AbgZan
Assalamualaikum

Saya yakin pasti ramai pembaca blog saya ni yang tertunggu-tunggu dividen bank rakyat....bila agaknya akan diumumkan....aku yakin dividen akan diumumkan tak lama lagi, kalau tak mingg ni, minggu depan...kenapa aku yakin? Mari kita tengok track record mereka...aku mula invest dalam share Bank Rakyat ni, dalam Mac 2004....so aku mula monitor dan "terhafal" bulan mereka announce dividen bermula dari tahun 2005 ler, sbb 2005 ler aku start dapat dividen pon....

Apa yg aku nampak, pengumuman dividen dibuat setiap tahun makin improve, makin cepat....Mari kita perhatikan:

2005 - August : 15.5%
2006 - June (improve 2 bulan) : 15%
2007 - April (improve 2 bula): 15%
2008 - February (improve 2 bulan) : 15%
2009 - January (improve 1 bulan, sbb this is THE EARLIEST possible pon) : 20%
2010 - April (merosot, sebab BNM masuk campur dalam urusan bahagi dividen, Bank Rakyat terpaksa tunggu BNM approve....time tu, ikut pengiraan aku, Bank Rakyat mampu kasi 30% dividen, tetapi BNM limitkan kepada 15%, semata-mata untuk nak "reserve" dividen tu for future) : 15%

2011 - ______?? : ___% ?

Ada sesiapa boleh teka?

So, based on analysis aku, aku yakin, Bank Rakyat akan announce dalam minggu ni atau minggu depan, which is "improved 2 bulan dari tahun lepas (April) ...

Berapa % dividen? Aku rasa, depa akan kekalkan 15%, walaupun aku yakin mereka mampu beri 20% at least utk tahun ni....aku yakin performance diorang tahun ni sure meninggkat compare dengan tahun lepas....

So jawapan di atas diringkaskan kepada:

2011 - February : 15%

Apa pon kita tunggu jer....mari kita tengok sapa yang kena....

Sebarang komen, komen jer, jangan malu...
7 Responses
  1. mcm mna nk invest tue..... same like klsi ka ne....


  2. nelz style Says:

    dividen 2011 mungkin bagi lebih sikit dari tahun 2010 macam tabung haji baru umumkan.lagipun pilihanraya dah dekat(dalam jangkamasa setahun)

    trend sekarang bank rakyat kalau untung banyak pun tak akan bagi lebih dari 20%.(alasan retained earning and capital expenditure)

    sebenarnya yang paling untung adalah staf bank sendiri.dapat dividen yg tak masuk akal antara 8 bulan sampai 18 bulan gaji..mana logiknya kerja 12 bulan tapi dapat gaji sampai 30 bulan.(mungkin rancangan pihak pengurusan atasan untuk maximakan manafaat mereka).

    keuntungan dihabiskan untuk staf sebenarnya bukannya pelabur saham bank rakyat(rujuk nisbah perbelanjaan gaji tahunan.bank lain macam cimb dan maybank pun untung banyak juga tapi tidak lah bagi bonus yang keterlaluan kepada staf.kalau kira pencapaian kpi cawangan pun kebanyakan cuma naik sekitar 10% setahun. pencapain ini boleh diberi ganjaran dengan kenaikan gaji tahunan serta bonus tidak melebihi 6 bulan.memang boleh bagi alasan staf bertambah sebab cawangan bertambah dan belanja gaji meningkat tetapi biarlah secara berhemah

    kebajikan ahli terabai.contohnya lebih 500 orang pelabur gigit jari saja bila pergi mensyuarat agung kawasan alor setar pada bulan 11 2011 yang lalu masih menunggu hadiah beg yang dijanjikan sehingga sekarang(tak dapat).pergi cawangan - dinasihat tunggu beg yang belum sampai dari kl kononnya. ini belum lagi dikira terjadi di kawasan lain.

    saya tak kisah staf bank rakyat terima bonus tetapi ahli juga perlu menerima keuntungan yang lebih adil.bank boleh agih dalam bentuk saham kalau tak nak bagi duit kepada ahli

    jelas pengurusan bank rakyat kurang perihatin kepada ahli biasa.suruhanjaya koperasi malaysia (skm) tak boleh pantau bank rakyat kerana tiada kepakaran dan kuasa untuk ambil tindakan. buktinya lebih 60% koperasi di malaysia bermasalah dari penyalah gunaan kuasa , tidak amanah dan sistem pentadbiran yang tidak sistematik(ucapan tun m 26/1/2012 di alor setar). perkembangan patern perbenlanjaan overhead terkini di bank rakyat adalah tidak sihat dan akan menjadi lebih buruk di masa hadapan jika dibiarkan. ahli seolah dah jadi kuda tunggangan staf untuk mereka hidup lebih mewah dan bukan sebaliknya

    lebih baik bank rakyat disenaraikan di bursa malaysia agar ada check and balance dalam perbelanjaan ke atas staf dan ahli dapat terima dividen serta peluang terima kenaikan modal dari kenaikan harga saham

    ahli apa-apa koperasi pun patut sedar agar mereka tidak kerugian akibat perbuatan pengurusan.Ali bank rakyat perlu ingat sejarah kerugian dulu akibat memberi pinjaman bagi biayai perlawanan Muhamad Ali tahun 70an dulu tidak berulang..


