AbgZan

Semalam kerajaan decide untuk kekalkan harga minyam RON 95, dengan menambah subsidi sebanyak extra Rm0.10... itu keputusan yang tepat, kerana jika kerajaan naikkan harga minyak kepada RM2.00 maka natijahnya amat teruk dirasai oleh rakyat....mana taknya, harga minyak naik RM0.10 aja, tapi kedai2 runcit, restoran semua cekik darah dengan menaikkan harga barang, naikkan harga nasi, harga ayam goreng, roti telur dan teh ais, etc....

Memang tak dinafikan harga minyak naik, maka kos transport bertambah, tetapi, kos transport hanya la "FIXED COST" dan bukannya "VARIABLE COST"... tapi apa bole buat, peniaga nak jugak buat duit..

So bg mengelakkan perkara tersebut berlaku, maka gomen decide utk tak naikkan harga buat masa ni...

Akan tetapi, kalau harga minyak dunia kekal naik, adakah gomen akan tetap mengekalkan harga? Sukar utk kita predict...

Apa pun, kerajaan ada bagi hint, akan HAPUSKAN SUBSIDI dalam masa 5 - 7 tahun dari sekarang, secara beransur-ansur...

Baca artikel dari Utusan di bawah

---------------------------------------------

Harga RON95 kekal RM1.90

PUTRAJAYA 27 Mac - Harga petrol RON95 kekal RM1.90 seliter walaupun berlaku kenaikan harga bahan bakar itu di pasaran global ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, harga itu dapat dikekalkan selepas kerajaan menambah subsidi sebanyak 10 sen bagi bulan ini iaitu kepada RM1.03 seliter.

"Langkah ini perlu bagi memastikan rakyat tidak dibebani kesan sampingan berikutan kenaikan harga minyak global.

"Kerajaan masih mengekalkan subsidi itu kerana kita tahu kalau tidak dikekalkan, harga barangan lain termasuk yang tidak ada kaitan dengan minyak akan naik sebab apabila kos pengangkutan meningkat, ia akan dimasukkan dalam harga barangan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan kementeriannya di sini hari ini.


Takkan baca aja kawan2, komen ler sikit ok? :)

Labels: , , edit post
1 Response
  1. nak pilihanraya. saper berani naikkan harga minyak?