AbgZan
Alhamdulillah, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba...akhirnya dividen bank rakyat diumumkan juga...

Nampaknya, seperti jangkaan, memang tepat sekali Bank Rakyat akan still bagi 15% dividen tahun 2011 (utk tahun berakhir Dec 2010)....dividen boleh mula diambil hari ini di bank....jangkaanku tepat Bank Rakyat akan declare bulan Feb, walaupun bulan February pon dah nak tamat, hehe...

You all boleh baca dlm my previous post:
http://kakilabur.blogspot.com/2011/02/dividen-bank-rakyat-akan-diumumkan-tak.html

Esok sure berpusu-pusu ramai orang pergi Bank Rakyat ni....

Kalau tahun lepas, hanya orang yang invest sikit aja yang dapat dividen awal, orang yang invest banyak yang melebihi RM1 juta, or even RM10 juta, akan dapat lambat sikit....

Jeles aku kat orang yg invest RM10 juta tu, senang2 setiap tahun dapat RM1.5 juta, bahagi 12, boleh cover gaji abour RM120k sebulan...mahsyuk2....

Ok baca artikel dari Utusan di bawah utk lebih lanjut:

---------------------------------------------------
Dividen Bank Rakyat 15%

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
ainul.ahsan@utusan.com.my

Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Kamaruzaman Che Mat (kiri sekali) dan Pengerusi Bank Rakyat Syed Jalaludin Syed Salim (dua dari kiri) menunjukkan carta prestasi kewangan Bank Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Buat tahun ke-12, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

Dividen itu membabitkan pembayaran sejumlah RM294.9 juta yang akan mula dibayar kepada anggotanya mulai esok.

Menteri Perdagangan Dalam Negari, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, agihan dividen yang konsisten oleh bank itu hasil keuntungan sebelum cukai dan zakat Bank Rakyat sebanyak RM1.72 bilion.

Ia merupakan kenaikan sebanyak 10.8 peratus atau RM167.1 juta berbanding RM1.55 bilion pada 2009.

Pertambahan keuntungan itu dipacu oleh pertumbuhan pembiayaan terutama pembiayaan peribadi dan pendapatan berasaskan yuran serta kenaikan deposit.

''Bank Rakyat turut merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM1.34 bilion berbanding RM1.13 bilion pada tahun sebelumnya,'' katanya pada sidang akhbar bagi pengumuman prestasi Bank Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, bank itu masih mengekalkan pemberian dividen sebanyak 15 peratus meskipun keuntungan meningkat.

''Kita akan membawa keuntungan yang diperoleh untuk menjana pendapatan pada masa depan,'' tambah beliau.

Kamaruzaman berkata, untuk tahun ini, bank itu mengunjurkan peningkatan pendapatan meningkat sebanyak 10 peratus, lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Beliau menyifatkan pertumbuhan 10 peratus itu adalah kadar yang selesa bagi Bank Rakyat selepas mengalami pertumbuhan besar pada 2010.

''Unjuran yang dibuat itu adalah normal, tanpa ada sebarang ekstra dan kita jangkakan prestasi masih kekal kukuh sekiranya kadar faedah stabil,'' ujarnya.

Beliau berkata, pada tahun ini Bank Rakyat berhasrat untuk menambah lapan lagi cawangan sedia ada yang berjumlah 127 buah dengan membabitkan pelaburan sebanyak RM1 juta setiap sebuah.

Bank Rakyat juga merekodkan kenaikan pendapatan kasar sebanyak 24.3 peratus kepada RM4.70 bilion manakala pendapatan bersih selepas agihan keuntungan kepada pendeposit sebanyak RM3.05 bilion berbanding RM2.61 bilion tahun sebelumnya.

Pendapatan sumber pembiaya melonjak kepada RM4.04 bilion, yang mana 92 peratus atau RM3.71 bilion disumbangkan oleh perbankan pelanggan dan bakinya sejumlah RM323.9 juta melalui perbankan komersial.

Pendapatan berasaskan yuran juga bertambah sebanyak RM92.3 juta.

Jumlah aset meningkat sebanyak 22.3 peratus atau RM11.27 bilion kepada RM61.91 bilion berbanding RM50.64 bilion pada tempoh sebelumnya.

Jumlah deposit Bank Rakyat naik kepada RM52.49 bilion bagi tahun lalu dan kedudukan kecairan kekal kukuh pada kadar 27.3 peratus berbanding 25.2 pada 2009.

Dana pemegang saham Bank Rakyat juga meningkat kepada RM5.95 juta dengan bilangan anggota seramai 758,356 orang.

Any comment guys? Komen je jangan malu2...
AbgZan
Nampak gayanya, memang betul harga minyak terus melambung, as expected...didorong oleh huru hara di Libya yang merupakan negara yang mempunyai oil reserves terbanyak di South Africa dan antara negara pengeluar minyak terbesar di dunia...

