lepas dan minggu ni banyak jugak kedai-kedai hardware, supplier2 yang kulawati...

Di area Klang, Shah Alam, Puchong, Kuala Lumpur, Dato' Keramat, Taman Keramat, dan sebagainya.... I lawati kedai2 tersebut utk nak dapatkan harga tercantik utk atap genting (ceramic) dan kayu-kayan utk dibuat rangka bumbung dan wakaf / anjung / pondok kecil ....

Memang tak dapat dinafikan sifat2 I mempunyai sifat2 suka survey banyak kedai / supplier utk mendapatkan harga terbaik utk barang yang akan kubeli....Mana taknya, dengan cara itu banyak duit dapat kujimatkan...hehe...(nanti-nanti akan kuceritakan kisah I dapatkan about 10 quotations daripada contractor sblm membuat renovation rumah)

Ok berbalik kepada cerita shopping tadi, kayu yang dicari mestilah memenuhi requirement seperti berikut:

1) Tahan hujan
2) Tahan panas
3) Tahan hujan dan panas berulang2...

Hehehe, macam engineering punya requirement pulok, hehe....

Kayu yang memenuhi citarasa tersebut yang popular dan murah adalah kayu jenis RESAK. Ia terdapat dalam pelbagai size (keratan rentas) seperti:

1" x 4"
2" x 4"
3" x 4"
4" x 4"
5" x 5"

1" x 6"
2" x 6"
6" x 6"

1" x 8"
2" x 8"

Setiap size2 di atas, lain harganya ... antara banyak2 kedai yang i lawati, paling murah ada satu kedai di Shah Alam ni, hehe.... sapa yang berminat nak tau dgn lebih lanjut, boleh lah tinggalkan email di bahagian komen di bawah...


Atap genting yang dicari pulok mustilah murah...Define murah ? Murah adalah satu amount yang masih di bawah budget...budget berapa? Tak define lagi...

Antara atap genting yang dicari adalah seperti berikut (berserta harga juga dilampirkan):

1) Wintage (dlm range RM1.60-RM2.00 sekeping)
2) Monier (dalam range RM1.80-RM2.40 sekeping)
3) Glaze style-ada byk type dan byk size:
a) M-glass (RM3.50-RM4.30 sekeping)
b) TBF (RM4.50-RM5.30 sekeping)
c) GCI (RM5.40 sekeping)

Mula2 niat di hati nak korbankan sedikit wang utk beli atau Glaze-style yang berkilat2 dan amat menarik. Selalunya rumah banglo aja yang ada pakai pon, sbb harganya amat mahal...lebih kurang 3-5 kali ganda daripada Wintaege...Last2 pikir punya pikir, i ambil keputusan utk pakai Wintage aja...Wintage ni ada satu kedai di Puchong dpt bagi harga murah....

Sekarang ni kayu Resak telah kubeli. Tinggal nak tunggu green light dari contractor before I buy atap pulok, hehe...Till then...salaam.
Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum, Selamat Petang,

Siapa sini pernah involve dalam pelaburan hartanah? Untung ke tak untung? Beli dari sapa? Developer ke, orang ke? Atau lelong?

Jenis apa? Apartment ke? Landed house ke? Tanah lapang kosong ke?

Mana yang untung? Bagaimanakah cara-caranya? Apakah prosedur2nya?

Berapakah budget anda? Bolehkah beli tanpa keluarkan duit dari tangan?

Tahukah anda apakah itu negative cash flow? Positive cash flow?

Soalan-soalan di atas adalah soalan-soalan lazim yang kita kena soal sblm kita memulakan sesuatu pelaburan dalam hartanah...

Nantikan episode seterusnya untuk penerangan lebih detail....Salaam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Begitulah tajuk yang terpapar di Utusan Malaysia hari ini... Ini bermakna BLR (Base Lending Rate) atau KPA (Kadar Pinjaman Asas) juga kekal pada 5.55% ... Bagi saya kalau dikekalkan memang OK, tapi kalau diturunkan lagi ok, hehe....sbb saya mempunyai pinjaman bank Islamic yang berasaskan BLR dan capping at 9.55%...kalau BLR turun makin untung la pinjaman loan yang saya buat, hehe...

