nak promote baju kemeja yang baru isteriku beli untukku baru2 ni, semalam jer...jenama john master, rm9.90 aja...promosi sampai esok, ahad...cepat cepat! kat mana? di sogo tingkat bawah...cepat..selagi ada masa...kuborong 7helai terus....utk dipakai...nak hadiahkan kat org pon boleh..john master kalau harga asalni rm119 mcm tu...
nak promote baju kemeja yang baru isteriku beli untukku baru2 ni, semalam jer...jenama john master, rm9.90 aja...promosi sampai esok, ahad...cepat cepat! kat mana? di sogo tingkat bawah...cepat..selagi ada masa...kuborong 7helai terus....utk dipakai...nak hadiahkan kat org pon boleh..john master kalau harga asalni rm119 mcm tu...
Aku tengok diorang buat bisnes ni, ada pelbagai teknik2 berkesan untuk memperdaya dengan mudah, lebih mudah dari petik jari...nak tau apa kaedah-kaedah biasa digunakan? Hasil dari kajian aku, pengalaman, dan pemerhatian, kaedah diorg salah satu dari di bawah, atau gabungan beberapa teknik di bawah:
1) Mempergunakan istilah "menaikkan ekonomi UMAT ISLAM"
2) Mempergunakan istilah "menaikkan ekonomi orang melayu", "nak tolong orang melayu kasi kaya"
3) Menggunakan istilah "kita kalau kerja makan gaji aja tak ke mana"...kita kerja "kita kerja gaji kecik, kami ada formula untuk tolong sesama kita"
4) Tolong buatkan loan. Sekarang ni bank yang boleh bagi rate pinjaman peribadi yang murah adalah BSN dan Bank Rakyat, dan kemudahan diberi "amat mudah" kepada orang kerja gomen / kerajaan dengan kaedah potong gaji. Jadi target mereka lebih kepada orang yang kerja gomen/ kerajaan....lebih2 lagi orang yang gaji rendah di jabatan kerajaan...walaubagaimanapon jangan cakap orang jawatan tinggi tak tertipu! Sebab tu kita tengok ramai org kerja gomen yang kena tipu
5) target orang2 muda...sbb apa? Sebab orang2 muda, lepasan sekolah, lepasan University ni yg aku perasan, kurang baca paper....kurang ikuti perkembangan semasa....dan pengalaman pon takde..jadi golongan2 muda yang mudah kena tipu....orang2 yang dah 30-an dan 40-an kebanyakannya dah banyak kali dengar kisah2 skim ni....tapi kadang2 still tertipu jugak....
Tu semua antara teknik2 berkesan digunakan oleh pakar2 skim cepat kaya...so guys, hati-hati la yer :)
Ok, kita baca artiket terbaru dari Utusan (bernama) di bawah:
59 ditahan, sindiket skim cepat kaya terbongkar
KUALA LUMPUR 28 Julai - Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Rohaimi Md Isa berkata sindiket yang meminta para pelabur membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.
Beliau berkata kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan “Operasi Serama” yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.
Katanya 50 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 30 tahun yang menduduki tahap higher level atau upline dalam sistem piramid yang dianjurkan itu, ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran di apartmen itu.
"Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk ”mengumpan” orang ramai menyertai skim ini,” katanya.
Rohaimi berkata, sindiket yang aktif sejak dua tahun itu mensasarkan orang ramai terutama golongan muda yang baru berkhidmat dalam sektor kerajaan untuk menyertai skim itu.
"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yang tinggi terhadap kereta-kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman,” katanya.
Menurut beliau modus operandi sindiket ini ialah dengan meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yang dikategorikan sebagai downline bagi mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.
Rohaimi berkata bagaimanapun orang ramai menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yang dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah downline yang disasarkan.
"Sindiket yang mempunyai tiga kumpulan ini bergerak secara bebas dengan menggunakan restoran-restoran sebagai tempat perjumpaan dan bertemu dengan kumpulan upline bagi membincangkan perniagaan mereka.
"Kami terima dua laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan,” katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak tiga bulan lepas.
