AbgZan
WIFI percuma atau internet percuma, siapa nak? Sudah tentu semua orang nak kan? Termasuk sy sendiri, hehe...

Bagaimana nak dptkan internet percuma? Senang saja, pindah lah ke area Petaling Jaya...sebab tak lama lagi prkhidmatan WIFI akan diberi percuma di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins)... Petaling jaya akan menjadi perintis bandar WiFi....

Baca artikel dipetik dari harian metro di bawah utk maklumat lanjut:

----------------------------------------------

Perintis bandar WiFi

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KEMUDAHAN...penduduk menggunakan peralatan mudah alih melayari Internet menerusi WiFi percuma.
KEMUDAHAN...penduduk menggunakan peralatan mudah alih melayari Internet menerusi WiFi percuma.

PETALING JAYA: Penduduk di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kini tidak perlu bimbang mengenai kos perkhidmatan Internet apabila kawasan tempat tinggal mereka dipilih sebagai perintis projek jalur lebar (WiFi) percuma di negeri itu.

Di bawah projek Perkhidmatan Awam Berintegrasi Selangor (Spins), penduduk Selangor khususnya di kawasan Petaling Jaya dijangka menikmati kemudahan itu di lebih 200 lokasi mulai Jun depan.


Pada pelancarannya baru-baru ini, Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman berkata, projek itu bukan saja di kawasan Petaling Jaya, malah turut membabitkan 4,000 lokasi termasuk kawasan terpencil seluruh Selangor yang kebanyakannya didiami golongan kurang berkemampuan mendapatkan perkhidmatan Internet.

sebelum selepas

Foto

MACAM POKOK...tiang WiFi yang dipasang.
Foto

AKSES...Adnan (kiri) melayari Internet menggunakan WiFi percuma.

Beliau berkata, ia dijangka siap secara keseluruhannya pada 2015 dengan menyaksikan Taman Datuk Harun sebagai lokasi perintis bagi projek terbabit yang siap pada 29 Februari lalu.


Tinjauan Metroplus ke Taman Datuk Harun, di sini mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang menggunakan kemudahan itu di merata tempat termasuk kedai makan.


Ia membuktikan projek terbabit mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, malah memudahkan mereka mendapatkan maklumat terkini pada bila-bila masa walau di mana mereka berada.

Bagi penduduk, Adnan Khan Ali Khan, 29, dia gembira dan pada masa sama berbangga apabila kawasan perumahannya dipilih menjadi lokasi pertama pelaksanaan perkhidmatan itu.


Katanya, jika sebelum ini dia perlu membayar untuk mendapatkan perkhidmatan itu, namun melalui pemberian WiFi percuma ternyata mampu mengurangkan kos perbelanjaan bulanan, malah membolehkannya menjalankan urusan harian dengan lebih mudah.

“Oleh kerana saya seorang peniaga, Internet menjadi platform penting kepada saya khususnya dalam membuat pembayaran bil serta mempromosikan produk.


“Justeru, apabila MBPJ melancarkan perkhidmatan mengakses Internet secara percuma, bagi saya ia pendekatan terbaik yang dapat memajukan rakyat di samping meluaskan lagi pengetahuan khusus bagi golongan muda,” katanya ketika ditemui.


Penduduk lain, Muizzuddin Muhamad, 24, berkata, sejak pelancarannya pada 29 Februari lalu, kemudahan WiFi percuma itu terus memberikan perkhidmatan yang baik dengan kelajuan mengakses Internet sangat memuaskan walaupun bilangan pengguna di kawasan itu ramai.


“Saya sangkakan masalah akan timbul apabila ramai orang mengakses Internet pada satu-satu masa apatah lagi kawasan ini penduduknya memang ramai, tertanya kelajuannya tetap sama dan saya cukup berpuas hati.


“Diharapkan kemudahan WiFi ini akan diteruskan kerana ia banyak memberi manfaat kepada penduduk setempat terutama pelajar apabila mereka boleh menggunakan kemudahan teknologi maklumat dengan percuma tanpa membebankan ibu bapa,” katanya.


Syarikat Beta Excelsior Sdn Bhd yang diberi tanggungjawab menguruskan projek berkenaan sudah membina tiang pelbagai guna (Monopoles) untuk menyediakan perkhidmatan ini. Tiang berkenaan boleh berhubung terus dengan pusat kawal selia yang bertempat di ibu pejabat MBPJ. Ini sekali gus boleh membantu Beta Excelsior dan MBPJ memantau sebarang masalah yang bakal berlaku. Alatan penggunaan digunakan adalah peralatan sistem berteknologi terkini yang diperbuat dari Australia. Oleh itu, penggunaan alatan ini mampu meningkatkan tahap teknologi setaraf dengan bandar raya membangun di negara lain.
0 Responses