AbgZan
Assalamualaikum kawan-kawan,


Sedar tak sedar kita dah berpuasa selama 18 hari termasuk hari ini. Tak lama lagi raya pulok....Puasa penuh tak ni? hehe...

Anyway, hari ni saya nak ceritakan tentang Koperasi Bank Rakyat....Pasti ramai pernah dengar.Sbb apa ia terkenal? Pertama, sbb of course banking system dia bagus utk buat loan rumah, kereta, personal loan dan sbgnya..Kedua, ianya Islamic...ketiga ia memberi DIVIDEN YANG TINGGI kepada pelabur sahamnya..

Tapi jgn terkejut kalau ramai jugok yg tak pernah dgr ttg Bank Rakyat bagi dividen tinggi...ada beberapa org saya borak, tak tahu menahu pon...

Buat pengetahuan u all, Bank Rakyat sudah sekian lama maintain bagi dividen 15% sekurang-kurangnya...thn 1998, dia bayar 20%...2001 dia bayar 15% sampaila yg terakhir bulan April 2009 aritu dia bayar 15% jugak (kecuali thn 2005 dia bayar 15.5% dan February 2008 dia bayar 20%).....

Malah pada April 2009, jika diikutkan profitnya bertambah 50% daripada thn sblmnya, so kalau diikut logik, dia boleh bagi 30% dividen, tetapi BNM pulok yg mengehadkan (setelah diambil kira faktor-faktor ekonomi)..

Masih tak percaya? Lihat printscreen daripada Utusan di bawah di bahagian archive:



Tertarik? Ingin invest dlm saham bank rakyat?

Maaf, berita buruk....Saham Bank Rakyat telah ditutup penyertaannya for now...Sbb dah sampai limitnya...

Habis tu macamana? Dah tak boleh labur dlm Bank Rakyat la yer?

Saya ingat lagi, pada thn 2005 bank Rakyat start tutup kemasukan baru. Kalau nak masuk kena queue. Saya queue utk la utk tambah, sebulan lepas tu, dia call. Lepas tu saya queue balik, 3 bulan lepas tu dia call lagi. Lepas tu saya queue lagi, sampai skrg dah 4 thn, tak panggil2, hehe...

Anyway, kalau Bank Rakyat dah tutup ada alternative lain tak? Itu kita akan sambung di hari lain....

Wallahu'alam....

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

6 Responses
  1. Anonymous Says:

    boleh kalau nk beli saham dia, just kena apply loan bank rakyat, then dia akan offer utk saham sebanyak rm 500. baru last 2 month buat loan ngan bank rakyat n same time ngan beli saham rm 500.

    thank
    yazid


  2. Teuku Hasan Says:

    ya betul tu,kalau buat loan skrg memang boleh beli saham tapi setakat 500 unit sahaja.dan lagi berita baiknya baru2 ini pengarah urusan bank rakyat ada mengumumkan untuk menambah saham sebanyak 500 juta.so,kita tunggu saja latest news macam mana.Lain2 alternative klu anak felda melabur la kat koperasi felda holding dah 9 tahun straight bagi dividen 15%,beli banyak mana pun xpa.hihi 100,000 ribu ja kot.


  3. AbgZan Says:

    Teuku Hasan: Utk felda, apa sayarat utk nak invest dlm koperasi tu ye? Kena kerja felda ke? Bes juga kalau 15%.


  4. AbgZan Says:

    anonymous: are you sure yg u masuk tu adalah "saham" Bank rakyat, atau hanya savings biasa aja? Kalau tak silap nak jadi ahli Bank Rakyat, masuk RM500 dlm savings biasa pon dah sah....hehe


  5. Teuku Hasan Says:

    Abgzan: utk join share koperasi felda
    mesti peneroka felda dan juga kerabat2nya juga.ape2 job yg berkaitan felda saja.
    2.saving bank rakyat x sama dgn saham bank rakyat.akaun saving bank rakyat sama saja dgn mana2 bank lain tp saham bank rakyat yang dibuka terhad 500 unit itupun tlh ditutup hjg bulan nov hr tu.

    beli emas bro..2010 menjanjikan pulangan lumayan.harga emas naik gila2 minggu ni.


  6. AbgZan Says:

    smua yg hang cakap betul...tapi beli emas bukan skrg, tapi beberapa bulan lepas masa i suggest few months ago, hehe...did u read my post? Read at the TAG GOLD or TAG EMAS...