Ok apa pun, berikut diquotekan berita daripada Utusan Malaysia:

KUALA LUMPUR 29 Julai - Bank Negara Malaysia (BNM), pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetarinya (MPC) hari ini, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak berubah pada 2.00 peratus.

"Sejak mesyuarat MPC yang lalu, ekonomi global telah menunjukkan tanda penstabilan dan keadaan dalam pasaran kewangan antarabangsa pada amnya bertambah baik," kata BNM dalam satu kenyataan di sini.

Sungguh pun keadaan ekonomi di negara maju masih lagi lembap, BNM berkata, kadar kemerosotan aktiviti ekonomi semakin perlahan.

"Tanda-tanda juga menunjukkan aktiviti ekonomi di kebanyakan ekonomi serantau bertambah baik," kata BNM.

BNM berkata, langkah untuk menstabilkan sistem kewangan di negara maju dan kesan terkumpul rangsangan fiskal dan monetari terus menyumbang kepada peningkatan secara beransur-ansur dalam aktiviti ekonomi di kebanyakan negara.

"Tanda penstabilan juga ditunjukkan pada suku kedua, dengan beberapa petunjuk seperti indeks pengeluaran perindustrian dan pemberhentian pekerja telah mencatatkan penurunan yang lebih perlahan," katanya.

Pada masa hadapan, BNM berkata, keadaan pasaran pekerja dan sentimen perniagaan dan pengguna yang lebih baik akan menyokong permintaan dalam negeri.

Selain itu, pelaksanaan rangsangan fiskal yang lebih pesat, akses kepada pembiayaan yang berterusan dan kadar inflasi yang lebih rendah juga akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi dalam negeri pada separuh kedua 2009 hingga ke tahun 2010, katanya.

"Seperti yang dijangkakan, inflasi terus menjadi sederhana dan bertukar menjadi negatif pada bulan Jun."

"Penurunan inflasi sebahagian besarnya disebabkan oleh kesan statistik yang mencerminkan kenaikan inflasi pada Jun 2008, apabila harga bahan api meningkat berikutan pengurangan dalam subsidi bahan api."

BNM berkata, inflasi yang negatif dijangka hanya untuk sementara waktu dan akan bertukar menjadi positif apabila keadaan ekonomi dalam negeri bertambah baik.

"Berdasarkan penilaian yang dibuat, dengan kadar faedah semasa yang rendah dan rangsangan fiskal yang mula memberikan kesan, langkah dasar yang sedang dilaksanakan adalah memadai untuk memberikan sokongan kepada aktiviti ekonomi." - BERNAMA



Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit, hehe

Labels: 0 comments | edit post
AbgZan
Pagi tadi, seperti biasa sambil gosok baju, kudengar nasihat dari Bicara Mufti yang membincangkan berkenaan Mematuhi Pemimpin. Dikatakan kita mesti mempunyai pemimpin dalam apa jua yang kita lakukan. Kerana dengan ada pemimpin la kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaubagaimanapun, jika setakat ada pemimpin tapi kita tak patuh tak guna juga. Oleh itu kita mesti berintegrasi dengan pemimpin kita, sama ada pemimpin dalam agama, atau pun pemimpin negara.

Dan tidak lupa juga, yang paling utama, mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

Semoga kita bersama-sama dapat manfaat dari bicara ini.

Wallahu'alam.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Tadi singgah jap di rumah I masa lunch hour...ada sedikir progress rumahku yang telah dipacak anjung / wakaf / teratak / pondok....Lihatlah gambar di bawah:




Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Salaam sejahtera,


Siapa sini yang tak minat dgn home garden? Angkat tangan! Saya rasa takde yang tak minat, semua orang minat....saya sendiri pon minat...Home garden ni ada pelbagai jenis...ada yang bertemakan tumbuh-tumbuhan hijau2an...ada yang bertemakan fountain...ada yang bertemakan batu-batuan hiasan...ada pulak yang bertemakan kayu-kayuan...ala-ala barli pon ada...ada yang gabungan semua tu...

