AbgZan
Siapa sini pandai eja English...?

Siapa pernah masuk Spelling Bee , masa sekolah dulu?

Kalau siapa rasa dia pandai English dan suka baca kamus / dictionary, atau selalu main game apa tu, yang susun2 huruf kat atas board, tak ingat apa namanya...

Bole ler try nasib...bole dapat duit, rasa maca senang jer...

Nak tau camna?

Peraduan ni pun ada dlm radio fly.fm (iklan percuma utk fly.fm ni, hehe) ...

Untuk lebih lanjut bukak website ni:

http://www.flyfm.com.my/fly_contest/rhb_nst_sir_2012.html

___________________________________

Do you want to be Malaysia's spelling champion ?

Register yourself at www.flyfm.com.my and wait for our call.
When you get call, be prepared to challenge our 2011 RHB NST Spell it Right champion.
There would be 3 set of questions during each contest segment.

To win, participant need to spell 2 words correctly out of 3 words being asked..
The participant who call out their name first is entitle to answer.
Winner would walk away with RM 100 cash if he/ she wins, else the money will be snowballed to the next contest segment.

So what are you waiting for, register now to be beat the RHB NST Spell it Right 2011 winner.

This is brought to you by RHB and NST.
Participate in the RHB New Straits Times National Spell-It-Right Challenge 2012 Get your entry forms in the New Straits Times today.
For more details, visit www.nst.com.my/SIR or www.rhb.com.my.


Takkan baca aja kawan-kawan, komen ler sikit ok? :)
AbgZan
Salam all,

Harini sy nak kongsi info kpd siapa yang suka buat benda bukan-bukan, berani buat benda-benda paranoid, seperti masuk dalam rumah berhantu, masuk tempat ada banyak tikus, minum air yang tak sedap...kira ala-ala fear factor la kot...

Siapa yang berani buat benda tu semua bole ler bertanding "bid" harga berapa yang kita berani buat, so kalau kita bg harga paling rendah bila ia ditutup setiap hari, maka kita la pemenang utk aktiviti tersebut, dan akan dpt duit tersebut selepas buat PARANOID ACTIVITIES tersebut....

So, camana nak sertai?

Sertai Paranoid Activities anjuran fly.fm dan sponsored by NST (New Straits Times) ...

Untuk lebih lanjut, dengar radio fly.fm (my favorite radio) atau buka website ni utk lebih lanjut:

http://paranoid.flyfm.com.my

Good Luck!
AbgZan

Semalam kerajaan decide untuk kekalkan harga minyam RON 95, dengan menambah subsidi sebanyak extra Rm0.10... itu keputusan yang tepat, kerana jika kerajaan naikkan harga minyak kepada RM2.00 maka natijahnya amat teruk dirasai oleh rakyat....mana taknya, harga minyak naik RM0.10 aja, tapi kedai2 runcit, restoran semua cekik darah dengan menaikkan harga barang, naikkan harga nasi, harga ayam goreng, roti telur dan teh ais, etc....

Memang tak dinafikan harga minyak naik, maka kos transport bertambah, tetapi, kos transport hanya la "FIXED COST" dan bukannya "VARIABLE COST"... tapi apa bole buat, peniaga nak jugak buat duit..

So bg mengelakkan perkara tersebut berlaku, maka gomen decide utk tak naikkan harga buat masa ni...

Akan tetapi, kalau harga minyak dunia kekal naik, adakah gomen akan tetap mengekalkan harga? Sukar utk kita predict...

Apa pun, kerajaan ada bagi hint, akan HAPUSKAN SUBSIDI dalam masa 5 - 7 tahun dari sekarang, secara beransur-ansur...

Baca artikel dari Utusan di bawah

---------------------------------------------

Harga RON95 kekal RM1.90

PUTRAJAYA 27 Mac - Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.

"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.

"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.


Takkan baca aja kawan2, komen ler sikit ok? :)

AbgZan
Salam all,

Good news kepada pelabur-pelabur Bank Rakyat sekalian... seperti dalam posting saya yang lepas, bonus akan diumum pada 26hb March 2012, dan ianya ternyata tepat, hehe...

Bank Rakyat tadi umu dividen sebanyak 15% dan bonus saham sebanyak 5% bagi tahun kewangan berakhir 2011.

Seperti biasa, keuntungan sebelum cukai selalu menampakkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya....

Bank Rakyat untung sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.02bilion bagi tahun kewangan 2011 dan merupakan kenaikan sebanyak 17.6% atau RM301.9 juta berbanding RM1.72 bilion pada tahun sebelumnya.

Mungkin ada orang akan bertanya, bila bole ambik dividen tu? kalau kita lihat dari sebelum2 ni, selalu once diumumkan, kita akan dapat ambil dividen dalam masa seminggu atau dua minggu dari tarikh pengumumam :)

Mungkin ada yg bertanya lagi, apa maksud bonus 5%? Kalau ASB, bonus bermaksud ia diberi utk tempoh 10 tahun kita berada dlm ASB...kalau Bank Rakyat, bonus 5% tu bermaksud, ia tidak diberi dalam bentuk "cash" tetapi accumulated dlm simpanan kita, atau dgn kata lain dia akan reinvest dlm saham kita...so kalau dlm saham bank rakayt kita ada RM10,000, lepas ni ada RM10,500 ler...ianya bertujuan utk retain earnings yang bank rakyat dapat bagi tujuan rolling, etc..