1/5 daripada pengeluaran minyak Libya yang berjumlah 367,000 barrels sehari nampak macam dah di shutdown....kalau ini berterusan memang sah-sah akan affect supply...

Sebagai kesannya, oil price in New York passed 2 year highs, iaitu menghampiri USD100 per barrels, price last time seen pada tahun 2009....

Dlm post terdahulu saya ada sebut harga minyak mungkin pass USD96 per barrel by end of 2010 (bole baca sini: http://kakilabur.blogspot.com/2010/12/harga-minyak-dunia-naik-lagi-oil-rises.html ), tetapi ia hany cecah paras USD93 aja...dan skrg sudah melampaui harga tu, dah cecah USD99.5 meghampiri USD100....dan i believe will continue to increase to at least USD104 within a week from now....

Kalau kita tengok Brent Crude Oil pulak, ia sudah break USD110 per barrel...about USD111.11 paling tinggi tadi......

Dan harga akan terus naik ni selagi masalah di Libya berterusan...

What I am trying to express here adalah, sekarang ni dah nak masuk bulan March 2011....bak kata kerajaan, kerajaan akan revise harga minyak sebulan sekali....so, minggu depan dah masuk March 2011...

Maka, bersiap sedia lah untuk kenaikan harga minyak seterusnya...KEEP YOUR TANK FULL next week, hehe :)

Any comment, kasi aja...:)
AbgZan
Salam dan good morning,

Weekend baru2 ni bermulalah kelas kedua (module ke-2) kelas MBA aku....module ke-2 adalah Human Resource Management....menarik jugak kelas ni....baru aku tau betapa pentingnya Human Resource (HR) ni....dan byk contribution diorg ni....cuma bergantung kepada orang yang menguruskan....kalau tak pandai uruskan, tak berfungsi ler HR ni....

Anyway, kali ni kitorang belajar dgn Dr Roshidi.... Assoc Prof ni kelakar orangnya, sepjg kelas asek buat lawak aja....

TAPI....

Banyak betul kerja nak kena buat....aduhaiii...

Dengan Individual assignment 20 pages kena hantar dlm masa 2 minggu (with reference and figures)....

Dengan group assignment kena anta dlm masa 5 minggu (60 pages) ...

Dengan individual presentation kena present dlm masa 2 minggu (tajuk lain dari Individual assignment)

Group presentation lagi, pon lain dari di atas....

Ada 2 test lagi....

Risau jugak aku dibuatnya.... aku rasa Prof ni ingat kita ni FULL TIME student ke apa ke, hehe....kitorg ni part time student jer, kerja full time lagi...family lagi....pening kepala dibuatnya ni....


Any komen guys?
AbgZan
Harga minyak di Malaysia mungkin naik lagi bak kata news....aku tgk harga minyak di New York tak naik byk mana pon....tapi Brent oil dah naik hampir 109....masa gomen naikkan dulu kononnya harga minyak cecah 105...skrg ni 109...so pandai2 la kira kalau gomen naik berapa sen dia akan naikkkan nanti....kira pro rate aja :)

Ish ish...kenapa la gomen ikut Brent....:D

Apa pon kena hati2 ni....ekonomi boleh effect tu kalau harga minyak naik mendadak sgt....

Kena cari cara2 nak jimat minyak ni...
http://kakilabur.blogspot.com/search/label/Jimat%20Minyak


-----------------------------------------------------

Harga petrol mungkin naik? (Utusan)

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pendapat yang serupa dikongsi oleh pemerhati ekonomi, Nassrul Hakim Jani yang tidak menolak kenaikan harga minyak boleh berlaku kepada mana-mana negara termasuk Malaysia, berdasarkan krisis global ketika ini terutama pergolakan politik di negara Arab.

Begitu pun, kata bekas pensyarah Pengurusan Perniagaan dan Koordinator Pusat Informasi Usahawan, Kolej Profesional Mara, Indera Mahkota, Pahang itu, kerajaan perlu memastikan kenaikan harga minyak tempatan tidak berlaku secara drastik dan terlalu tinggi sehingga menimbulkan rasa panik di kalangan rakyat.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

"Sebagai antara negara pengeluar minyak juga, kerajaan masih boleh mengambil keuntungan daripada kenaikan harga minyak di pasaran dan menggunakannya untuk projek pembangunan yang lain.

"Malah, keuntungan itu juga boleh memastikan kerajaan mengekalkan subsidi minyak seperti yang diberikan ketika ini atau tidak menaikkan harga minyak terlalu tinggi," kata beliau.


