AbgZan
You all kalau dah jadi juatawan, you all akan buat apa kat rumah?

Tido ke? makan sampai gemuk ke? Tgk citer korea marathon?
Jalan2 makan angin? Atau bekerja makan gaji lagi dgn company skrg?
Atau kerja sapu jalan, kutip sampah setiap hari?? Mana you all akan buat?

Sanggup tak u all buat kerja macam kat bawah ni... macam2 org zaman skrg ni... hehe..


pix_topright

Jutawan sapu jalan (rujukan: Harian Metro)

Seorang jutawan hartanah bekerja sebagai tukang sapu jalan raya semata-mata kerana mahu mendidik anaknya erti kerja keras.
Yu Youzhen, 53, memiliki 17 blok rumah pangsa dan menjadi kaya hasil daripada ledakan harga hartanah.

Namun, daripada memanjakan diri dengan kekayaan yang dimilikinya dan menjalani kehidupan berfoya-foya di salun, spa atau kompleks beli-belah, wanita itu memilih bangun awal pagi enam hari seminggu untuk menyapu, membersih dan mengangkat sampah di sepanjang jalan raya yang sibuk di Wuhan, tengah China.
“Saya mahu menjadi contoh kepada anak saya. Saya tidak mahu duduk dan menghabiskan kekayaan saya,” kata Yu.

Dia juga tidak mahu memberi anaknya gambaran bawa dengan menjadi kaya serta menjalani kehidupan hasil daripada kekayaan itu adalah jalan mudah untuk hidup.

“Gaya hidup seperti itu hanya akan mengancam mereka dalam jangka panjang,” kata Yu.
Usahanya itu berjaya. Kedua-dua anaknya kini bekerja makan gaji. Anak lelaki menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara yang perempuan memperoleh gaji sebanyak RM1,500 dengan melakukan kerja yang tidak dinyatakan, lapor sebuah akhbar China.

Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.
“Saya sentiasa berasakan saya perlu melakukan sesuatu,” kata jutawan itu yang menjadi tukang sapu sejak 10 tahun lalu selepas mendapati kekayaan menjadikan hidupnya bosan.

Dia sebelum ini menanam sayur, mengangkat hasil tanaman itu dan menjualnya sendiri di pasar.

Apabila kerajaan komunis China melancarkan pembaharuan ekonomi pada hujungan 1980-an dan membenarkan petani berniaga, Yu dan suami berjaya mengumpul wang secukupnya untuk membina tiga blok rumah pangsa lima tingkat yang kemudian disewakan.

Mereka berjaya mengambil kesempatan terhadap ledakan harga hartanah dan meluaskan ‘empayar’ mereka hingga mampu memiliki 21 blok rumah pangsa.

Mereka sudah menjual empat blok. Hasil jualan itu dicampur dengan pendapatan menyewa 17 blok rumah pangsa serta gaji sebagai tukang sapu sudah pasti akan membolehkan dia menjalani kehidupan selesa pada masa akan datang.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/06
AbgZan
Satu lagi perkara yang kita boleh dpt manfaat, adalah Skim Rumah Pertamaku. Tapi ini hanya utk mereka yang belum ada rumah lagi... Gaji kurang RM5k ler syaratnya.. kalau  u all yg gaji besar2 belas2 ribu, toksah pandang le, hehe...

byk jugak benda yang kita boleh dpt manfaat, bila nak musim pilihanraya ni... selain dari Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia dan Elaun Telefon pintanr RM200 ... Kalau student, ada dpt voucher utk beli buku lagi.... selagi kita bergelar rakyat Malaysia, ambik aja semua pemberian tu, rezeki jgn ditolak org kata... tak kisah ler u all penyokong atau pembangkang...