Beliau berkata, kesemua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama
Nak komen, komen jer ok guys :)
Nak dijadikan cerita walaupun aku selalu nasihatkan orang usah potong lori atau bas dlm jarak dekat, last2 aku kena sendiri....kali ni kisahnyer begini....aku mula2 ingat nak belok kiri, sekali tersalah, so tukar haluan nak belok kanan.....tapi, terpaksa potong kenderaan yang tgh beratur tunggu traiffic light merah...signal dah bukak awal2 dah...dok sebelah lori besar gedabak....
bila traffic light hijau, nampak lori tu macam dah nak gerak, tapi lepas tu tgk lori tu stop...so aku ingatkan dia kasi laluan utk aku potong dia...aku pon dgn selamba potong dia, bila aku potong time tu pulak dia pon gerak pulak....pershhhhhhhhh....lori tu gerak dari kelajuan SIFAR....slow aja, tapi langgar kereta aku teruk tu...smpai tak boleh bukak pintu tu.....
kawtim dgn lori tu....lori tu kata tak nampak....aku pon tak tau lar, dia sengaja ke apa ke...tapi bila diorg keluar, tgk penjelasan diorang dan muka nampak jujur....tapi hati diorg aku tak tau lar kalau sengaja nak kenakan aku....tapi mungkin tak kot....
Apa pun, aku nak nasihatkan korang, kalau laju mana pon korang bawak kereta, hati2lah kalau nak potong lori atau bas....pastikan jarak jauh dan selamat....lori kalau dah langgar tu, pertama kereta dah sah kemek teruk....nyawa pulak berada dlm risiko....pastu diorang pulak boleh argue kata mereka besar la, tak nampak la, brek tak makan lar...so hati2 la...
anyway aku dah kawtim dengan kedai ketuk, cat semua, ada la dalam RM500 lebih kurang, kira murah kot...dah ushar byk kedai..tu pon antara kedai ketuk yg aku rasa murah dan kerjanya kemas...terletak dekat kawasan Ampang, dekat tepi Highway MRR2....
okler, itu aja kisah kemalanganku dilanggar lori....
Komen ajer apa2 korang nak komen....:)
Harini gua nak promote sikit,kepada yg berminat makan durian, atau dgn kata lain hantu durian, dan teringin nak makan durian tanpa had, unlimited tu...hanya RM10 seorang..di kebanyakan tesco, spt tesco di shah alam, tesco ampang dan sebagainya....
cepat! cepat! harini dan esok shj. 28 dan 29 july 2010 shj...mcm2 durian ada. kalau korang tau jenis2 durian spt udang merah, raja kunyit, D99, D88, D101, D13, XO, A24 etc...ckp aja..boleh pilih...sedap2 tu...aku dah pi tadi...ingat mau bedal cukup2 last2 aku berjaya hentam 14 ulas aja....wife aku pulak bedal 8 ulas aja...kenyang tu..total about 22 ulas aja...bayar RM20 macam tu....so end up seulas RM1....hehe
tgk gambar2 di bawah, kalau tak caya...kalaukorang nak beli bawa balik yg diorg dah kupas boleh jugak, satu bungkus spt dlm pictures di bawah tu RM25 atau RM15 aja, hehe..mahal kan? better makan terus aja kat situ lagi mahsyuk, lagi best, haha
Di sini saya nak tolong iklankan satu product jubah. Kebanyakannya diperbuat daripada kain sifon. Pelbagai design ada, yang ada manik, sulam, dan sebagainya. Harganya murah-murah dan terdapat dalam pelbagai saiz dari S kepada XL.
Cantik-cantik belaka....kalau nak tengok websitenya: http://hotjubah.blogspot.com/
Kat bawah ni, ada beberapa contoh gambar jubah buat tatapan semua:
Bayaran Dividen 10% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 akan mulai dibayar pada 19 Julai 201o, iaitu semalam...bank persatuan merupakan satu bank yang sedang berusaha untuk menjadi macam Bank Rakyat. Malah Bank Rakyat telah bersetuju untuk menjadi mentor kepada Bank Persatuan (menurut akhbar yang saya bacala, wallahu'alam)....
Walaupun Bank Persatuan buat masa ni tidak sehebat Bank Rakyat, yang mampu beri dividen sebanyak 15% - 20% setahun, tetapai Bank Persatuan (BP) tidak kurang hebatnya. BP pernah beri 12%...tahun ni 10%, ok ler tu....