Komen aja apa2 pon ok guys :)

AbgZan
Salaam and howdy all,

Dah 3 hari aku tak update blog, gara-gara Nokia N900 aku yang repair tak siap2 lagi...masa hantar kat Nokia SS15 aritu, depa kata 1 hari aja, tapi sekarang dah 8 hari tak siap2 lagi.....so disebabkan tu, aku tak boleh jadikan N900 tu sebagai modem utk connect kepada internet laptop....

Aku ada alternative Nokia 6120, yg aku pernah guna sbg modem sblm ni dan jugak surf kat hp tu pon ok....tapi sejak aku pakai Nokia N900, nokia 6120 dah tak berfungsi sbg modem (asek gagal, tak tau kenapa)...surf pakai hp takde masalah pulak....

Anyway, laptop FTEC aku yang aku beli April 2007 pun dah mula tunjuk tanda2 problem, walaupun masih ok....alhamdulillah, selama hampir 4 thn aku pakai laptop tu, takde masalah dgn laptop tu...cuma sejak bulan lepas, screen dah mula keluar tanda2 macam nak rosak, tapi sekali sekala aja keluar rosak2 tu....

ANyway, aku baru aja beli Laptop Toshiba baru, hehe....honestly, aku cakap, aku bukan ler hebat sgt bab2 computer atau laptop ni....sebab tu aku terkejut, bila banyak kedai cakap Laptop Toshiba antara yang rank paling tinggi in terms of reliability / susah nak rosak...

So, aku pun consider ler beli laptop Toshiba ni....Spec:
- Intel Dual Core 2.13Ghz
- Ram 2Gb
- Hard disk 320 Gb
- 14" HD LED Backlight Display
- OS Windows 7 Home Premium (original)
- 3 years Warranty (Toshiba)
- Free antivirus 1 yr
- Depa bg jugak ciplak punya MS Office 2010 atau 2007, Adobe Photoshop, AutoCAD 2011 dan apa2 software yg korang nak....

Cuba teka harga berapa? Kalau aku cakap tak tau la korang terkejut ke tak....

Harga cuma RM1570....aku agak terkejut, murah gile, kalau nak comparekan laptop2 yg aku selalu nampak kat kedai lain, atau brand2 lain...mungkin zaman skrg dah murah, tapi bg aku terlalu murah utk harga laptop....

Kalau nak lagi murah, ada jugak yg Spec "hampir" serupa:

Lenovo RM1460 (tapi takde OS, dan Warranty 1 thn)
Acer RM1299 (takde OS jugak, warranty 1 thn)

Nak tau tak kat mana kedai ni? Kalau u all interested ler....jgn risau, aku tak dpt komisen punya, haha...

Pada masa yang sama, aku pun consider subscribe MAxis Broadband, yang kononnnya kelajuan paling laju dan harga amat murah....laju up to 7.2 Mbps....currently aku pakai Digi broadband (yg kononnnya kelajuan up to 700kbs siang hari, dan up to 100kbs mlm hari)....so saja nak test subscribe Maxis broadband....

Aku kecewa...sbb selepas aku guna Maxis tu dekat laptop baru Toshiba aku ni, kelajuan adalah SLOWER dari Digi....bukan nak kutuk, tapi tu apa yg aku rasa....bila aku cek speed, hanya 236kbs, padahal "EXCELLENT" connection....dan masa aku nak subscribe pon, aku dah check coverage area rumah aku Seksyen 26 Shah Alam, memang strong....

So apa masalahnya? Kalau ada Maxis Customer Service baca blog aku ni, boleh komen sikit tak?

Okler tu aja, citer serba sikit aku nak share dgn korang, in case korang pon tengah cari Laptop ke, atau tgh cari broadband ke....

JANGAN LUPA KOMEN yer...and JANGAN LUPA FOLLOW MY BLOG....:)
AbgZan
Sudah berapa tahun, Robert Kuok masih lagi kekal sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan memiliki kekayaan sebanyak RM50.04 bilion, diikuti T. Ananda Krishnan dengan nilai RM45.78 bilion, semakin rapat dengan Robert Kuok (rujuk Malaysian Business)…Apa rahsia Ananda Krishnan mempertingkatkan kekayaan sebanyak hamper 70%? Senangnya, beliau jadikan 3 syarikatnya sebagai milik persendirian…selain tu, nilai Maxis pun makin bertambah…
Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow di tempat ketiga (RM12.77 bilion) diikuti Tan Sri Lee Shin Chen, Pengerusi Eksekutif IOI Corporation Bhd. dengan kekayaan sebanyak RM12.74 bilion, sikit aja beza dengan No. 3 tu…

Pengerusi Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay (tokey judi) kekal ditempat kelima (RM10.89) bilion dan tempat keenam, Pengerusi Kumpulan Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan, meningkat daripada kedudukan ketujuh dengan kekayaan RM7.09 bilion.
Dan yang ditunggu-tunggu, hanya SEORANG individu Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pula berada pada kedudukan ketujuh dengan nilai kekayaan RM8.84 bilion, menngkat hampir 50 peratus berbanding tahun sebelumnya (sebelum ni hanya abou RM4billion plus) ..

