AbgZan
Pagi tadi, seperti biasa sambil gosok baju, kudengar nasihat dari Bicara Mufti yang membincangkan berkenaan Mematuhi Pemimpin. Dikatakan kita mesti mempunyai pemimpin dalam apa jua yang kita lakukan. Kerana dengan ada pemimpin la kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Walaubagaimanapun, jika setakat ada pemimpin tapi kita tak patuh tak guna juga. Oleh itu kita mesti berintegrasi dengan pemimpin kita, sama ada pemimpin dalam agama, atau pun pemimpin negara.

Dan tidak lupa juga, yang paling utama, mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

Semoga kita bersama-sama dapat manfaat dari bicara ini.

Wallahu'alam.


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
0 Responses