Sebelum ni, limit pelaburan adalah RM50k, lepastu diturunkan kepada RM15k, then RM5k, now RM10k utk thn ni...tapi yang pentingnyer masi ada peruntukan utk kita labur....tak macam bank rakyat, sudah ditutup utk penambahan pelaburan, sejak tahun 2005 lagi...
Kalau dulu Bank Persatua terdapat di Utara Malaysia sahaja, sekarang ada satu aja cawangan yang bukan utara, iaitu di Shah Alam....
Menarik tak? hehe....
Takkn baca aja beb, komen ler sikit, hehe:)
Nice article to read....something to think of....
Why You're Not Making More Money than a Decade Ago
by Ruth MantellThursday, July 1, 2010provided by Market Watch
Losing a job is a scary prospect for families during a recession, but there's a less-noticed problem that also hurts workers: stagnating wages.
Median weekly wages, when adjusted for inflation, fell slightly for both high school and college graduates from 2000 to 2009, according to a recent analysis by the Economic Policy Institute, a Washington think tank.
"The story is often told that college graduates have done well and everyone else has not. But that's not true," said Josh Bivens, an economist at EPI.
For high school graduates, median inflation-adjusted wages were $626 per week in 2009, compared with $629 in 2000, according to EPI. If you assume a worker gets paid for a full year, that adds up to $32,552 in 2009, down from $32,708 in 2000.
For college graduates, weekly wages were $1,025 in 2009, compared with $1,030 in 2000, according to EPI. Over one year, that works out to $53,300 last year, down from $53,560 in 2000.
But the recent recession isn't to blame for the "prolonged period of wage stagnation," according to EPI.
|
"Between 2002 and December of 2007, the country was in a period of economic expansion and for most of that time, from 2003 through 2007, wages fell," the study said. "Wages had improved in the early part of the decade on the momentum of the rapid wage growth of the 1990s, but that progress was halted by the spike in unemployment during the 2001 recession, and never reestablished itself."
Going forward, there could years of bad wage growth and possibly declines as the unemployment rate remains high, Bivens said.
"Even with low inflation over the past year we have seen wages lagging," Bivens said. "The recession is so deep and widespread that even those close to the top of [the income scale] will do much worse than they have been accustomed to doing. The pain will not be spread evenly, but it will be the very fortunate worker who does not see slower wage growth."
Separate research from Hay Group, a global management consulting firm, found that planned salary increases for 2011 are at 3% for clerical, supervisory, middle management and executive positions. That 3% gain is below the 4.5% to 5% increases seen at the beginning of the decade, and the steady 4% from 2005 to 2008, according to Hay.
"The past three years have seen the lowest base salary increases that most employees have ever experienced," the study said.
The recession continues to cause businesses to be restrained when it comes to salaries, said Tom McMullen, Hay's North American reward practice leader, in a statement.
"HR executives are looking for ways to balance the cost of reward programs and limited pay increases with the need to attract, retain and engage key talent," he said. "Many organizations are emphasizing 'total' reward programs as a result -- engaging employees in non-monetary ways through more meaningful work experiences, clearer career paths, global mobility and targeted development opportunities."
Hay's forecast is based on data provided from March through June by more than 300 small to large U.S. companies.
What's A Family To Do?
The high unemployment rate is limiting many workers' bargaining power. How to deal with stagnating, or even falling, incomes?
If you're not doing so already, start living within your means, said Eric Tyson, author of "Personal Finance for Dummies."
"The silver lining [of the recession] is that it forces consumers to cut out the fat and the unnecessary spending that doesn't provide much value," Tyson said.
Different people have different vices. Some eat out too much, while others smoke or buy pricey drinks at bars. Some have stretched their wallet too much for a house or went overboard remodeling.
And some spend on their kids.
"There's a temptation to keep spending on your kids and rationalize it by saying you are helping them," Tyson said. "We love our kids and we want what's best for them, and we equate what's best for them with buying them things."
But kids need to learn that money doesn't grow on trees and that their family needs to live within a budget, Tyson said. "The recession provides the perfect opportunity to show that mom and dad don't have endless money," he said. "You have to draw the line and not overindulge your kids."