-------------------------------------------

Had pendapatan RM5,000 (sumber: Utusan)

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih ramai rakyat memiliki rumah sendiri selepas had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan.
"Had pendapatan untuk Skim Rumah Pertamaku naik kepada RM5,000 dari RM3,000. Lebih ramai rakyat patut mampu memiliki rumah sendiri," katanya menerusi laman sosial Twitternya, hari ini.
Semalam, Cagamas SRP Bhd. dalam kenyataan berkata, berkuatkuasa 1 Januari 2013 lalu, had pendapatan bagi memohon pinjaman Skim Rumah Pertamaku dinaikkan bagi membolehkan lebih ramai pembeli memiliki rumah.
Kata Cagamas, kenaikan tersebut merupakan satu daripada kriteria kelayakan Skim Rumah Pertamaku yang diumumkan Perdana Menteri dalam pengumuman Bajet 2013 baru-baru ini.
Dalam pada itu jelas Cagamas lagi, had pendapatan peminjam bersama pula dinaikkan sehingga RM10,000 sebulan dengan syarat salah seorang peminjam tidak boleh berpendapatan lebih RM5,000 sebulan.
Tidak cukup dengan kenaikan itu, keperluan untuk menyertakan penyata bank bagi tempoh tiga bulan dan tempoh bekerja minimum selama enam bulan bagi peminjam bersama turut dihapuskan.
Selain itu, peminjam juga boleh mendapatkan pinjaman 100 peratus tanpa perlu membayar wang pendahuluan 10 peratus dengan Cagamas bertindak selaku penjamin untuk 10 peratus nilai awal pinjaman di bawah skim tersebut.
Maklumat lanjut mengenai pinjaman boleh diperoleh di bank-bank terbabit atau layari laman web www.srp.com.my.
AbgZan
Ada sesiapa yg dah dpt Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia tak? Buat masa ni hanya diberi kpd student, polis dan tentera...  byk jugak kedai yang akan bg diskaun... dengar2nya Mydin pon bg diskaun byk.. Aku sbg student pon sepatutnya dah dpt dah, tapi tak tau napa setiap kali check, diorang asek kata "belum print" lagi...

-----------------------------------------

Lebih 10j rakyat akan terima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (Sumber: Utusan)

PUTRAJAYA 3 Jan. - Lebih 10 juta rakyat akan menerima Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) yang akan menawarkan diskaun dari 10 hingga 50 peratus di kedai-kedai dan perkhidmatan terpilih di seluruh negara.
Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D"Cruz berkata sehingga kini lebih 4,500 peniaga bersetuju menawarkan diskaun itu untuk kegunaan semua lapisan masyarakat dan menjangka angka itu terus meningkat.
KDR1M merangkumi perkhidmatan perubatan klinik; restoran makanan & minuman; hotel penginapan; arena sukan & kecergasan; pemborong & runcit; taman tema tertutup & luar; pembinaan & hiasan dalaman; resort peranginan; pakaian & aksesori kenderaan; perlindungan insurans am dan sebagainya.
"Pada masa ini telah diwujudkan kad diskaun untuk polis, tentera dan siswa.
Selepas ini kita akan keluarkan KDR1M, di mana lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati diskaun apabila membeli barang keperluan mereka," katanya ketika merasmikan ibu pejabat baru Informasi Malaysia di No 30B, Jalan Diplomatik 3/1 Presint 15, Putrajaya, hari ini. - BERNAMA
AbgZan
Besnya kpd sesiapa yang berumur bawah 30 tahun....dan gaji bawah RM3k... sbb dpt elaun RM200 utk beli handphone pintar... mcm aku, baru aja masuk 31 thn, so dah sah2 tak layak dah, hehe... apa pon, jgn lupa manfaatkan elaun Rm200 tu...

---------------------------------------------------

Tiada had harga telefon pintar (sumber:Utusan)


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini berkata, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementerian tersebut hari ini.
Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas.
Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip ‘siapa cepat dia dapat’.
Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.
SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut.
Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam.
SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing.
Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm. gov.my.
Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. - BERNAMA.
AbgZan
Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua....

Apa azam tahun baru u all?

Azam sy? Sy sentiasa berazam utk hidup bahagia, dan semoga rezeki murah, dan semoga dikurniakan kesihatan utk sy dan sekeluarga... tapi azam tu sentiasa ada ... bukan semata2 kerana tahun baru 2013 baru nak berazam, hehe... ameen...

Selain dari tu, saya tak sabar nak abiskan MBA ni... tinggal lagi sikit aja ni... MBA antara sbb yg membuatkan tido sy tak menentu, hehe... dah ler kerja pon sibuk..

Apa2 pon harap2 u all, memperoleh apa yg u all azamkan...