AbgZan
Assalamualaikum semua, selamat pagi...

Sapa sini pernah dgr Public Mutual? Atau pernah nampak tak papan tanda kat kedai yg berbunyi: "CIMB Wealth Advisor"? CMS ke? Atau seangkatan dengannya....Pernah di approach orang yang tetiba call dan ajak minum-minum? Pastu tanya ttg KWSP atau EPF kita? Rasanya untuk apa itu semua?

Itu semua adalah detik-detik permulaan sebelum anda terjebak dengan pelaburan Unit Trust, atau nama melayunya Amanah Saham...Apakah Unit Trust? Unit Trust adalah satu dana yang diurus oleh Fund Manager (Pengurus Dana) dengan cara memilih saham-saham tertentu yang listed dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) atau listed di stock market di luar negara seperti China dan Hong Kong...

Unit Trust ada yang dikategorikan sbg risiko rendah, ada yang risiko tinggi....selalunya dana yang berisiko tinggi, mempunyai potensi utk mendapat untung yang lebih banyak...orang kata "NO RISK NO GAIN" , hehe....

Bagaimanakah caranya utk memulakan pelaburan dalam Unit Trust? Apakah dana yang sesuai bagi anda? Berapakah amount yang patut dilabur? Semuanya akan terjawab di episode yang akan datang...till then, wassalaam...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit, hehe
Labels: edit post
4 Responses
  1. risanur Says:

    dah tukar template baru...
    selamat menjadi blog tegar yea...


  2. hehe, thanks... tapi ada beberapa tulisan kat atas tu tak berapa nampak sbb bertempek, hehe....tak reti camana nak tukar warna....

    risanur ni macam pernah dgr...sapa ye....


  3. Yusman Says:

    abg zan,

    saya confuse la, dulu masa belajar kalau based on capm, investment punya terminology high risk return, tapi unit trust under asnb dah jadi terbalik..
    tgklah fixed price dia(ade 4 semua, ASB,ASM,ASD,ASW2020)semua bagi high return sedangkan fund-fund ni come with no risk..compare dgn variable price dia yg ASN,ASN2,ASN3,ASG kan ke semua tu variable tapi dividen ciput je padahal high risk gak kan...
    tapi, ape ape pun saya gak la...hehe


  4. Performance utk setiap dana berbeza2...kadang2 ASB tinggi, kadang2 ASW, kadang2 ASN....sbb setiap dana, FUND MANAGER labur dlm saham2 yg berbeza2 kounter dan berbeza peratusan komposisinya....

    Tetapi macam ASB dan ASW, yg bestnyer, harga beli dan jual kekal RM1 seunit, amat selamat...tapi ASN misalnya, harga jual dan harga beli berbeza...di mana, kalau anda beli ASN skrg, esok nak keluarkan duit, anda akan rugi serta merta....

    ASB anda boleh masuk dan keluar anytime, tak rugi apa2 pon....beli RM1, jual pon RM1....

    hope i made myself clear ;)