AbgZan
4) Increase of gold price (Harga emas naik)

Selalunya harga emas akan naik kalau minyak naik. Kenapa camtu? Bila harga minyak naik, kebiasaanya confirm harga-harga barang naik. Harga barang naik, inflasi akan naik. Bila inflasi bertambah, value duit akan berkurang....Contohnya, RM0.10 zaman dulu 1960an misalnya, berbeza dgn RM0.10 skrg. RM0.10 dahulu bagaikan RM5 skrg, hehe....

Bila value duit susut nilai, pelabur akan fikir macamana nak "LOCK value" duit mereka. Cara yang paling berkesan adalah dgn invest in gold. So orang pon berpusu-pusu beli emas. Bila orang beli emas, demand is more than supply, therefore, gold price will increase.

Kenaikan harga emas ini jugak menyokong POINT no (3) di mana, bila harga emas naik, pelabur akan lari dari stock market, dan labur dalam emas pulok. Hatta bursa saham akan merudum.

5) Etc

Ada apa-apa lagi kalian nak tambah kat point no (5)? Dipersilakan...ehehe...


Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe
Labels: , , , , edit post
2 Responses
  1. cdanhash Says:

    Nak komen pada point no.4....
    Anda sudah dapat jawapannya....
    Ramai yg beranggapan bahawa harga minyak naik, harga emas akan turut naik....

    Seperti komen saya sebelum ini, kejatuhan nilai dollar menyebabkan kenaikan harga barang... lebihan dollar diperlukan untuk mendapatkan stok minyak atau emas atau barang2 lain dalam kapasiti yg sama seperti sebelumnya....

    Jadi tidak sepatutnya harga minyak itu disalahkan... apa yg patut dipersoalkan ialah mengapa harga dollar jatuh, mengapa dollar tidak kalis inflasi... jika dollar tidak kalis inflasi, patutkah dollar itu dipanggil currency...

    Currency sepatutnya mempunyai nilai yg tetap dan kalis inflasi... ini adalah kerana dollar ialah 'fiat money'...

    Fiat money tidak bercagarkan logam berharga, nilainya cuma diberi oleh pemerintah... inflasi akan memamah nilai fiat money - apa telah berlaku dengan Zimbabwe baru-baru ini...

    Anda akan mengetahuinya lebih jelas jika anda mengetahui apa yg berlaku dengan Perjajian Bretton Wood - sila google

    Marilah kita sama2 memartabatkan kembali matawang Islam... simpan dinar/emas untuk mengelakkan inflasi....


  2. AbgZan Says:

    mungkin betul mungkin tidak bahawa harga minyak/emas naik disbbkan Dollar jatuh....

    sbb apa...sbb kalau diperhatikan, bila dollar jatuh, minyak dan emas kelihatan macam naik, tapi sebenarnyer "static"...dan ia kelihatan naik, disbbkan DOLLAR jatuh...dan disbbkan harga emas dan minyak diquotekan dlm dolllar, maka, bila dollar jatuh, gold price or crude oil price, nampak macam naik...

    di mana nilainya sebenarnyer tak berapa gerak....salah satu cara nak sahkan adalah jika kita comparekan dgn RM/gram di Maybank misalnya....

    walaupon gold price nampak macam naik, tapi tgk kat Maybank static aja....

    Jadi, kalau Dollar turun, tak semestinya "nilai" emas itu naik, tetapi "mungkin" maintain....

    wallahu'ala...