AbgZan
Happy holiday semua,
Harap kepada semua yg bercuti dapat memanfaatkan sepenuhnya masa yang ada. Kepada yang tak bercuti, selamat bekerja... Sy tahu mesti ada yg terpaksa bekerja walaupon public holiday, samada bos tak kasi cuti, atau office anda tak beri cuti, atau pon anda sendiri yang apply utk kerja masa public holiday sbb dpt triple payment, hehe...

Anyway, saya nak kongsi sikit ttg limit ASB. Berapa agaknya limit saving? Kebanyakannya yang diketahui ramai, limit adalah RM200k. Ada pulak teori yang kata, limit boleh dinaikkan kepada paras RM400k, atas permohonan daripada PNB. Tapi teori ni saya rasa tidak betul sbb saya ada tanya sendiri dgn PNB, PNB kata bukan begitu.

Limit yang betul adalah RM200k seorang. Akan tetapi limit tu akan naik setiap tahun, setiap kali bertambahnya dividen. Bermula daripada tahun pertama kita bukak akaun ASB. Contoh, katakanlah anda ada saving RM2k saja pun...

Tahun pertama: RM200k
Tahun kedua dpt dividen RM150 (2k x 7.5%=RM150) --> limit baru = 200,000+150 = RM200,150
Tahun ketiga saving anda ada lebih sikit, RM10k misalnya (dpt 7.5%, dpt ler RM750)---> limit baru RM200,150 + RM750 = RM200,900
Tahun keempat anda dpt bonus dr syarikat, so saving dah jadi RM100,000 (dividen RM7,500) --> limit baru akan jadi RM208,400 ...

Dan begitulah seterusnya, limit anda akan bertambah2, the same amount dividen anda dpt... Walaupun saving anda tak cecah RM200k lagi pon.... So, kalau anda duit nak masuk ASB atau nak buat ASB loan ke, anda nak fullkan akaun ASB anda, perlu diingatkan limit anda BUKAN LAGI RM200k, tetapi telah exceed that amount...

Anda bole kira sendiri berapa limit baru anda = RM200k + (dividen anda dpt setiap tahun) ... ataupon nak senang lagi, pergi PNB diorg leh cekkan :)

Hope this helps :)
Labels: , edit post
1 Response
  1. Anonymous Says:

    tq.. sangat2 membantu