Balu Tan Sri Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua pula berada di kedudukan kelapan dengan anggaran kekayaannya RM7.43 bilion. Tan Sri Tiong Hiew King, Pengerusi Rimbunan Hijau nombor sembilan dengan harta sebanyak RM4.77 bilion dan hartawan Singapura, Ong Beng Seng di tempat ke-10 dengan nilai aset RM3.98 bilion.

Beng Seng Berjaya rampat kedudukan Pengerusi Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent sebab kekayaan dia menyusut (sekarang di tempat ke-12).

Senarai individu-individu terkaya menerima tiga nama baru dengan kemasukan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mah Sing, Tan Sri Leong Hoy Kum dan Pengerusi Eksekutif Supermax Corporation Bhd. , Datuk Seri Stanley Thai serta Naib Pengerusi Eksekutif Tan Chong Holdings Bhd., Datuk Tan Heng Chew.

Kalau kita baca Malaysian Business, jumlah kekayaan 40 individu terkaya di Malaysia meningkat lebih daripada 30 peratus disebabkan oleh peningkatan pasaran saham dan peluasan ekonomi.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu itu berdasarkan nilai pegangan saham dalam syarikat-syarikat tersenarai sehingga 21 Januari lalu.

Jumlah kekayaan kesemua individu itu sekarang bernilai RM206.27 bilion sehingga 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion tempoh yang sama tahun lalu, tetapi kalau kita tengok masih tewas dengan kekayaan Bekas Presiden Mesir, Mubarak, di mana dia seorang aja ada harta lebih RM210 billion…hehe…

Keseluruhan pertambahan itu adalah sejajar dengan kenaikan 20 peratus FBM KLCI sejak tinjauan terakhir.

Jangan lupe komen yer guys, and FOLLOW my blog ok...:)
Labels: 2 comments | edit post
AbgZan
Assalamualaikum guys,
Bru 2 hari tak update blog rasa macam dah lama...bukan sengaja, tapi internet limited...sebab my NOKIA N900 yg rosak touch screen nya, depa kata repair 1 hari aja...last2 pagi tadi call, masih tak siap lagi...esokdah cuti Maulidur Rasul...


Anyway,hari ni aku nak share satu benda yang mungkin some of you not aware....kepada yang pakai Insurance Takaful utk kereta, boleh dapat diskaun tambahan 10% lagi ON TOP OF YOUR INSURANCE...how???

Mudah aja, bukak website ni :

http://motortakaful.com/

Dapat extra jimat...kalau anda bayar RM1000 insurance, 10% dah jimat Rm100 dah...jimat tak?? hehe...Kalau banjer aku beli teh tarik pon tak luak, hehe...gurau jer...

ok guys, till then...salaam...

Jangan LUPA KOMEN, and JANGAN LUPA FOLLOW my blog ok :)
AbgZan
Salam guys,

Macam2 hal aku kali ni....pertama sekali, Handphone NOKIA N900 aku rosak touchscreen....nasib baik ada warranty lagi...sampai April ni....mula2 rosak2 sekali sekala aja...tapi, last2 rosak 100% touch screen nyer...button bleh tekan lagi...so disbbkan tu aku tk dpt nak posting blog..aduhai...

Ni yang aku dapat posting skrg ni pon, sbb kebetulan aku berada di McDonald di Bulatan dekat UiTM Shah Alam ni....sbb ada meeting utk group MBA Kelas Pertama aku, OB (Organizational Behavior)...meeting ni utk buat group assignment (presentation + paper report)....skrg dah dekat pukul 3 pagi di McD ni, masih sibuk macam LUNCH HOUR, hehe....tengok sini penuh....dan ramai betul orang bukak laptop termasuk aku....tapi aku rasa, kalau aku betul2 nak, aku boleh jadi MAYOR di McD Bulatan UiTM ni kot...hehe (tak reti pon nak main Mayor2 Facebook tu, duk dengar org citer jer)....

Anyway...Sabtu (ptg karang) nanti aku ada presentation (group punya)....pastu Ahad ada Test 2....pastu habis KELAS PERTAMA....next week start kelas kedua (Module 2)....Managerial Accountant pulak....cepat nyer masa berjalan....

Wish me luck for the presentation and Test ok kekawan....bye2 salam...
AbgZan
Berita terbaru yang aku baca, rupa-rupanya, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia atau Bank Rakyat (nama pendeknya) dah setahun tunggu Bank Negara Malaysia untuk luluskan permohonan Bank Rakyat untuk meningkatkan modal berbayar.....