Berapa kosnya? ada yang RM5k...ada yang RM10k...ada pakcik saya buat 2 fountain dan sekali dgn pokok-pokokan jumlahnya RM17k... Tapi sekarang dah takleh dapat harga semurah tu, kecuali yang simple2 aja...ini bermakna kos nak buat garden naik...Oleh itu, buat garden awal2 ni kira part of investment la....di mana valuenye akan naik in the future...hehe...at least that's what I think, what say you?

Macam i, i buat sendiri aja, lagi murah, hehe... mula-mula i beli satu rangka yang dah siap berbentuk pintu gerbang...spt di bawah (harga asal RM400+, harga clerance stock RM200+) :





Dan diikuti oleh fountain yang portable (harga asal time tu RM800+, clearance stock RM400+, skrg usha2, dah tak dapat bawah RM1k dah):


Lepas tu, sediakan bumbung ala-ala nipah gitu....letak kat atas tu....



Then, beli rumput golf yang dipanggil "phillipine grass" (standard kedai jual RM3 utk 1x2 kaki, ada yang RM2.50....yg paling murah saya jumpa kat Sg. Buloh, RM2 macam tu......


Then, I bought i beli 2 ekor ayam "kayu", hehe....

Beli pokok-pokok sikit....

Dan siaplah garden idaman kalbu, hehe :D . Senang aja kan??? So, why shouldn't you try it yourself ? hehehehe...Di bawah ni adalah garden yang eden buek, hehe....Any comments?




video
Click PLAY utk tengok gardenku pada October 2008 (time Raya 2008)


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum ladies and guys,

Pagi ni saya nak bercerita sikit tentang mensyukuri nikmat Allah. Ni pun kebetulan saya dgr Bicara Mufti pagi tadi kat TV masa sedang gosok baju, hehe...

Beliau membincangkan ttg menysukuri Nikmat Allah. Ada 3 cara mensyukuri nikmat Allah:

1) Dengan niat dan penghayatan

2) Lisan

3) Perbuatan

Misalnya, Rasulullah walaupun baginda tiada dosa, tetapi baginda solat malam untuk bersyukur sampai ke Subuh.

Bicara Mufti membincangkan bahawa orang yang makan pada waktu lunch ke, breakfast ke, kemudian bersyukur atas nikmat yang Allah berikan dgn penuh penghayatan, dia akan mendapat pahala serupa macam orang yang berpuasa pada siang haritu...wallahu'alam.

Tetiba i teringat, yang selalu selepas i makan, kalau i ucapkan "Alhamdulillah", kadang2 i sekadar mengucapkannnya, tetapi tidak betul2 mendalami dgn penuh penghayatan. Rasa kesal dgn diri ini pon ada, hehe....

Ok itu sahaja saya nak kongsikan buat kali ini, hehe...Sekali sekala, saya selitkan ilmu-ilmu agama yang saya dapat pon apa salahnya dok? hehe... Ini juga part of investment, "PELABURAN AKHIRAT" !!!

Wassalaam


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Harini saya nak bercerite siki ttg renovate rumah. Seperti posting yang lepas, saya ada mention yang saya sedang renovate rumah kan? Ini kali ke-3 saya renovate rumah:

Kali pertama: Oktober 2006 - Besarkan rumah atas bawah depan belakang, renovate tandas, pasang tiles, etc

Kali Kedua: 2008 - Tambah tiles, dan repair kerosakan yang perlu direnovate

Kali Ketiga: Julai 2009 - Tambah bumbung untuk car porch dan anjung di depan rumah



Figure 1: Rangka bumbung sedang dibina oleh contractor. Nanti bila siap nanti saya post sini lagi.

