AbgZan
Kita tengok pelbagai program Kerajaan lalukan untuk menggalakkan pelaburan asing ke Malaysia. Adakah ia berkesan? Kadangkala kita baca berita, berbillion Ringgit dilaburkan ke Malaysia. Tetapi adakah ianya besar? Bagi saya ia agak kecil berbanding tahun-tahun lepas, seperti pada tahun 2007.

Kalau nak senang, kita tengok aja jumlah transaksi Bursa Saham Kuala Lumpur setiap hari. Hanya separuh atau 1/3 sahaja berbanding jumlahnya pada tahun 2007/2008. Ini bermakna tidak ramai yang melabur. Atau nak senang cerita, tak ramai pelabur asing yang masuk pasaran Malaysia. Mengapa?

Kerana "Pelabur Asing tiada wang untuk melabur"...begitulah kata Dr. Mahathir...dan saya bersetuju dengan beliau....baca artikel yang dipetik dari Utusan di bawah untuk maklumat lanjut:


Pelabur asing tidak ada wang untuk melabur - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemerosotan pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini disebabkan pelabur asing seperti dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah tidak mempunyai wang untuk dilaburkan.

Bekas Perdana Menteri memberitahu, pelabur terbabit juga memerlukan wang yang mereka ada untuk dilaburkan di dalam negara sendiri berikutan keadaan ekonomi yang semakin teruk terutama di Eropah dan AS.

''Keadaan ekonomi Eropah dan AS amat terjejas berikutan krisis kewangan yang melanda negara terbabit sehingga ramai rakyatnya tidak mempunyai pekerjaan.

''Kebanyakan pelabur terpaksa menumpukan kepada pelaburan di dalam negara masing-masing kerana ia amat diperlukan di sana, ini bermakna mereka tidak akan membuat pelaburan besar di negara lain,'' katanya.

Beliau yang merupakan Pengerusi The Loaf berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan cawangan keempat The Loaf di IOI Boulevard di Puchong dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali dan Pengarah Urusan The Loaf, Jiro Suzuki.

Dr. Mahathir mengulas mengenai Malaysia mencatat kejatuhan FDI sebanyak 81 peratus tahun lalu kepada AS$1.38 bilion (RM4.22 bilion) berbanding AS$7.31 bilion (RM23.39 bilion) pada 2008 yang merupakan rekod terburuk dialami negara sejak 15 tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan mengkaji bagi meningkatkan pelaburan dalam negeri seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain.

Sementara itu, mengenai The Loaf, Dr. Mahathir memberitahu, kedai roti premium berasaskan resipi Jepun itu menerima banyak permohonan untuk memfrancais jenama kedai tersebut termasuk dari Singapura dan Indonesia.

''Memang menjadi hasrat The Loaf untuk memfrancais perniagaan tetapi masanya belum tiba, memandangkan pihak pengurusan perlu mendapatkan data yang tertentu bagi memastikan ia akan memberi keuntungan mencukupi.

''The Loaf perlu memastikan bahawa jenama ini mampu menarik pelanggan setiap masa dan dapat mencatatkan keuntungan yang maksimum, bagi memastikan setiap kedai francais yang dibuka akan dapat keuntungan sewajarnya,'' katanya.

Beliau memberitahu, usaha untuk memfrancais The Loaf akan dibuat secepat mungkin selepas semua data dan jenama itu mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada pelanggan.

Dr. Mahathir memberitahu, adalah tidak rasional untuk The Loaf mengendalikan semua cawangannya dan cara terbaik ialah melalui francais yang dilakukan pada masa yang sesuai.

The Loaf juga akan membuka cawangan kelima di Bangsar sebelum akhir tahun ini.



ANy comment guys, just drop it down ok :)
Labels: , , , edit post
2 Responses
  1. MET Says:

    tula..kulo tengok berita kat tv tu semuanya baik je..semuanya naik sokmo..

    kekadang tengok juga point view daripada pihak yang lain..

    menariknya najib pun takde cakap macam ni..hee.

    point daripada anwar pula. geng mahathir duluk2.ade 5 slot pasal ekonomi..

    http://tvselangor.com/v2/video-section?v=2987


  2. AbgZan Says:

    apa maksud hang 5 slot tu? :)