Sekarang tiba masanya untuk kuceritakan perihal kerjaku.
Ok, saya mula bekerja di Astronautic Technology Sdn. Bhd. (ATSB) sejam 1 Mac 2004 sebagai seorang Jurutera Mekanikal sampai la sekarang. So, basically, since graduated, saya boleh dikatakan seorang pekerja setia la di ATSB ni, haha...
Kerja-kerja di ATSB tidak sahaja merangkumi ruang litup satelit, tetapi juga melibatkan projek-projek yang dipanggil "Advance Technology" Project iaitu projek-projek untuk pembangunan teknologi masyarakat setempat. Tidak ketinggalan juga satu project yang dikatakan project rahsia ATSB di mana, gua merupakan salah seorang yang terlibat.
Jobscope kerjaku berubah-ubah, dan begitu juga jobscope rakan-rakan sejawatku yang lain. Kami dilatih untuk menjadi seorang pekerja yang "all rounder", yang dapat melakukan pelbagai tugas yang mencabar, daripada designing and developing, sampailah kepada assembly, integration and testing.
Kadangkala, kami di sini dikehendaki untuk pergi ke site untuk melakukan tugas-tugas yang memerlukan perhatian jurutera. Kadangkala juga kami perlu menjaga pameran untuk memperkenalkan produk ATSB kepada masyarakat tempatan. Menghadiri Conference juga menjadi agenda ATSB buat semua jurutera. Setakat kubersama ATSB, sudah 5 conference telah kuhadiri, sebahagian daripadanya adalah international conference.
Bagi mengadvancekan career atau for career development, kadangkala kami perlu menghadiri kursus-kursus yang kebanyakannya berkaitan satelit, locally or internationally. Selama lebih 5 tahun kubertugas di ATSB, antara negara yang pernah kulawati samada utk bertugas mahupun untuk meghadiri kursus, adalah UK, US, Singapura Filipina dan Marshall Island. Negara-negara tersebut termasuk negara yang kusinggah untuk transit, haha.
Daku tidaklah sehebat mana. Terdapat ramai lagi rakan-rakan sejawat yang jauh lebih hebat. Terdapat segelintir rakan sebaya yang telah pergi hampir 20 negara, dengan ATSB untuk melaksanakan tugas tercinta.
Okay, setakat itu sahajalah, cerpenku buat kali ini. Bersama ini, disisipkan video clip sebagai santapan minda yang dipetik dari website SpaceX yang mempamerkan video pelancaran RazakSAT oleh Falcon 1 pada 14 July 2009.
Enjoy!!!
RazakSAT Launch on 14 July 2009 at Kwajalein Island, Marshal Island.
Falcon 1 Flight 4 at Kwajalein Island
salam alaik.
nice blog.
bro, buat la chatbox.
bole pengunjung/bloggers tinggalkan komen.
:)
Tengokler nanti, gua tak reti sgt nak buat chatbox, hehe....thanks...
ape daaa..dah lame wat blog,baru mau cite pasal opis terchenta..huhu
p/s:nazreen dan kembar beliau sgt glamer di pasaran majalah dan surat khabar tempatan.
ALways save the best for the last, hehe....:D
hey, I am good. I am also loyal to my company. 9 years!..i work in SHRDC.
So now, main Forex tak?
Wowww, 9 years...that is so long...I supposed you are now at least a Manager or GM / Vice President for SHRDC...;) aren't you?
Hey Rachel, why can't i have access to your blog?