Wallahu'alam...
AbgZan
Salam all,
just nak kongsi info..daripada 22 sampai 25 march 2012 (ahad), ada warehouse / clearance sales.. semuanya sama ada rm3 atau 70%... rambang mata jugak tgk... jersey pon ada yg asal rm100 ++ dpt diskaun 70% diskaun... so kalau sapa yg tgh mencari baju seluar tu berbaloi kalau dtg sini... besar gila factory dia, so jgn risau, tak ler jadi mcm padini punya kes (beratur take turn utk masuk), hehe...


AbgZan
WIFI percuma atau internet percuma, siapa nak? Sudah tentu semua orang nak kan? Termasuk sy sendiri, hehe...

Bagaimana nak dptkan internet percuma? Senang saja, pindah lah ke area Petaling Jaya...sebab tak lama lagi prkhidmatan WIFI akan diberi percuma di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins)... Petaling jaya akan menjadi perintis bandar WiFi....

Baca artikel dipetik dari harian metro di bawah utk maklumat lanjut:

----------------------------------------------

Perintis bandar WiFi

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KEMUDAHAN...penduduk menggunakan peralatan mudah alih melayari Internet menerusi WiFi percuma.
KEMUDAHAN...penduduk menggunakan peralatan mudah alih melayari Internet menerusi WiFi percuma.

PETALING JAYA: Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu.

Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.


Pada pelancarannya baru-baru ini, Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, projek itu bukan saja di kawasan Petaling Jaya, malah turut membabitkan 4,000 lokasi termasuk kawasan terpencil seluruh Selangor yang kebanyakannya didiami golongan kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan Internet.

sebelum selepas

Foto

MACAM POKOK...tiang WiFi yang dipasang.
Foto

AKSES...Adnan (kiri) melayari Internet menggunakan WiFi percuma.

Beliau berkata, ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.


Tinjauan Metroplus ke Taman Datuk Harun, di sini mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan itu di merata tempat termasuk kedai makan.


Ia membuktikan projek terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, malah memudahkan mereka mendapatkan maklumat terkini pada bila-bila masa walau di mana mereka berada.

Bagi penduduk, Adnan Khan Ali Khan, 29, dia gembira dan pada masa sama berbangga apabila kawasan perumahannya dipilih menjadi lokasi pertama pelaksanaan perkhidmatan itu.


Katanya, jika sebelum ini dia perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan itu, namun melalui pemberian WiFi percuma ternyata mampu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan, malah membolehkannya menjalankan urusan harian dengan lebih mudah.

“Oleh kerana saya seorang peniaga, Internet menjadi platform penting kepada saya khususnya dalam membuat pembayaran bil serta mempromosikan produk.


“Justeru, apabila MBPJ melancarkan perkhidmatan mengakses Internet secara percuma, bagi saya ia pendekatan terbaik yang dapat memajukan rakyat di samping meluaskan lagi pengetahuan khusus bagi golongan muda,” katanya ketika ditemui.


Penduduk lain, Muizzuddin Muhamad, 24, berkata, sejak pelancarannya pada 29 Februari lalu, kemudahan WiFi percuma itu terus memberikan perkhidmatan yang baik dengan kelajuan mengakses Internet sangat memuaskan walaupun bilangan pengguna di kawasan itu ramai.


“Saya sangkakan masalah akan timbul apabila ramai orang mengakses Internet pada satu-satu masa apatah lagi kawasan ini penduduknya memang ramai, tertanya kelajuannya tetap sama dan saya cukup berpuas hati.


“Diharapkan kemudahan WiFi ini akan diteruskan kerana ia banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat terutama pelajar apabila mereka boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan percuma tanpa membebankan ibu bapa,” katanya.


Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menguruskan projek berkenaan sudah membina tiang pelbagai guna (Monopoles) untuk menyediakan perkhidmatan ini. Tiang berkenaan boleh berhubung terus dengan pusat kawal selia yang bertempat di ibu pejabat MBPJ. Ini sekali gus boleh membantu Beta Excelsior dan MBPJ memantau sebarang masalah yang bakal berlaku. Alatan penggunaan digunakan adalah peralatan sistem berteknologi terkini yang diperbuat dari Australia. Oleh itu, penggunaan alatan ini mampu meningkatkan tahap teknologi setaraf dengan bandar raya membangun di negara lain.
AbgZan

Saja nak tolong jualkan Tiket Petronas Malaysia Grand Prix 2012 - Grand Stand - Category Topaz, kalau ada yang berminat.. valid for 2 days, 24 March 2012 (Saturday) and 25 March 2012 (Sunday)... bukan saya punya, tapi tolong iklankan jer, hehe...
Siapa berminat bole bg tau berapa harga you sanggup beli...harga asal RM773 each... ada 2 tiket available...based on first come first serve...
AbgZan
Salam all

Saya yakin sure ramai tertunggu-tunggu dividen Bank Rakyat bukan?