Apakah faedah renovate rumah awal2? Kenapalah perlu renovate sekarang dan bukan next year ke, atau 5 thn lagi ke? Bagiku, ada beberapa faedah, iaitu:

1) Kita tahu harga bahan mentah sekarang, tidak kira apa sahaja, simen ke, besi ke, tile ke, kan sudah naik...5 tahun dari sekarang u all expect harga tu akan menurun ke? atau maintain ke? I pasti musti ramai yang expect akan naik...Jadi ini faedah pertama, iaitu lagi lambat renovate, lagi mahal la harga nanti...

2) Time sekarang upah contractor ambik masih murah...5 tahun dari sekarang, ata 3 tahun dari sekarang ke, kita tak tahu, bila harga barang semua sudah naik, musti upahnya pon depa naikkan, betul tak?

3) Renovate awal2 senang sementara barang2 dlm rumah masih sedikit. In the future, kalau rumah dah penuh dgn perabot, tak ke serabut dibuatnye? Nak pindah2kan barang lagi, menyusahkan aja...

4) Kalau renovate awal2, lagi awal kita renovate, masa muda2 ni, lagi lama kita dapat nikmati rumah yang kita renovate tu...Kalau dah tua2, misalnya, umur dah 60 tahun baru nak renovate rumah, masa tu, kita expect mungkin kita dapat nikmati rumah sekejap aja la kot, berbanding dgn orang yang renovate masa umur 25 tahun...

Jadi atas sebab2 tu lah, i suka benor renovate rumah muda2 dan awal2. Dan atas sebab itu juga, i consider home renovation ini as part of investment! hehe....


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

AbgZan
BOARD LOTS:

Kadang2 orang sebut tentang lot. "Kaya betul mamat tu, dia ada 100 lot saham TM (Telekom)"...misalnya lah...apakah maksudnya? Kalau dahulu kala, 1 lot=1,000 unit...Akan tetapi, peraturan baru, 1 lot=100 unit...Setiap trader, boleh trade MINIMUM 1 lot (100 unit)....kalau dulu, minimum 1 lot (1,000 unit)...so nak pendek citer, dulu2 lagi susah nak main saham....memerlukan modal 10x ganda...

Any amount yang less than board lots are called special lots or odd lots...


MINIMUM BIDS:

Market Price of Share Minimum Bids
Below RM1.00 1/2 sen
RM1.00 up to RM2.99 1 sen
RM3.00 up to RM4.98 2 sen
RM5.00 up to RM9.95 5 sen
RM10.00 up to RM24.90 10 sen
RM25.00 up to RM99.75 25 sen
RM100.00 and above 50 sen

Example:
Last done price for Company XYZ
RM 3.10
Next buying quote (at least 2 sen difference)RM 3.08
Next selling quote (at least 2 sen difference)RM 3.12


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , 2 comments | edit post
AbgZan
TRADING SESSIONS:

Setiap hari bekerja, Isnin - Jumaat:

Morning Session: 9.00 am - 12.30 pm
Afternoon Session: 2.30 pm - 5.00 pm

TRANSACTION CHARGES (reference KLSE website):

1) Brokerage Rates


Brokerage is payable by both buyer and seller.

  1. Stocks, ordinary shares and preference shares.
    With effect from 1 July 2002, the brokerage payable for all trades in stocks, ordinary shares, preference shares and other securities listed and traded on the stock market of Bursa Malaysia [but excluding the instruments described in paragraphs (b), (c) and (d) below] shall be on a fully negotiated basis between its client, subject to a maximum of 0.70% of the contract value.
  2. Government bonds and Municipal Debentures
  3. Other debentures (non-convertible)
  4. Overseas options
    For all trades in these instruments [(b), (c) and (d)] regardless of contract value or nominal value, the brokerage is fully negotiable.
  5. Minimum brokerage
    With effect from 9 June 2003, the minimum brokerage rate is as follows:
Category of Trade

Minimum Brokerage Rate*

Retail trades valued above RM100,000 : 0.3% of contract value
Retail trades valued below RM100,000 : 0.6% of contract value

Online routed retail trades (via ECOS)**

Up to 30% discount of minimum rate

Same day buy and sell trades 0.15% of contract value

*Fixed brokerage
Always subjected to the fixed brokerage of RM2.00 on transaction of loan instruments and RM12.00 on any other transaction.
** Participating Organisation's Electronic Client-Ordering System approved by Bursa Malaysia.


