Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Memang amat lama tak update blog...alasan yang sama aja....sibuk dgn MBA yg mcm2 assignment, dan sibuk dgn kerja...takda alasan lain pon....
Anyway, seperti biasa, saya nak hebah2kan, kepada pembeli2 barang2 diskaun dan barang2 murah, yang berminat utk beli makanan-makanan murah seperti Milo, Maggi, Nescafe, Susu Dutch lady, omega dan sebagainya dgn harga super murah....
Bila???
Esok, Sabtu, 7 pagi - 2 ptg...
Di mana?
Nestle Manufacturing (Malaysia) Sdn. Bhd.
Gate 4, Jalan Playar 15/1,40000 Shah Alam,
Selangor
Berapa harga?
Boleh rujuk di bawah ya....
RM3 sebungkus
RM4
RM5
RM10 sebungkus 1.6kg (kat luar RM20+)
RM1 sebungkus
Dan lain2...ada cabutan bertuah juga.... kalau berminat datang ler...tapi kena cepat la kot, kalau tak for sure habis punya...hehe...
Wassalaam...
Salam all,
Nampaknya, harga minyak dah mula turun balik, Crude Oil price skrg USD85.37 per barrel...Harga minyak skrg ni bergerak dlm range USD80-USD100...Harga yang boleh dikatakan rendah....Jadi tidak hairanlah kenapa kerajaan turunkan harga RON97 10 sen daripada Rm2.90 kepada RM2.80 seliter berkuatkuasa hari ini (rujuk artikel yang dipetik dari Utusan di bawah....
Tapi tu untuk RON 97 aja...saya rasa RON95 pon patut diturunkan...mungkin tak lama lagi..
_________________________________________
RON97 turun 10 sen
KUALA LUMPUR 6 Jun - Harga petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen seliter bermula esok.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata,
keputusan menurunkan harga tersebut adalah ekoran purata harga minyak di
pasaran bagi bulan lalu telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 berkuat kuasa esok.
"Harga runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara 'urus apungan' iaitu harga bulanan berubah mengikut harga pasaran.
"Dengan penurunan ini, harga bahan api itu menjadi RM2.80 seliter
berbanding RM2.90 seliter sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini
hari ini.
Kali terakhir harga bahan api tersebut dinaikkan adalah pada 4 April lalu iaitu sebanyak 10 sen seliter.