One important place not to cut is retirement saving, said Ric Edelman, author and financial adviser.
"My concern is that someone who gets a 10% pay cut may cancel their 401(k) -- that would be disastrous," Edelman said. "If you are putting away enough for retirement, it doesn't matter how much you are spending as long as you are not creating additional debt."
It can be tough to find excess spending to eliminate. But if a family's income falls 10%, they need to cut expenses 10%, Edelman said.
"There will be some pain. You may have to cancel cable TV. Many families are spending $100 a month or more on cell phone contracts. It may mean eliminating an automobile, or eating out less often," Edelman said. "Don't cancel your insurance so that you can keep watching HBO.
Ruth Mantell is a MarketWatch reporter based in Washington.
Takkan baca aja kawan...komen ler sikit, hehe :)
sejak kecil memang aku telah dididik utk melabur oleh ibu bapaku....dari kecil dah melabur dlm asb...bila dah besar melabur dlm hartanah...beli kereta pon, kereta proton biasa aja...
ianya membuahkan hasil...usahaku tak sia-sia....as of last week, berjaya mengumpul at least 8 juta ...cukup utk melancong makan angin...tercapai jua cita-citaku...
Komen la sikit, beb, hehe :)
Persoalannya skrg, adakah Asia pula akan mengalami masalah ekonomi...atau Asia Tenggara? Atau Malaysia?
Kalau dulu, byk pendapat kata Malaysia tak akan hadapi, sbb "ekonomi Malaysia terlalu kuat utk gagal" spt yg tertera dlm news beberapa minggu lepas...Malah Malaysia tak bergantung kepada IMF (International Monetory Fund), malah Malaysia agak independent...
Tetapi, baru-baru ni satu berita yg agak mengejutkan keluar, dan disuarakan oleh Tun Mahathir, bahawa "Malaysia Mungkin Berdepa Kemelesetan Ekonomi Berganda"....siapa tak kenal Tun, beliau amat hebat dlm bidang ekonomi....
Okler, kalau nak baca, berikut adalah artikel dipetik dari Utusan...
Malaysia mungkin berdepan kemelesetan ekonomi berganda
KUALA LUMPUR 8 Julai - Malaysia kemungkinan berdepan dengan
kemelesetan ekonomi berganda sekiranya keadaan ini berlaku di
negara-negara Eropah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau yang baru pulang dari lawatan ke England berkata, bahawa terdapat
tanda-tanda akan berlakunya kemelesetan ekonomi berganda di
negara-negara Eropah dan perkara ini secara tidak lansung akan mempengaruhi keadaan ekonomi negara.
"Saya baru balik (dari England). Di Eropah (kemelesetan ekonomi berganda)
akan berlaku. Kalau jadi di sana, kita pun mungkin berjangkit jugalah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Menandatangani Kontrak antara Iris Corporation Bhd. dan Koperasi Atlet
Malaysia Bhd. di sini hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ramai ahli
ekonomi dan penganalisis bahawa akan berlaku kemelesetan ekonomi global berganda pada separuh kedua tahun ini
dan sama ada ekonomi Malaysia akan menerima nasib yang sama.
Walau pun pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pelan ekonomi dan
langkah-langkah yang progresif termasuk Model Baru Ekonomi (MBE), beliau berkata, adalah sukar untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan kerana apa juga yang berlaku di luar negara, tempiasnya akan terkena juga pada Malaysia.
"Kerajaan telah melakukan pelbagai langkah tetapi kita tak boleh meramalkan (apa yang akan berlaku pada masa akan datang) kerana apa yang berlaku di luar turut mempengaruhi kita," katanya. -
Bernama
Komen ler kalau ada apa2 mau komen ok :)
Lama betul tak update blog...busy sikit la kawan2...harap u all pembaca setia dapat bersabar...
Anyway, baru-baru ni, aku menceburkan diri dalam satu bidang baru...bidang naik kuda, hehe...nak jadi equestrian ni, hehe...bawak satu family....enjoy the pics below...
Ni antara kuda yg ada....tengah menunggu utk ditunggang...
AIk, tak sabar nampak, sampai nak panjat pagar ni....
Alahai, dapat tunggang pagar pon jadik lar...serupa jer kot macam tunggang kuda.