2) Clearing Fees


  1. On-Market
    0.04% of transaction value (payable by both buyer and seller) with a maximum of RM500.00 per contract. There is no minimum fee imposed.
  2. Direct business
    0.04% of transaction value (payable by both buyer and seller) with a maximum of RM500.00 per contract and a minimum of RM10.00.
3) Stamp Duty

The stamp duty chargeable on transactions on the stock market of Bursa Malaysia is:

  1. RM1.00 for RM1000.00 or fractional part of value of securities (payable by both buyer and seller), and effective 17 March 2003, the stamp duty shall be remitted to the maximum of RM200.
  2. All instruments relating to the issue of, offer for subscription, or purchase of, or invitation to subscribe or purchase, debentures approved by the Securities Commission under Section 32 of the Securities Commission Act, 1993, and the transfer of such debentures, are exempted from stamp duty.
4) Registration Fees

RM3.00 fee is charged per share certificate which is payable to the company registrar for issuance of new certificates


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , 2 comments | edit post
AbgZan
Salam dan selamat pagi. Kepada beginners yang ingin belajar, prosedur2 berikut perlu diambil perhatian.


  1. Buka Account

    Cari Stockbroking company and buka trading account dan Central Depository System (CDS) account dengan mereka. Boleh deal dgn CIMB ke, Maybank ke, OSK ke...then nanti diorang akan bagi kita remisier atau licensed dealer...bukak kena bayar RM10 camtu aja....



  2. Engage Remisier

    Bila dah bukak akaun semua (dalam 3-5 hari bekerja), bole la terus bagi arahan kepada remisier utk beli stok yang kita nak..bole call atau sms...kalau nak cepat, call lagi senang...kalau sms kadang2 remisier inbox full la, atau dia tak perasan la...satu lagi, taip kena cepat...kalau taip lambat, takut terlepas nak beli harga murah.... .....masa tu kena bagi CDS account number kat remisier (for the first time only) untuk order entry...lepas2 tu, remisier tu should know already dan dia sepatutnyer ingat atau dah take note...tapi perlu ingat, kebanykan broker diorang akan suruh kita deposit dulu duit sebelum kita boleh trade / beli sesuatu saham. Contohnye, masuk RM1k, kita dapat trade saham bernilai RM1k. Ada jugak yang boleh kasi up to 3x daripada deposit yang kita masuk....Contohnya, kita deposit RM1k, dia kasi RM3k boleh trading...



  3. Placing an Order

    Order kita tu nanti akan keyed into the WinSCORE (Bursa Malaysia's fully automated trading system) terminal at the stockbroking company.
    Then relayed through the WinSCORE system to Bursa Malaysia's central computers.
    The order confirmation akan immediately routed back to the stockbroking company.



  4. Match Order

    Orders are matched automatically by the system.
    Semua harga yang match ditentukan oleh market SUPPLY dan DEMAND melalui proses bids and offers.

    Dalam setiap transaksi, a security is sold to the highest bidder and purchased at the lowest offer.
    The price transacted for a buy order will either be at the same price keyed in, or lower if the seller's price is below the buyer's price.
    For a sale transaction, the price will be the same or higher if the buyer's order is higher.



  5. Trade Confirmation

    Once the order is matched, a trade confirmation is printed out, providing details such as the original order number, stock number, price and quantity matched and the counter-party stockbroking company.
    The remisier in turn confirms with his client that he has bought/sold the specified number of shares and the price at which it was bought/sold/.
    To facilitate differentiation and to avoid confusion, the stockbroking company has different coloured slips for 'sell' and 'buy' orders.



