AbgZan
Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan OPR pada takuk 2%. Ini bermakna BLR (Base Lending Rate) pon kekal la pada paras 5.55%...so kepada yg buat loan housing ke, yg pakai conventional mahupun islamic yg fluctuate punya, u all still takde perubahan untuk bayar loan. Kalau diikutkan ada yang expect kerajaan mungkin akan turunkan lagi, tetapi kerajaan kata ekonomi dah bagus, tak perlu diturunkan. Kalau OPR turun lagi, maka BLR turun, dan payment pon makin turun la, hehe...

Ikuti artikel dari utusan di bawah:


KUALA LUMPUR 24 Nov. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengekalkan Kadar
Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.00 peratus. BNM dalam kenyataannya di sini
berkata, pengekalan kadar tersebut dilakukan berikutan terdapat tanda-tanda
positif keadaan ekonomi dan kewangan global bertambah baik.

Katanya,
aktiviti ekonomi di negara-negara maju menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang
disokong oleh kesan langkah polisi, manakala ekonomi rantau menunjukkan
pertumbuhan positif pada suku ketiga.

''Perkembangan positif ini
dijangka berterusan sehingga 2010, pemulihan adalah berperingkat dan tidak
sekata dengan tinjauan kekal tidak pasti apabila sokongan polisi mula berkurang.

''Bagi ekonomi domestik, kadar pemulihan sedang mengikut momentum.
Bergerak ke hadapan, permintaan domestik terutama penggunaan swasta dan
perbelanjaan sektor awam akan terus menyediakan sokongan kepada pertumbuhan,''
katanya.

Tambah kenyataan itu, ia disokong oleh pelaksanaan langkah
fiskal, polisi monetari dan akses berterusan kepada pembiayaan.

''Inflasi terus menurun pada kadar perlahan Oktober lalu. Kejatuhan
perlahan itu adalah ekoran penyusutan kumulatif dalam harga runcit bahan api
sejak Jun 2008 dan pengurangan tekanan terhadap harga makanan.

''Inflasi
dijangka berubah positif pada bulan mendatang disebabkan keadaan ekonomi
domestik yang semakin kukuh. Dengan tiada jangkaan perubahan harga dan pengaruh
luar, inflasi dijangka kekal sederhana pada 2010,'' jelasnya.

Berikutan
keadaan ekonomi domestik yang semakin baik, penilaian kedudukan polisi monetari
adalah sesuai dan akan terus menyediakan sokongan kepada aktiviti ekonomi.



Takkan baca aja, komen ler sikit kat bawah ni, hehe
Labels: edit post
0 Responses