AbgZan
Salam all,

Nampaknya, harga minyak dah mula turun balik, Crude Oil price skrg USD85.37 per barrel...Harga minyak skrg ni bergerak dlm range USD80-USD100...Harga yang boleh dikatakan rendah....Jadi tidak hairanlah kenapa kerajaan turunkan harga RON97 10 sen daripada Rm2.90 kepada RM2.80 seliter berkuatkuasa hari ini (rujuk artikel yang dipetik dari Utusan di bawah....

Tapi tu untuk RON 97 aja...saya rasa RON95 pon patut diturunkan...mungkin tak lama lagi..
_________________________________________

RON97 turun 10 sen

KUALA LUMPUR 6 Jun - Harga petrol RON97 diturunkan sebanyak 10 sen seliter bermula esok.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, keputusan menurunkan harga tersebut adalah ekoran purata harga minyak di pasaran bagi bulan lalu telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 berkuat kuasa esok.
"Harga runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara 'urus apungan' iaitu harga bulanan berubah mengikut harga pasaran.
"Dengan penurunan ini, harga bahan api itu menjadi RM2.80 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kali terakhir harga bahan api tersebut dinaikkan adalah pada 4 April lalu iaitu sebanyak 10 sen seliter.
Labels: , edit post
0 Responses