  6. Contract Notes

    The broking house akan hantar contract notes kat kita, giving details of the transaction such as brokerage, stamp duty and clearing fees payable as well as the cost of purchase or proceeds of the sale.



  7. T + 3 and T+4

    Kalau kita beli hari ini, katakanlah 1 Ogos 2009. Harini adalah T+0. Esok T+1, diikuti T+2 and so on. Bila masuk T+3, kita kena tentukan untuk nak "pickup" atau tak. Apakah "pickup"? Pickup tu maksudnya, kalau kita nak simpan saham yang kita beli tadi tu. Kalau kita tak nak simpan, kita nak jual, kita jual pada harta T+3 tadi tu. Kalau kita nak simpan, kita kena bagi tau remisier yang kita nak "pickup". Nanti remisier akan gunakan fund yang kita deposit sblm ni utk "pickup". Tapi seandainya, kita menggunakan servis yang ada 3x margin tu, maka, kita kena deposit kan lagi some more amount untuk cukupkan amount. Contohnya, kita masuk RM1k. Tapi kita dibenarkan beli saham sampai Rm3k. Tapi bila sampai T+3, kita kena topup lagi RM2k utk nak cukupkan RM3k untuk melayakkan diri utk "pickup"...tapi kalau kita kita taknak pickup, dia akan beri kita masa sampai T+4, di mana hari T+4, akan berlaku "force selling" atau "paksa jual", di mana broker akan jualkan untuk kita pada harga T+4, samada harga rugi atau untung (harga semasa). Sekiranya kita TAK PICKUP, maka istilah orang panggil adalah "MAIN KONTRA"....Main kontra ni agak bahaya, tetapi boleh membawa untung, nanti insyaAllah kalau sempat, saya bincangkan kemudian..

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

Labels: , 4 comments | edit post
AbgZan
Salaam all,
Sapa sini main bursa saham? Atau minat saham, tapi tak reti nak main saham? Atau dah kaya raya disbbkan trade saham? Part time trader ke? Atau full time trader ke? Atau long term investor ke? Saham apa yg u all masuk? Second liner ke? Blue chip ke? Atau hanya masuk IPO (Initial Public Offering)? Atau trade kat warrant? Tau tak warrant tu apa? Selalu dia label macam ni kat bursa saham:

Salcon-wa
Saag-wa
Spsetia-wb

Atau bagaimana pula dengan Call Warrant pulak? Selalu labelnya macam ni pulak:

TM-CF, TM-CH, etc..
GAMUDA-CE, GAMUDA-CF, etc...
TENAGA-CF, TENAGA-CG, etc....

Saya yakin mesti ramai readers kat sini yang dah expert main saham...kepada yang tak tau dan berminat, anda tau tak apakah risiko2 yang akan dihadapi? Bagaimana pula denga yuran atau caj2 yang akan dikenakan ? Nak beli /jual online ke atau thru remiser?

Apakah teknik2 yang perlu dipelajari? Fundamental? Teknikal? Berkesan tak? Boleh untung tak? Berapa %? 20% ke? 100%? 500%? WOWWWW!!!

Itu semua soalan-soalan yang anda semua kena tanya, kalau anda nak menceburkan diri dalam bursa saham....

Berikut dilampirkan contoh online real time price for bursa saham untuk hari ini (CIMB):


Baru nak sambung mengarang ayat, dah dapat call dari wife, anak demam panas, nak kena pick him up from school...sambung later nanti k...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , 4 comments | edit post
AbgZan
Assalamualaikum semua,

Skrg ni dah pukul 3.28am, tapi kenapa daku tak tido lagi ni? hehe...Bukan takmo tido, tapi tadi tengah2 tengok tv dlm pukul 930pm camtu, tertido depan tv. Sedar2 dah pukul 2am camtu. Pastu terus transfer gambar dari camera+hp ke dalam laptop. Pastu baru nak tido, tetiba, dapat pulak "free WIFI" dari jiran. Apa lagi, terus check la blog....Last2 daku decide utk post sikit apa yang daku buat hari ni. Harini daku rasa byk benda yg daku buat, hehe....