Ini terbukti, dengan ramainya pembaca blog saya yang membaca ttg bank rakyat..

Daripada hear say yang saya dpt daripada Bank Rakyat customer service, mereka kata ia akan diumukan pada 26 March 2012... kalau ia benar, maka tinggal kurang dari seminggu saja lagi..

berdebar2 pulak..harap-harap diorang declare 20% ler, atau even more....atau at least 15%, hehe :)
AbgZan

Assalamualaikum all,
Just nak share lagi satu benda yang saya rasa menarik... ada seminar ttg Gold Investment, will writing (wasiat), securities, unit trust etc di Uitm, Shah Alam,... kalau ada masa bole ler datang, hari Sabtu je pon, ...untuk maklumat lanjut tgk di bawah:
AbgZan
I just nak kongsi this information kepada yang berminat, untuk dapatkan ilmu tambahan dalam bidang Accountancy, Business Administration, Marketing, etc, FOR FREE !!! and even get paid RM 500.... wow, bestnya... ikutkan hati nak aja pergi, tapi clash dgn my MBA class ... FULL TIME study bole, part time pon bole... anda bekerja, atau tidak ...dua2 bole... hanya nak ada keazaman aja.... jgn ler lepaskan peluang ni....

Sapa berminat, tinggalkan EMAIL, sy forward borang kena isi pastu past to SEGI.... jgn bimbang saya tak bersangkut paut dgn SEGI, dan sy tak dpt apa2 komisen pon, hanya kongsi info... sy bagi tau ni, sbb sy tau, sure ada yg ingat sy ada dpt habuan, haha...

baca di bawah utk makluman lanjut:

-----------------------------------------

SEGI COLLEGE SUBANG JAYA is offering FREE TRAINING AND JOB
OPPORTUNITIES where you can study for FREE and get PAID monthly.
-This is an initiative and fully funded by the
government
-Allowances upto RM500* monthly for unemployed
and RM200 monthly for employed people
-Lodging provided*
-Arrangement of employment upon completion (for unemployed
candidates)

* Terms and conditions are applied.

_____________________________________________________________________

COURSES AVAILABLE :
AUSTRALASIA EDUCATION & TRAINING SERVICE CERTIFICATION
- Certificate in Business Administration
- Certificate in Marketing
- Certificate in Accounting
- Certificate in Hospitality Management
- Certificate in HealthCare

TERMS AND CONDITION TO BE
PART OF THIS ASET PROGRAM :
- Only Malaysian who is striving to enhance thier
employability
- Employed or non-employed individu
with mininum of Diploma or SKM Level II Qualification
- Retrenched workers
- unemployed graduates

**Applicants must have at least Diploma / SKM
Level 11 Qualification
and maximum age not more than 45 years old.
Schedule Unemployed Graduates : (Full Time ) - Mon to Fri 9am
- 5pmEmployed Graduates : ( Part Time ) Fri 6pm - 9pm (Flexi) , Sat &
Sun 9am - 3 pm
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

There will be an orientation day before the actual class started and its
compulsory to attend if you are interested to take up
this FREE training.


Kindly submit (scan and email /
fax) the TRAINEE APPLICATION FORM (APPENDIX A) to me ASAP to reverse a seat for
you as the places are very limited.


Sophie Ho
Course Counselor
Tel : 03-8600 1888 ext 2037
Fax : 03-8600 1999
Email : pyho@segi.edu.myMobile :
016-445 6533
SEGi COLLEGE Subang Jaya
Persiaran Kewajipan USJ 1,47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
AbgZan


I bought all these books for FREE! Used RM150 voucher given by government...got another RM50 left... managed to get more than 30 books,possibly worth more than Rm2k , hehe... interested?

Just go to POPULAR BOOKSTORE, before 18 March 2012....diorang ada discount sampai 90% tu... memang worth it... macam2 buku ada, buku motivasi, buku investment, management, career, komik, etc...tebal2 tapi bila dah discount jadi RM1.50, RM1.90...RM3...

TApi tak pasti apply to all Popular bookstores, atau hanya POPULAR di Summit, USJ...
AbgZan
Mungkin sudah takdir, atau mungkin ada rezeki saya yang kurang berkat, saya telah mengalami accident siang tadi. Nasib baik tak melibatkan kereta lain, tetapi terbabas sampai naik ke bahu jalan (setinggi hampir 1 kaki)... kebetulan siang tadi hujan, jalan agak licin... masa nak belok ke kiri, drift terlebih pulak, walaupun sudah brek tekan habis, tapi tergelincir...

Saja nak ambil kesempatan ni nak remindkan semua pembaca-pembaca sekalian untuk berhati-hati ketika memandu, especially masa hujan... kalau brek macammana pun, kalau jalan dah licin kereta masih mampu bergerak 10meter ke hadapan....

Jadi kalau drive tu sediakan lah jarak secukupnya dengan kereta depan...dan kalau buat corner tu jgn nak layan drift sgt, hehe....

Remind utk diri sendiri jugak ni :)
Gambar hiasan....