AbgZan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ni saya nak sentuh sikit tentang satu skim cepat kaya yang legal punya, hehe...gurau jer...bukan skim cepat kaya, tapi skim bantuan kepada golongan kurang upaya...yang diwujudkan oleh kerajaan untuk rakyat...

Skim ini terhad kepada 100,000 isi rumah yang berkelayakan, penyertaan dibuat berdasarkan siapa cepat, dia dapat, walaupun permohonan dibuka selama setahun

Permohonan terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun hingga 58 tahun dan memiliki pendapatan kasar kurang RM3,000 sebulan dan tidak muflis.

Kementerian Kewangan, MDH yang berperanan sebagai syarikat khas bagi pelaksanaan skim itu memperuntukkan sebanyak RM100 juta sebagai subsidi membayar kadar faedah pinjaman pelabur yang layak.

Nak join Skim Sara 1Malaysia ni, tak memerlukan cash, tapi boleh melabur dengan cara pinjaman dgn bank. Ada 4 bank yang terlibat iaitu: Malayan Banking Bhd. (Maybank), CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Yang menjadi persoalannya apa faedahnya dan apa yg bestnyer skim ni?

Bagi saya skim ni memang best...siapa yg layak buat la cepat2 sblom kuota abis...mana taknya limit kepada 100,000 orang yg pertama aja...anda buat pinjaman selama 5 thn, bayar bulan2 lebih kurang RM84, tapi anda akan dapat pulangan RM134 sebulan....masih untung RM50 sebulan, ok apa...siapa nak bagi...

Kalau dikira dari segi pulangan anda akan dapat lebih kurang 32% setahun...

Untuk maklumat lebih lanjut, bole baca artikel dari Utusan di bawah:

--------------------------------------------------------------------

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) bukan skim cepat kaya kerana ia diwujudkan untuk golongan berpendapatan rendah dengan bantuan kerajaan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Bhd., Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, skim berkenaan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah menjadi pelabur dan memperoleh insentif bulanan.

''Skim cepat kaya untuk orang kaya kerana mereka menggunakan duit sendiri untuk melabur tetapi Sara 1Malaysia pelaburan dibuat melalui pinjaman.

''Dengan pinjaman RM5,000 selama lima tahun, pelabur akan memperoleh insentif RM134 sebulan.

''Sekiranya insentif itu tidak diambil dan dilabur semula sehingga lima tahun, pelabur akan mendapat RM13,000 selepas pinjaman dibayar.

''Kalaupun, RM134 itu diambil, pada akhir pinjaman selama lima tahun, pelabur masih memiliki RM5,000,'' katanya di sini hari ini.

Selain insentif, para pelabur yang berjaya menyertai Sara 1Malaysia turut mendapat agihan pendapatan tahunan Amanah Saham 1Malaysia berdasarkan baki insentif bulanan dan bukan pelaburan sebanyak RM5,000.

Mengulas tentang syarat kelayakan penyertaan Sara 1Malaysia, Hamad Kama Piah berkata, selain syarat yang ditetapkan, individu yang mempunyai pelaburan lebih RM10,000 dalam mana-mana skim amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Bhd., tidak layak menyertainya.

Beliau menambah, individu yang tiada pekerjaan, tidak layak memohon kerana tidak mampu untuk membayar pinjaman.

Maklumat berguna:

* Penyertaan untuk Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) boleh dibuat mulai Isnin ini di Malayan Banking Bhd. (Maybank), CIMB Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

* Pemohon perlu membawa kad pengenalan termasuk dua salinannya, kad pengenalan pasangan serta dokumen pengesahan gaji tiga bulan pemohon dan pasangan.

* Setiap individu perlu meminjam sebanyak RM5,000 seorang bagi setiap isi rumah tanpa dikenakan kadar faedah.

* Peserta yang layak akan mendapat insentif sebanyak RM134 sebulan daripada pelaburan RM5,000 yang dibuat dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M).
AbgZan
Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua,

Dah amat lama dah tak update blog ni... dah berhabuk...sibuk sgt dgn kerja baru dan jugak MBA part time weekend, sampai tido pon tak menentu...skrg ni baru aja abis MBA second semester ...tgh cuti sem sampai March, baru start balik...

Hari ni nak pi melancong sikit ke Medan, Indonesia..beli tiket murah AirAsia tahun lepas, hehe...peram setahun baru dapat naik kapal terbang, hehe....pergi ke Medan 5 hari 4 malam...

Nanti lepas ni sy akan cuba update apa yg patut...

Kepada pembaca-pembaca setia, terima kasih kerana sokongan anda :)