AbgZan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua,

Harini hari pertama saya nak post blog. Daripada dulu berangan2 nak buat blog, tapi tak buat-buat jugak. Tak tau la disebabkan sibuk ke, atau takde motivasi ke, atau pasal tak reti nak start (aku ni bukan tere mana IT, hehehe)...

Secara amnya, apa yang ingin kuceritakan di sini adalah mengenai suka duka lara aku menceburkan diri dalam dunia pelaburan sejak di bangku sekolah lagi, ahakksss (macam gempak pulak bunyinya, hehe).... Sejak kecil daku dididik dan diasuh oleh parents, untuk melabur dalam bank...sikit-sikit, bila dapat duit raya aja, dia suh masuk bank, sikit-sikit masuk bank..hehe...sampaikan kadang-kadang pakcik makcik, datuk nenek semua kritik, "guna la duit tu, asek bank aja apa dapat"...

Dari dulu parents cakap, masuk bank, dapat dividen....Daku tanya mereka, "Dividen tu apa mak, ayah? " ....."Dividen tu nanti bank kasi duit free daripada duit yang kita masuk dlm bank mereka..Lagi banyak masuk, lagi banyak la dapat duit free" ...Begitulah bunyinya jawapan parents yang cukup menggetarkan hati daku....

Dari situ hatiku selalu berfikir, macamana mau kasi duit membiak....

Pernah sekali, tak ingat bila, tapi kalau tak silap, masa tu daku baru darjah 2 , time tu tengah menuju ke rumah uncle untuk melawat....masa dalam kereta, daku curi2 dengar perbualan emak dan ayah....

"Tahun ni ASN bagi dividen 50% kan...bla bla bla...."...

Terdetik di hatiku, biar betullllllll??? 50% ?? Masa tu gua baru darjah 2...tapi entah macamana, duit punya pasal....daku duk kira congak...kalau sekarang ada RM10,000:

1st year : RM15,000
2nd year: RM22,500
3rd year: RM33,750
.
.
.
12th year: RM1,297, 463 ---> JUTAWANNN???

Pergh, takleh jadi ni, macam ni kan, gua memang kena melabur ni.....kena kumpul banyak2 duit ni...

Rasa-rasanya motivasi untuk melabur menjadi kemuncak bermula dari waktu dalam kereta tu la ..... Sehingga ke hari ini, otak asyik ingat macamana nak biakkan duit aja....my brain always plays with numbers.....working 24 hours, hahaahaa....* Credit to my parents !!!

So, dalam posting akan datang, daku akan citerkan pengalaman pahit manis masin daku melabur dalam pelbagai jenis pelaburan, samada conventional, traditional, internet, banking, hartanah, etc....Akan daku selitkan juga tips-tips macamana nak kumpul dan biakkan duit dari pengalaman daku...

Ok, sekian sahaja posting pertama buat kalian....Ayat mungkin skema kot, next time, daku akan belajar macamana nak karang ayat kurang skema, ahakss...!!


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
2 Responses
  1. Syida Says:

    Good Job:)


  2. Anonymous Says:

    mmg dahsyat nih..kecik2 lagi dah ade minda ke arah pelaburan..