  3. AbgZan Says:

    Nelz you took the words out of my mouth (at least partially, heehee) ... memang kalau 2 thn lepas, based on keuntungan yg dideclare, i dah buat kira-kira, bonus yang patut ahli dpt adalah 30%, tp BRakyat hanya bg 15% aja...cuba kita buat simple calculation... 3thn lepas kita dpt divident 20%...thn berikutnya keuntungan bertambah 50% drpd thn sblm, bermakna, 20% x 1.5 = 30%.... tapi BR hanya bg 15%...menurun pulak... time tu BNM hold dividen lama gila...

    tapi apa pun, setakat sy pernah dgr BR bg bonus kepada staff sampai 12 bulan, ada ke yg dpt 30 bulan??? wow....sure org2 atasan yg dpt byk tu kan? gaji dah besar, dpt 30 bulan? mcm tak logik jer...

    apa pon, i agak setuju, BR tak sepatutnya bg bonus over sgt sampai melebihi 6-8 bulan.... dan dividend kita patutnya dpt lebih sikit....plg2 pon 20% atau 30%...

    cuma bank sbg pengusaha know more what they do... and hopefully diorg tak salah guna wang...

    by the way, Nelz, background you FInance ke, atau u ada MBA? I like when u talk about retained earnings, balance sheet, etc... :)

    thanks..


  4. nelz style Says:

    maksud saya adalah berdasarkan pencapaian seorang staf bank rakyat yang buat sales personal loan(diberitahu sendiri kepada saya)

    kerja setahun terima 12 bulan gaji.

    lepas tu terima 18 bulan gaji sebagai bonus.bagi yang biasa2 saja terima 4 hingga 12 bulan gaji sebagai bonus.

    jadi 12+18 = 30 bulan gaji(max)

    jadi tak hairan kalau dengar satu branch bank rakyat semua staf boleh buat family day kat disneyland hong kong dan charter 1 kapal terbang dengan ahli keluarga selepas terima bonus...

    saya setuju staf patut diberi ganjaran. cuma yang tak bestnya retained profit patut diagih kepada ahli sekali sekala barulah adil.kalau setakat beri dividen 15%. beli emas pun pejam mata boleh dapat pulangan melebihi 16% setahun bagi 3 tahun kebelakangan ini...


  5. Anonymous Says:

    to nelz....

    Dats rite staf BR dpt bonus cm gitu...but s0rry t0 say...bonus BR tu BUKAN dr saham yg k0rang masuk tu...xde kene mengena...1sen p0n x sentuh...

    Xde ape mende p0n nk bangkitkn pasal bonus BR...AHLI is AHLI...management dh 0k..juz te0ri nelz ade tp xde 'FAKTA'...S0 kal0 xde fakta..jgn memandai hentam..hahahahahahaha!!


  6. Anonymous Says:

    Setahu saya Bank Rakyat adalah bank koperasi dan juga DFI (Development Financial Institution) yang dikawal oleh Suruhanjaya Koperasi dan BNM. Sbg DFIs Bank Rakyat menyediakan micro finance kpd SME/IKS bagi membangunkan sektor2 tertentu bagi memenuhi aspirasi ekonomi negara. Bank Rakyat syor pembayaran dividen tapi diluluskan oleh BNM setelah mengambil kira pertimbangan tertentu bagi memastikan ekonomi negara berkembang dan keperluan dana bagi sektor2 tertentu tidak terjejas. Apa2pun div Bank Rakyat lebih baik drp ASB dan Bank Persatuan. Ini pandangan peribadi saya shj.


  7. Anonymous Says:

    Persoalannya kenapa b rkyat x bayar dividen melebihi 15% setahun... bnm x luluskan..tetapi kenapa pada 2008 masa Pak Lah nak declare P Raya dapat bagi 20%...Setiap tahun untung BR bertambah 15~20% dan retained profit dah lebih 2 Billion tetapi kenapa extra profit earned tak di terjemahkan kepada extra dividen kepada ahli. Cadangan saya supaya semua ahli BR supaya tulis d facebook Dto Seri Najib selaku M'ri Kewangan supya Meluluskan dividen BR sebanyak 20%.. dah 4 kali saya emel dan berfacebook dengan DS Najib tentang perkara ini. Saya amat yakin DSNajib akan luluskan 20% dividen ini jika ramai ahli bank yang menghantar mesej yang sama kepada PM kita , Insyaallah lebih lebih lagi faktor pilihanraya dah dekat tambahan lagi semua agensi kerajaan seperti KWSP, ASB, Tabung Haji telah menaikkan kadar dividen mereka