Tengahari daku dan wife dan anak2 pi kenduri datuk buat di Ampang Jaya, sbb adik datuk meninggal. Mari kita sedekahkan al fatihah buat arwah, semoga roh arwah dicucuri rahmat, ameen....

Semasa nak pergi rumah datuk tu, seperti biasa, akan lalu satu rumah jiran datuk, yang menjadi idola dan inspiration daku, ni daku pastekan rumahnya:


Figure 1: Rumah idaman kalbu, kempunyaan jiran tetangga datukku


Selepas tu, kami basuh kereta sikit...kami basuh di Setapak, ada satu BHP ni dia bukak kedai cuci kereta pakai mesin diorang....alamak lupa lak nak amik gambar, boleh paste sini, takpe la lain kali laa... tapi yang bestnyer dia murah aja, RM3 aja sekali cuci (luar sahaja), murah berbanding harga service pasaran RM6, hehe....dulu sblm 30 june 2009, hanya RM1 harga promotion, lagi lar murah, hehe ....

Lepas tu, kami pergi ke kedai Tewah di Tesco Shah Alam, utk menempah langsir, sbg persiapan sblm Raya nanti...cheehhh, awal betul persiapan kan...almaklum, masa skrg la tempah, kalau dah bulan pose nanti, sure berpusu2 orang kat kedai, sesak nanti..dgn jaga anak2nya, hehe....Kedai Tewah ni best jugak, byk pilihan ... kalau sesiapa nak tempah langsir saya recommend pergi la sini, murah2 lak tu....daku ada pilih kain yang daku rasa lawa dan nampak mahal, tapi RM8.50 semeter aja, hehe...


Figure 2: Receipt pembelian langsir, tapi ambil masa 2 minggu utk siap. Kat receipt tu ada dilampirkan jenis kain yang daku pilih, tapi hang kena tengok betul2 la, sbb kecik aja , hehe...

Okler, nak tido...salaam all...

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Salam sejahtera,

Siapa yang tak tau apa2 langsung ttg ASB angkat tangan? Saya rasa semua sure tau ttg ASB....
ASB ni boleh dikatakan satu pelaburan yang menguntungkan dan "selamat" sebab dibackup oleh kerajaan...dividen setiap tahun pun maintain....paling kurang dia bagi dalam 7% setelah berpuluh tahun wujud....

Berikut adalah sejarah agihan dividen oleh ASB:

Tahun Dividen Bonus
1990 8.0 6.0
1991 8.5 4.0
1992 7.5 5.0
1993 9.0 4.5
1994 9.5 4.5
1995 10.0 3.0
1996 10.25 3.0
1997 10.25 1.25
1998 8.0 2.5
1999 10.50 1.5
2000 9.75 2.0
2001 7.0 3.0
2002 7.0 2.0
2003 7.25 2.0
2004 7.25 2.0
2005 7.25 2.0
2006 7.20 1.5
2007 7.30 1.25 (*sumber dari blog Irwan.biz, credit to him)

Nanti saya ceritakan lebih detail macamana duit boleh membiak dengan melabur di ASB...dan macamana nak take advantage dengan ASB Loan yang ditawarkan oleh bank2 di Malaysia, seperti Maybank dan CIMB dan RHB....

Nantikan pada esok hari....

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: 0 comments | edit post
AbgZan
Salaam dan selamat pagi semua,

Hari ni hari Sabtu, masa berehat, hehe.... daku pon cuti dari bekerja ....lega, fuh fuh....
Minggu lepas dan minggu ni agak penat bekerja , plus ada macam2 urusan peribadi jugak...
Hal-hal kerja yang menyibukkan:

1) Segala urusan yang berkaitan dgn pelancaran satelit Malaysia kedua, RazakSAT

Figure 1: Pasukan Pelancaran RazakSAT Bergambar bersama crew2 C130

2) Menyiapkan tender utk submit kepada satu agensi kerajaan (first time buat, baru tau betapa letih dan tediousnyer buat tender ni ya....hehe, sampai tak tido mlm tuuu, tak balik rumah lak tuu..hehe)

Hal-hal peribadi:

1) Buat ASB loan (nanti daku citer kenapa buat ASB loan ni boleh menguntungkan, taking advantage of the banking system)

2) Refinance rumah, nak dapatkan cash, at the same time, bayaran bulanan lebih kurang sama dgn sebelum ni....