Walaupun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dalam mesyuarat agung dah luluskan cadangan nak tambah modal berbayar tu, tapi diorang masih tertunggu-tunggu apa kata Bank Negara (BNM)...

Apakah modal berbayar? Modal berbayar ni kalau bahasa mudah, nak senang cakap, pendek kata, Bank Rakyat nak request untuk nak tambah kuota Saham Bank Rakyat, yang you all duk tunggu-tunggu tu la, hehe...

Berapa banyak yang Bank Rakyat minta nak tambah? Dengar-dengarnya HANYA RM500 juta, depa request thn 2009, dah setahun lebih dah...kalau lulus, total modal berbayar (atau kuota) akan meningkat kepada RM2.5 bilion.

Kalau lah BNM luluskan penambahan modal berbayar tu, ni akan jadi yang keempat bank rakyat tambah...Bank Rakyat mula-mula beroperasi dengan modal berbayar RM500 juta, lepas tu dinaikkan kepada RM1.5 bilion danlast sekali RM2 bilion.


Bank Rakyat mohon nak naikkan modal berbayar tu, bukan hanya disebabkan permintaan yang ramai dari rakyat...tapi juga seiring dengan keperluan semasa bank koperasi itu.

Kalau kita tengok sekarang ramai yang berebut-rebut untuk menganggotai keahlian bank sehinggakan sanggup menunggu jika dibandingkan pada masa sebelumnya. Seingat akulah, kali terakhir aku queue dan dipanggil untuk tambah modal pada lebih urang Mei/Jun 2005....lepastu, kawan-kawan aku, dan sedara2 aku yang aku suruh queue, siapa yang cepat queue, sempat tambah, yang lambat sikit aja, sampai sekarang masih duk menunggu....bayangkanlah, betapa ramainya???

Bak kata Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat :''Ramai sangat, memang ramai''.

Senarai menunggu melebihi 50,000 orang....banyak tak?? seramai tu kalau sorang invest RM20,000, bersamaan RM1 billion....

Semua orang duk berebut ni tak lain tak bukan sebab Bank Rakyat menawarkan dividen tinggi sehingga 15 peratus ...malah 20% pon pernah kasi....minimum setakat ni adalah 15%..superrrbbb!!

So, nanti2kan lah :) Ada sesiapa nak queue? Tahukah anda siapa the right person yang in charge untuk queue mengqueue ni? hehe :D

ANy komen? Komen ler sikit kawan2...takkan komen sikit pon tak boleh :)
AbgZan
Assalamualaikum

Saya yakin pasti ramai pembaca blog saya ni yang tertunggu-tunggu dividen bank rakyat....bila agaknya akan diumumkan....aku yakin dividen akan diumumkan tak lama lagi, kalau tak mingg ni, minggu depan...kenapa aku yakin? Mari kita tengok track record mereka...aku mula invest dalam share Bank Rakyat ni, dalam Mac 2004....so aku mula monitor dan "terhafal" bulan mereka announce dividen bermula dari tahun 2005 ler, sbb 2005 ler aku start dapat dividen pon....

Apa yg aku nampak, pengumuman dividen dibuat setiap tahun makin improve, makin cepat....Mari kita perhatikan:

2005 - August : 15.5%
2006 - June (improve 2 bulan) : 15%
2007 - April (improve 2 bula): 15%
2008 - February (improve 2 bulan) : 15%
2009 - January (improve 1 bulan, sbb this is THE EARLIEST possible pon) : 20%
2010 - April (merosot, sebab BNM masuk campur dalam urusan bahagi dividen, Bank Rakyat terpaksa tunggu BNM approve....time tu, ikut pengiraan aku, Bank Rakyat mampu kasi 30% dividen, tetapi BNM limitkan kepada 15%, semata-mata untuk nak "reserve" dividen tu for future) : 15%

2011 - ______?? : ___% ?

Ada sesiapa boleh teka?

So, based on analysis aku, aku yakin, Bank Rakyat akan announce dalam minggu ni atau minggu depan, which is "improved 2 bulan dari tahun lepas (April) ...

Berapa % dividen? Aku rasa, depa akan kekalkan 15%, walaupun aku yakin mereka mampu beri 20% at least utk tahun ni....aku yakin performance diorang tahun ni sure meninggkat compare dengan tahun lepas....

So jawapan di atas diringkaskan kepada:

2011 - February : 15%

Apa pon kita tunggu jer....mari kita tengok sapa yang kena....

Sebarang komen, komen jer, jangan malu...
AbgZan
Just nak share satu info to you guys...baru-baru ni (tak ler baru pun, dalam bulan lepas), aku ada dapat info dalaman bahawa AHB, atau Amanah Hartanah Berhad, pernah frozen dalam 1 hari atau 2-3 hari, aku pun tak ingat, sebab Tabung Haji ada labur about RM 300 juta ...

