AbgZan
Assalamualaikum semua,

Aku ada buat kajian sedikit....kajian tentang kenapa harga minyak dunia yg aku tengok mengatakan harga sekarang dalam USD90-USD92, tetapi akhbar tempatan dan berita mengatakan harga minyak dunia meningkat kepada USD105 daripada USD100, dan sebab itu harga minyak RON 97 dinaikkan....

You all boleh baca kat sini posting aku yang lepas:
http://kakilabur.blogspot.com/2011/02/harga-minyak-ron-97-nail-lagi.html

Lalu aku dapati ada kemungkinan Malaysia is referring to Brent Crude Oil, sebab kebanyakan negara Asia merujuk kepada Brent Crude Oil....tapi even kalau aku refer kepada Brent Crude Oil, walaupun betul ia mencecah USD100, tetapi mengikut chart, aku tengok maximum price for this week and for the last 2 years, adalah about USD102++...dan tak cecah USD105 pun....dan itu pon first time cecah dalam 2-4 hari lepas....

Selain itu,correct me if I am wrong, tapi daripada berita yang aku baca sblm ni, kerajaan kata hanya akan revise harga minyak sebulan sekali, dan mengikut sebulan punya harga...tetapi apa yang berlaku lately seolah-olah macam kerajaan naikkan harga serta-merta sejurus selepas harga naik mendadak....tapi bila harga turun, adakah harga akan diturunkan secepat-cepatnya?

Aku akan watch closely dengan Brent Crude Oil ni....sebab dalam UTUSAN (yang memetik dari BERNAMA), harga RON 97 naik kepada RM2.50 disebabkan harga minyak dunia cecah USD105 per tong....so, aku nak tengok kalau harga turun USD100 atau USD95, kerajaan akan turunkan harga tak....dan macam aku cakap tadi, harga minyak dunia (BRENT) baru USD102 pon, tak cecah USD105 pon lagi...

Bila aku post ni, bukan bermakna aku anti gomen, tapi just aku keliru dengan tindakan kerajaan sebegini...kalau lah kerajaan atau berita atau akhbar dapat jelaskan lebih terperinci, bukankah bagus....:)

Anybody ada komen tak? Atau anybody ada yang lebih tahu, boleh ler share2 di sini :)
1 Response
  1. iris Says:

    hai,
    tiada salahnya kita berfikiran kritis terutama dalam isu-isu yang melibatkan kepenggunaan. Harga minyak ada kesan langsung dgn harga barang. Ingat tak dulu, zaman Pak Lah, masa itu harga minyak dinaikkan sbb utk settlekan masalah pengangkutan, tapi immediately tiada apa pun berlaku. Sblm p/raya, kata minyak tak naik, tapi tup-tup lps p/raya imediately naik.
    Yang saya hairankan, ketika harga minyak naik, mestilah pendapatan negara naik sebab kita yang mengeksport minyak, betul tak? So, isu 'subsidi' mestilah boleh ditanggung oleh kerajaan. Tetapi kerajaan mengambil yang sedikit daripada rakyatnya dan diconcentratekan kpd sekumpulan kecil pihak seperti kontraktor yang dpt projek2. Setakat ini, kerajaan selangor mmg bijak dlm urusan 'merakyatkan' ekonomi bila ada potongan rm11 dari air. Mcm inilah bagus, barulah kena dengan tema 'rakyat didahulukan'.