AbgZan
Good morning everybody.

Sedar tak sedar kerajaan dah naikkan harga minyak beberapa hari lepas...sblm ni kita menggunakan RON97, dan ada beberapa stesen minyak yang masih membekalkan RON92 spt di Shell berdekatan rumahku (sempadan Seksyen 26 Shah Alam dan Putra Heights) dan di kawasan2 luar bandar...

Tetapi bermula awal September 2009, RON92 yg berharga RM1.75 telah digantikan dengan RON95 yang berharga RM1.80 (naik + 5 sen). Manakala RON 97 tetap dijual tetapi dengan harga lebih tinggi, iaitu daripada RM1.80 seliter kepada RM2.05 (naik + 25 sen).

Kita ikuti petikan berita di bawah (http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/31/mstar_berita/20090831173820&sec=mstar_berita)


Minyak petrol RON95 ganti RON92, 5 sen
lebih mahal
(31 Ogos)

KUALA LUMPUR: Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92
dijual pada harga RM1.80 seliter manakala RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok.

Minyak RON95 kini lima sen mahal berbanding paras sebelum
ini iaitu RM1.75.

Dalam pada itu, RON97 pula dijadikan produk premium dan harganya RM2.05 seliter berbanding RM1.80 sebelum ini. Ketika mengumumkan
keputusan itu petang tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar baru ini ditentukan berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Walaupun harga sekarang lima sen lebih tinggi, kerajaan masih memberi subsidi 33.81 sen bagi setiap liter (produk RON95) yang bersamaan dengan RM304 juta sebulan," kata beliau selepas melancarkan produk Primax 95 keluaran Petronas di sini.
Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.
Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini.

Kata beliau, jika terdapat sebarang perubahan harga pasaran global, kerajaan akan mengkaji semula dengan sewajarnya.

"Ia akan ditentukan Majlis Ekonomi," katanya.

RON95 juga selaras dengan spesifikasi EURO2M di mana ia boleh mengurangkan pencemaran, kata beliau sambil menambah, pengguna
akan memperoleh produk berkualiti pada harga yang disubsidi.

Katanya, dengan penetapan harga baru, RON92 akan dihentikan jualan.
Penggunaan RON92 hanya melibatkan lima peratus jualan di negara ini.

Logikkah kenaikan harga minyak ini? Should the oil price in Malaysia increased?

Mari kita kaji ungkapan ini:

"Kini kerajaan menyediakan subsidi 42.72 sen seliter bagi minyak RON97.Kos bagi RON95 naik 102 peratus daripada AS$40.75 setong kepada AS$82.30 setong pada Disember 2008 dan bulan ini."

Mari saya buat sedikit simple calculation (dengan hanya menggunakan "kaedah ratio"):

Harga minyak di Malaysia dikatakan diberi subsidi 42.72 sen. Ini bermakna, harga minyak di Malaysia sepatutnya adalah RM2.05 + 42.72 = RM2.477.

42.72 sen subsidi dibahagi dengan RM2.05 dan didarab dengan 100% = 20.84%

Mari kita kaji pulak....Menurut harga minyak dunia skrg adalah = USD68.34 setong.

Kerajaan kata harga minyak dunia pada December adalah USD82.30 setong.

(82.30 - 68.34) / 68.34 x 100% = 20.42%...

20.42% ni adalah hampir sama dengan 20.84% di atas....ini bermakna adakah 42.72 sen subsidi di atas berdasarkan harga minyak pada December yg berjumloah USD82 setong? Harga sekarang dah turun menjadi USD68 aja setong....

Kalau diikutkan harga sekarang, seolah2 tiada subsidi,hehe...

That's my opinion aja...Wallahu'alam....Masalahnya sekarang adalah kita tak tahu 1 tong = berapa liter, hehe....kalau tak senang aja nak kira berapa harga minyak yg sepatutnya berdasarkan harga minyak dunia....

Ok, persoalannya skrgp erlukah kenaikan harga minyak? Mari kita ikuti kesan2 kenaikan harga minyak kepada kita, esok.

Takkan baca aja, tinggalkan la komen sikit kat bawah ni, hehe

Labels: , , edit post
7 Responses
  1. Encik abgzan

    Pada pendapat saya yang pernah berkerja dengan syarikat minyak antara bangsa, harga minyak tidak perlu dinaikkan. dengan ketidaksetabilan harga minyak mentah yang lebih banyak rurun daripada naik, saya berpendapat pihak kerajaan cuma mengambil kesempatan diwaktu sebegini untuk menikkan sedikit harga minyak tetapi mempunyai impact dan kesan yang mendalam terhadap kos dan perbelajaan negara.

    Pelik juga, kalau harga minyak naik, cepat aje dia naikan harga, Tapi kalau harga minyak turun mendadak, mcam dulu pernah USD24 setong. Depa kat kena buat kajian itu dan ini. Kena kaji dulu.

    Takkan itupun nak kaji, dah memang sah harga minyak turun. Kasi turun harga lah. Kita bukan nak minyak percuma, kita bayar.

    Harga ayam kalau turun, dia tak pulak buat kajian nak turunkan harga ayam sembelih, terus bagi arahan, tapi kalau harga minyak macam macam alasan la pulak.

    Nota: Apa boleh buat, kita tak ada kuasa, kita tak ada suara. Ikut je lah


  2. AbgZan Says:

    Setuju serba serbi, esok insyaAllah saya akan ceritakan serba sedikit impact kepada kita kenaikan harga minyak di Malaysia dan dunia...thanks for ur commments


  3. This comment has been removed by the author.

  4. AnEs Says:

    saye tak suke harga minyak naik..nampak mcm tipu je diorg ne..mule-mule kate gune ron95 lebih menjimatkan..fine,jimat 5 sen pun jimat juge la..nak wt cmne kn..ne tiba2, gune ron95 pun naik..pe kes...huhu


  5. AnEs Says:
    This comment has been removed by the author.

  6. AbgZan Says:

    Encik Alidyangon,
    Hang kerja apa? SLB ke? Halliburton ka? atau Baker Hughes ke? macam mahsyuk aja bunyinya....

    Kalau keja oil n gas, minyak naik takdak hal munya...hehe...sbb poket sudah berkepuk2...lebih2 lagi hanya 2 bulan sekali aja dpt drive...takdak hal munya, hehe...


  7. AbgZan Says:

    Cik Elianez,

    Tak dapek eden nak komen byk2 ttg kenaikan harga minyak RON...tensen pon tensen jugok...tapi, apa nak buek, keputusan kerajaan, hehe...

    yg pentingnya, harap2 harga barang2 di pasaran tak naik la....

    p/s: harga minyak naik tak membaca effect kepada saya sgt, hehe...fuh fuh, nasib....tau tak kenapa?