Kuota dalam RM1 billion....so, korang nampak tak apa yang aku nampak???

Nampak? kalau tak nampak, meh sini aku bg tau apa yg aku nampak , hehe...

Apa yang aku nampak adalah ada kemungkinan kuota RM 1 billion AHB mungkin akan full / habis / penuh soon...

Yer ler, orang kata, good one is always taken...macam saham Bank Rakyat, sudah lebih 5 tahun orang queue untuk tambah, tapi masih tak de quota...nasib baik aku sempat invest, alhamdulillah....

Just sharing for you guys to consider..

Any comment?
AbgZan
About 5-10 years ago, orang paling kaya di dunia adalah Bill Gates, kadang2 dia bersaing dengan Warren Buffett, trader saham terhebat yang disegani ramai yang mula main saham bermodalkan hasil titik peluh dia jual benda yang berharga kurang USD100, dan membeli saham pada umur yang amat muda. Beliau beli share ketika saham merudum ketika orang lain semua gerun nak masuk market...

Lepas tu, about 3-5 years ago, muncul satu nama yang menjadi saingan hebat Bill Gates, iaitu Carlos, orang Mexico, kalau tak silap aku, dia ni telco tycoon...once dia pegang Rank no.1, susah jugak Bill Gates nak kalahkan depa ni...

Sekarang ni nama yang sedang meningkat naik yang bermula from scratch adalah Mark Zuckerberg, founder Facebook....bermula dengan pakai duit orang lain kalau tak silap aku...skrg kekayaan dia bernilai about RM20 billion....

Ok, enough dengan mereka ni semua...tetapi, tahukah u all, rupa-rupanya, ada orang yang lebih kaya daripada mereka semua....tak lain tak bukan adalah orang yang namanya tertera pada tajuk di atas, Presiden Hosni Mubarak...

Siapa sangka kekayaan Presiden Mesir, Hosni Mubarak melebihi USD 70 billlion, atau melebihi RM210 billion....mahsyuk betul...

You all boleh baca lebih lanjut artikel aku kepilkan dari Kosmo...

--------------------------------------------------------------

Harta Presiden Mesir AS$70 bilion?

SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak berhampiran Terusan Suez di Mesir.

KAHERAH - Lebih kaya daripada pengasas bersama Microsoft, bilionair Bill Gates, malah manusia terkaya di dunia, Carlos Slim Helu pun tidak setanding dengannya.

Ketika Mesir terus dilanda konflik politik, Presiden negara itu, Hosni Mubarak dan keluarganya dilapor memiliki anggaran kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213 bilion) sepanjang tiga dekad era pemerintahannya.

Jumlah harta Presiden Mesir itu melebihi kekayaan Gates dari Amerika Syarikat (AS) dan Slim Helu dari Mexico, yang masing-masing memiliki aset AS$53 bilion (RM161 bilion) dan AS$54 bilion (RM163 bilion) pada tahun 2010, menurut senarai majalah Forbes.

Anggaran kekayaan Hosni juga hampir setanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Guatemala, negara rantau Amerika Tengah yang bersempadan dengan Mexico.

Mengulas mengenai perkara tersebut, beberapa pakar kewangan Asia Barat berkata, sebahagian besar kekayaan Hosni, 82, disimpan di bank-bank Britain dan Switzerland.

Sebahagian lagi kata mereka, telah dilaburkan dalam sektor hartanah di London, New York, Los Angeles serta kawasan peranginan pesisir Laut Merah termasuk hotel-hotel di Sharm El Sheikh.





Rangkaian berita ABC menyatakan, kebanyakan harta Hosni diperoleh menerusi kontrak usaha sama ketenteraan, yang bermula semasa beliau berkhidmat sebagai seorang pegawai Tentera Udara Mesir.

Semasa beliau memerintah Mesir, Hosni terus memperoleh pendapatan besar dipercayai melalui amalan rasuah dan penyelewengan wang rakyat di samping keuntungan pelaburan yang mencecah ratusan juta dolar.

Namun, kebanyakan harta itu didepositkan ke dalam beberapa akaun bank asing termasuk bank UBS dan Bank of Scotland atau dilabur dalam dalam sektor pembinaan seperti hotel.

Menurut laporan sebuah akhbar berbahasa Arab, Al Khabar pada tahun lalu, Hosni memiliki hartanah di Manhattan, New York dan di Beverly Hills, Los Angeles, AS.

Dua anak lelaki presiden berkenaan, Gamal dan Alaa, bertaraf bilionair dengan anggaran kekayaan kedua-duanya melebihi AS$25 juta (RM76 bilion).

Gamal turut memiliki dua kapal pesiaran mewah berharga sekitar AS$81 juta (RM248 juta).

Seorang profesor sains politik Universiti Princeton, AS, Amaney Jamal berkata, anggaran kekayaan Hosni adalah munasabah kerana rata-rata pemimpin rantau Teluk memiliki kekayaan mencecah AS$40 (RM122 bilion) atau lebih besar.

"Usaha sama perniagaan semasa beliau (Hosni) berkhidmat dalam tentera dan pentadbiran negara melonjakkan kekayaan peribadinya," kata profesor berkenaan.

Seorang lagi pakar politik Asia Barat, Christopher Davidson dari Universiti Durham, Britain, memberitahu, Hosni dan isterinya, Suzanne mengumpul harta menerusi usaha sama dengan para pelabur dan firma asing sejak beliau memegang jawatan tinggi dalam tentera Mesir.

Menurutnya, kebanyakan negara Teluk mewajibkan warga tempatan memiliki sehingga 51 peratus kepentingan dalam sesuatu projek usaha sama. - Agensi


Any comment?komen aja apa pon..

AbgZan
Saja boring-boring, nak tunjuk telatah anak ke-2 aku bermain gitar masa malam AJL 3 minggu lalu....hehee...perlukah aku masukkan dia ke kelas Belajar Main Gitar? Umurnya sekarang 2 tahun 2 minggu....berapa umur minimum untuk belajar main gitar? ada sesiapa tahu...hehe :)


CLICK PLAY for all 3 videos di bawah:

video
video
video

Just comment jer apa2 pon ok :)
AbgZan
Assalamualaikum semua,

Aku ada buat kajian sedikit....kajian tentang kenapa harga minyak dunia yg aku tengok mengatakan harga sekarang dalam USD90-USD92, tetapi akhbar tempatan dan berita mengatakan harga minyak dunia meningkat kepada USD105 daripada USD100, dan sebab itu harga minyak RON 97 dinaikkan....

You all boleh baca kat sini posting aku yang lepas:
http://kakilabur.blogspot.com/2011/02/harga-minyak-ron-97-nail-lagi.html

Lalu aku dapati ada kemungkinan Malaysia is referring to Brent Crude Oil, sebab kebanyakan negara Asia merujuk kepada Brent Crude Oil....tapi even kalau aku refer kepada Brent Crude Oil, walaupun betul ia mencecah USD100, tetapi mengikut chart, aku tengok maximum price for this week and for the last 2 years, adalah about USD102++...dan tak cecah USD105 pun....dan itu pon first time cecah dalam 2-4 hari lepas....

Selain itu,correct me if I am wrong, tapi daripada berita yang aku baca sblm ni, kerajaan kata hanya akan revise harga minyak sebulan sekali, dan mengikut sebulan punya harga...tetapi apa yang berlaku lately seolah-olah macam kerajaan naikkan harga serta-merta sejurus selepas harga naik mendadak....tapi bila harga turun, adakah harga akan diturunkan secepat-cepatnya?

Aku akan watch closely dengan Brent Crude Oil ni....sebab dalam UTUSAN (yang memetik dari BERNAMA), harga RON 97 naik kepada RM2.50 disebabkan harga minyak dunia cecah USD105 per tong....so, aku nak tengok kalau harga turun USD100 atau USD95, kerajaan akan turunkan harga tak....dan macam aku cakap tadi, harga minyak dunia (BRENT) baru USD102 pon, tak cecah USD105 pon lagi...

Bila aku post ni, bukan bermakna aku anti gomen, tapi just aku keliru dengan tindakan kerajaan sebegini...kalau lah kerajaan atau berita atau akhbar dapat jelaskan lebih terperinci, bukankah bagus....:)

Anybody ada komen tak? Atau anybody ada yang lebih tahu, boleh ler share2 di sini :)
AbgZan
Harini aku nak amik kesempatan nak ucapkan Happy Chinese New Year (CNY) kpd my readers, especially chinese...ada ke pembaca chinese sini? Apa azam tahun baru u all? :)

Antara benda yang best kalau CNY, sure dlm tv byk disiarkan citer kung fu.kalau dulu yg popular mesti disiarkan "Once Upon a Time in China"..ada dr 1 sampai 4 kalau x silap...pastu x cukup dgn tu...ada jugak "Once Upon a Time in China and America"..mcm smlm pulak aku tgk citer " Ip Man " ..bes gile citer tu...rupa2nya Ip Man yg tere tu la tok guru Bruce Lee hehe...ada sesiapa tgk tak smlm?

Siapa tak tgk aku sarankan u all download la...hehe..

ok.ler...till then..Happy CNY sekali lagi...
AbgZan
Nampaknya kita tengok Ringgit makin lama makin mantap....sekarang ni Ringgit berada pada paras about RM3.05 untuk setiap USD1. Atau mungkin juga kelemahan USD menjadi faktor Ringgit Malaysia kelihatan seolah-olah naik....

Ringgit naik, membawa keuntungan kepada kita personally....contohnya kalau kita beli barang2 dari Ebay US, 1USD=RM3, kira murah sgt ler tu....atau kalau kita melancong di sana pon agak murah...harap-harap i the future 1USD=RM2 pulak nanti...atau even 1USD = RM1.50 or RM1...lagi mahsyuk....

Tapi sebenarnyer kenaikan yang amat laju, agak tidak bagus utk ekonomi...sebab terdapat certain industri yang merasakan kenaikan RM boleh menyebabkan eksport kita terjejas...mana taknya, bila kita nak export, orang luar kata, mahalnya harga ko....semata2 sbb Ringgit dah naik punya pasal...contohnya kalau kita nak jual barang berharga USD100, bersamaan RM305, bila Ringgit naik katakanlah kepada RM2.50 utk setiap USd1, takkan kita nak kekalkan jual pada harga USd100? Sebab kalau kita jual USD100, bermakna dlm Ringgit hanya RM250 aja....berbanding RM305 sebelum ni...so nak tak nak kita terpaksa naikkan harga jual expost barang tu....

Apa pendapat korang? korang sini ada tak yang dok jual barang online kepada international? Maksud aku, kalau dulu korang jual, nak compare skrg, bila RInggit dah naik value, korang terpaksa naikkan harga ke atau kekalkan harga kalau u all jual kepada UK atau US misalnya......


Anybody wanna share experience?

---------------------------------------------------------------

Kenaikan pada ringgit masih dapat ditangani - Najib
(utusan malaysia)

PUTRAJAYA 28 Jan. – Sebarang kenaikan pada matawang ringgit masih dapat ditangani, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

“Pada masa ini, kita masih dapat menangani sebarang kenaikan ringgit. Pada keseluruhannya ia menguntungkan ekonomi,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas tentang pengukuhan ringgit yang kini berada pada paras RM3.053 sedolar, mengukuh 2.8 peratus pada Disember lepas.

Namun katanya, kerajaan masih memantau keadaan samada terdapatnya industri yang merasakan mereka tidak berdaya saing akibat pengukuhan matawang tempatan ini.

Kenaikan atau pengukuhan sesuatu matawang dibimbangi akan menjejaskan eksport sesebuah negara.

“Setakat ini, pada umumnya tidak ada yang membangkitkan masalah tersebut,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib juga berkata, pengukuhan sesuatu mata wang mencerminkan asas fundamental yang kuat bagi sesebuah negara.

“Untuk ringgit, ia masih lagi pada paras yang boleh diuruskan dan ia berdasarkan kepada fundamental,” katanya. - Bernama


Bagi aja apa2 komen pon! Jangan lupa FOLLOW ok...:)
Labels: 0 comments | edit post
AbgZan
Hari ni petrol RON 97 naik lagi rm0.10 kpd rm2.50. Kononnya kerana Harga minyak dunia telah naik kpd usd105 setong..satu statement yg aku rasa memalukan diri penulis dan akhbar yg menyiarkanya..

Harga minyak dunia skrgni belum cecah uSD100 per tong pon..malah dlm 92usd aja...kurang dr tu pon...kali terakhir aku cek smlm USD89....Tapi hari ni aku tgk harga dah naik USD92 per barrel...

tapi aku tak paham kenapa akhbar tempatan leh buat silap buat statement harga petrol naik sampai USD105 per tong? Atau kerajaan yg salah tafsir, lantas naikkan harga...sbb setahu aku, daripada kenaikan RM0.10 kepada RM2.40 beberapa minggu lepas, sampai ler hari ni, aku rasa harga minyak dunia tak ler naik pon, tapi maintain aja, atau even turun ada larr....

Diorang kena cepat buat correction...sama ada akhbar tempatan atau kerajaan yg silap ni...

Mari kita baca petikan dari Utusan di bawah (Bernama):

--------------------------------------------------
Harga petrol RON97 naik 10 sen

01/02/2011 2:53am

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Harga petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.50 seliter mulai tengah malam tadi, kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Mala
ysia (PDAM) Datuk Zulkifli Mokti.

Beliau berkata kenaikan itu berlaku akibat peningkatan harga minyak mentah kepada US$105 setong minggu ini berbanding US$100 sebelum ini.

"Penggunaan minyak mentah meningkat mendadak di Amerika Syarikat dan Eropah akibat cuaca sejuk melampau di sana sekaligus menimbulkan kebimbangan kekurangan minyak mentah,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Zulkifli berkata harga minyak mentah dunia akan kembali turun sebaik musim panas tiba pada Jun ini dan harga petrol akan kembali stabil pada waktu itu.

Pada 4 Jan lepas, harga RON97, yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik 10 sen pada menjadikannya RM2.40 seliter.

— BERNAMA

Any komen guys?
Labels: , , 1 comments | edit post