AbgZan
Ada sesiapa boleh listkan tak company di Malaysia yang memperoleh untung melebihi RM1 Billion setahun? Saya rasa boleh dikira dgn jari. Even company besar2 yang capitalnya besar pon belom tentu leh dpt "untung" RM1 billion...Kalau revenue RM1bil mungkin possible, tapi selepas tolak cost dan sebagainya, for sure berkurang, dan yang tinggal hanya Rm100 juta ke, atau Rm40 juta aja macam tu...

Maksudnya amat sukar mau cari syarikat di Malaysia yang mampu catat keuntungan melepasi Rm1billion...tetapi, ianya tidak mustahil bagi Bank Rakyat....baru-baru ni Bank Rakyat berjaya catat keuntungan lebih kurang RM1.4 billion utk thn lepas....malah skrg ni Bank Rakyat sasarkan untung RM2 billion pulak, wowww....senyum sakan ler pemegang-pemegang saham Bank Rakyat , ehehe :)

Mari kita baca artikel dari Utusan di bawah:


Bank Rakyat hampiri untung
RM2b



KUALA LUMPUR 2 Mei - Bank Kerjasama Rakyat
Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) kini semakin hampir memperoleh keuntungan sebanyak
RM2 bilion, meskipun angka itu disasarkan menjelang 2012.

Pengarah
Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, tidak mustahil sasaran itu mampu
dicapai memandangkan bank tersebut berjaya memperoleh keuntungan sebanyak RM1
bilion awal dua tahun daripada unjuran awal.

Bagaimanapun, menurut
beliau, pihak pengurusan dan kakitangan Bank Rakyat tidak berada dalam tekanan
untuk mencapai keuntungan tersebut kerana unjuran awal adalah pada tahun 2012.

Beliau berkata, Bank Rakyat sebenarnya berjaya mengekalkan keuntungan
meskipun dalam krisis ekonomi sejak ia dipulihkan pada 1982.

Malah,
katanya, pertumbuhan perniagaan dan aset yang dicapai setiap tahun tidak pernah
terfikir oleh pihak pengurusan suatu ketika dulu.

''Ini kerana, untuk
sesebuah syarikat membuat untung RM1 bilion di Malaysia tidak banyak, syarikat
tersenarai awam yang boleh meraih keuntungan RM1 bilion pun tidak banyak apatah
lagi kalau ia hanya menjalankan satu jenis perniagaan seperti Bank Rakyat.

''Syarikat yang boleh membuat keuntungan macam ini hanyalah syarikat
konglomerat dan syarikat yang turut beroperasi di luar negara.

''Bagi
saya, pencapaian Bank Rakyat adalah gemilang dan saya berbangga dengan prestasi
Bank Rakyat pada hari ini,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bank milik koperasi itu menyasarkan untuk meningkatkan keuntungan
sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.7 juta pada tahun ini.

Kamaruzaman
percaya bank itu berada pada landasan sebenar memandangkan berjaya memperoleh
keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM407 juta dalam tiga bulan pertama
tahun ini, kenaikan 23 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun
lalu.

Beliau berkata, segmen peruncitan masih memberi sumbangan besar
kepada pendapatan Bank Rakyat berbanding korporat yang masih di bawah 20
peratus.

Biarpun begitu, Bank Rakyat mahu memastikan perkhidmatan yang
ditawarkan setanding dengan bank komersial lain.

Tambahnya, bank itu
kini sedang menunggu kelulusan Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan kemudahan
pertukaran wang asing dan melaksanakan akaun semasa.

''Dengan dua produk
ini, Bank Rakyat boleh beroperasi dengan produk yang lengkap, seiring dengan
permintaan pelanggan,'' jelas beliau.

Tambahnya, Bank Rakyat akan terus
memasarkan pinjaman peribadi kerana ia masih memiliki pasaran besar di kalangan
kakitangan awam.

Beliau menambah, Bank Rakyat tidak terasa terjejas
dengan peningkatan minat institusi perbankan lain untuk menawarkan produk yang
sama kerana yakin dengan kekuatan produk serta kemahirannya mengendalikan produk
itu sejak lebih 20 tahun.

''Kita telah menjalankan perniagaan pinjaman
peribadi pada 1980an semasa bank lain tidak berminat untuk melakukannya.

''Pada masa itu, walaupun tiada persaingan, volume yang Bank Rakyat
dapat tidak begitu banyak seperti sekarang.

''Persaingan memang sentiasa
ada walaupun institusi lain turut mendapat kemudahan potongan gaji seperti yang
kami tawarkan tetapi, prestasi Bank Rakyat dalam pinjaman peribadi terus
meningkat setiap tahun,'' ujar beliau.

Kamaruzaman mendakwa Bank Rakyat
kini menguasai 50 peratus daripada pembiayaan produk itu.

Mengulas
mengenai cadangan penambahan modal berbayar kepada RM2.5 bilion, Kamaruzaman
berkata, ia masih dalam proses dan menaruh harapan agar dapat diselesaikan
sebelum penghujung tahun ini.

Beliau turut memberitahu bahawa Bank
Rakyat akan membuat kunjungan ke Brunei pada bulan ini untuk membincangkan
mengenai cadangan peluasan operasi ke negara tersebut.

''Masih awal lagi
kerana banyak perkara perlu diteliti dan sekiranya ada peluang terbaik, kita
mungkin boleh meneruskannya,'' katanya.

Beliau bagaimanapun berkata,
berdasarkan populasi dan keperluan, Bank Rakyat berkemungkinan mencadangkan
untuk mengadakan perniagaan Ar-Rahnu.

Selain meletakkan kedudukan Bank
Rakyat sebaris dengan bank-bank komersial, Kamaruzaman berkata, beliau menaruh
harapan untuk meningkatkan perkhidmatan sumber manusia bank itu ke tahap terbaik
dan mencapai sifar aduan negatif.

Tegas beliau, ia penting untuk
memastikan setiap pelanggan yang datang ke Bank Rakyat mengalami pengalaman
terbaik meskipun permohonan mereka gagal.

''Kita mahu mengekalkan
pelanggan sedia ada dan pada masa sama menambah lagi jumlah pelanggan Bank
Rakyat demi kejayaan pada masa depan.

''Kita telah membuat pelaburan
dalam membina jenama untuk mengubah persepsi masyarakat dan saya tahu untuk
mengekalkannya (jenama) bukan kerja mudah,'' tambahnya.



Takkan baca aja kawan-kawan, komen le sikit kat bawah ni , hehe:)
Labels: , edit post
1 Response
  1. dinsblog Says:

    ade mcm TM,Axiata,Maxis..malah revenue diorang pun dalam range 8bil-13bil.