AbgZan
Alhamdulillah,
ASB baru aja announced smlm, dengan dividen 7.75%. Bonus pula sebanyak 1.5%. Secara jujur, saya tak galakkan untuk kita campurkan terus 7.75 + 1.5 = 9.25%. Sebab, 1.5% bonus tu dikira untuk 10 tahun baki dalam simpanan. Kalau average 10 tahun kita lebih daripada saving sekarang, mungkin in favor utk kita... tapi kalau average jauh lebih rendah, 1.5% tu kira macam nothing...

Contohnya, kalau 10 thn lepas kita ada RM0, 9 thn lepas kita ada RM0, 8 thn lepas ada RM100, 7 thn lepas RM500, bla bla bla....thn lepas ada RM100k, dan tahun ni ada RM120k... cuba kira berapa average saving kita utk 10 thn...? darab dgn 1.5%... kira punya kira hanya about 0.1% aja kot, hehe...

Tapi sebaliknya kalau mereka yg dulu ada RM100k, pastu skrg dah tingal RM0, mgkin dah dikeluarkan utk buat bisnes atau education anak dan sebagainya. BONUS tu positive utk mereka....walaupon skrg saving zero pon...

Apa pon, dividen agak banyak...alhamdulillah...

----------------------

ASB: Tertinggi dalam 5 tahun (sumber: utusan)

 KUALA LUMPUR 21 Dis. - Permodalan Nasional Bhd. (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Agihan pendapatan itu meningkat 0.10 sen seunit berbanding 7.65 sen seunit yang dibayar tahun lalu.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu adalah yang tertinggi bagi tempoh lima tahun iaitu sejak 2008 dan bakal memberi manfaat kepada 7.82 juta pelabur yang melanggan 110.2 bilion unit ASB.

Katanya, pengagihan pendapatan tersebut membabitkan pembayaran sebanyak RM8.13 bilion, peningkatan sebanyak 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion yang dibayar pada 2011.
Labels: , edit post
1 Response
  1. Farid Adam Says:

    aku tak main asb pun...apa2 pun, mereka yang ada asb tu, jangan lupa keluarkan zakat 2.5% dari keuntungan dividen tu...

    - www.FaridAdam.com -