3) Bantu isteri dalam hal-hal berkaitan bisnes yang dia nak setup bersama kawannya (SEMOGA BERJAYA YA!!!)

4) Minggu lepas dah mula deal dengan contractor untuk buat renovation rumah, tambah bumbung di car porch dan juga nak buat wakaf (ala ala pondok gitu)...Special thanks to Kak PNUT dan suami yang banyak memberi maklumat, dorongan dan motivasi...

Figure 2: Antara pontential supplier barang2 renovation wakaf...

Alhamdulillah rasa puas hati betul....Nanti esok sambung ya.....salaam.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
AbgZan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Harini hari pertama saya nak post blog. Daripada dulu berangan2 nak buat blog, tapi tak buat-buat jugak. Tak tau la disebabkan sibuk ke, atau takde motivasi ke, atau pasal tak reti nak start (aku ni bukan tere mana IT, hehehe)...

Secara amnya, apa yang ingin kuceritakan di sini adalah mengenai suka duka lara aku menceburkan diri dalam dunia pelaburan sejak di bangku sekolah lagi, ahakksss (macam gempak pulak bunyinya, hehe).... Sejak kecil daku dididik dan diasuh oleh parents, untuk melabur dalam bank...sikit-sikit, bila dapat duit raya aja, dia suh masuk bank, sikit-sikit masuk bank..hehe...sampaikan kadang-kadang pakcik makcik, datuk nenek semua kritik, "guna la duit tu, asek bank aja apa dapat"...

Dari dulu parents cakap, masuk bank, dapat dividen....Daku tanya mereka, "Dividen tu apa mak, ayah? " ....."Dividen tu nanti bank kasi duit free daripada duit yang kita masuk dlm bank mereka..Lagi banyak masuk, lagi banyak la dapat duit free" ...Begitulah bunyinya jawapan parents yang cukup menggetarkan hati daku....

Dari situ hatiku selalu berfikir, macamana mau kasi duit membiak....

Pernah sekali, tak ingat bila, tapi kalau tak silap, masa tu daku baru darjah 2 , time tu tengah menuju ke rumah uncle untuk melawat....masa dalam kereta, daku curi2 dengar perbualan emak dan ayah....

"Tahun ni ASN bagi dividen 50% kan...bla bla bla...."...

Terdetik di hatiku, biar betullllllll??? 50% ?? Masa tu gua baru darjah 2...tapi entah macamana, duit punya pasal....daku duk kira congak...kalau sekarang ada RM10,000:

1st year : RM15,000
2nd year: RM22,500
3rd year: RM33,750
.
.
.
12th year: RM1,297, 463 ---> JUTAWANNN???

Pergh, takleh jadi ni, macam ni kan, gua memang kena melabur ni.....kena kumpul banyak2 duit ni...

Rasa-rasanya motivasi untuk melabur menjadi kemuncak bermula dari waktu dalam kereta tu la ..... Sehingga ke hari ini, otak asyik ingat macamana nak biakkan duit aja....my brain always plays with numbers.....working 24 hours, hahaahaa....* Credit to my parents !!!

So, dalam posting akan datang, daku akan citerkan pengalaman pahit manis masin daku melabur dalam pelbagai jenis pelaburan, samada conventional, traditional, internet, banking, hartanah, etc....Akan daku selitkan juga tips-tips macamana nak kumpul dan biakkan duit dari pengalaman daku...

Ok, sekian sahaja posting pertama buat kalian....Ayat mungkin skema kot, next time, daku akan belajar macamana nak karang ayat kurang skema, ahakss...!!


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe