AbgZan
Where do you think BSKL is going after Chinese New Year?

Kita lihat sudah hampir sebulan market telah retrace atau correct atau dalam bahasa Melayunya mengalami pembetulan teknikal. Daripada peaknyer 1308 sehinggalah ke paras 1224, menurun sebanyak 84 points sebelum naik kembali ke paras 1253.

Mungkin ramai tertanya-tanya ke manakah hala tuju seterusnya KLCI?

Setelah kita perhatikan CNY Rally tidak betul2 berlaku...malah market jatuh pula...adakah market akan sambung jatuh apabila market dibuka pada hari Rabu, 17 Feb 2010?

Pada saya, market akan naik kembali dan mula menuju kembali ke paras 1300...itu tanggapan gua la....based on what basis?

1) Pertama sekali, CNY Rally tidak berlaku...selalu selepas CNY Rally market akan terus jatuh. Tetapi CNY Rally tidak berlaku, maka kejatuhan mungkin tidak akan berlaku...

2) Kedua, kebiasaanya pembetulan teknikal berlaku hanya about 2 weeks up to 1 month only...dan skrg sudah hampir sebulan ia berlaku...

3) Ketiga, CNY skrg adalah bermulanya Tahun Tiger, di mana, ia dianggap sebagai "berani", "cabaran", "competetiveness", "unpredictability". Feng Shui expert, Joey Yap dari Mastery Academy kata: "It is an exciting year with lots of opportunities. The Young Metal in the first half of the year symbolises a strong impact while wood denotes wealth in astroogy"....

4) Keempat, KLCI sudah "OVERSOLD"....memang masa untuk membeli....

5) Dan lain-lain

Akan tetapi, kejatuhan mungkin akan bersambung, kalau masalah ekonomi dunia berlanjutan...antara masalah "besar" yang dirisaukan adalah:

1) Masalah unemployment di USA yang tidak stabil....bulan lepas US alami masalah unemployment yang teruk

2) China memperketatkan policy bank dengan memaksa bank2 menaikkan reserve mereka. Dan kerajaan China mengulanginya lagi buat kali ke-2 minggu lepas. Kedua-dua ni berlaku dalam masa sebulan aja. Ini semua kerana China takmo ekonomi diorang naik laju sgt macam yang berlaku pada thn 2007..

3) Masalah kewangan di Greece (terutamanya), Portugal and Spain...Lebih USD300 billion hutang di Greece...kesemuanyer impact kepada Europe, termasuk mata wang Euro...dan sekaligus impact dunia jugak, semua duk risau....

Akan tetapi, masalah pertama dah getting better, data terbaru minggu lepas menunjukkan improvement....masalah kedua pula, bukannya masalah, tetapi hanya bersifat sementara...dan masalah ketiga Europe sedang dalam nak solvekan problem tu...oleh itu, ketiga-tiga masalah di atas mungkin akan menjadi okay, dan tidak merisaukan pelabur lagi....

Daripada pengalamanku, selalunyer teknikal comes first, followed by fundamental...Apakah maksudnye tu?

Maksudnya, selalunya teknikal yang berlaku dulu....di mana dari segi teknikal market memerlukan adjustment / correction / retracement ....kerana market naik tanpa berlaku pembetulan teknikal yang sepatutnyer...iaitu about -10%...

Bagi merealisasikan correction tersebut, maka news2 yang keluar diperbesar2kan dan diulang2 setiap hari di dada-dada akhbar, dengan harapan pelabur menjadi risau....maka berlaku la panic selling.....

Selepas dirasakan market dah correct ke paras yang sepatutnyer, maka masa tu, mulalah keluar news2 yang mengatakan, masalah2 tersebut dah reda dan telah diatasi dan sebagainya....:) Itu semua mainan semata2 aja, haha....

Apa pun...kita tgk apa yang akan berlaku nanti....

Resistance pertama KLCI gua tgk terletak di 1268-1270, diikuti 1280, dan 1300....dan 1308...kalau semua broken, consider the next rally to 1350-1400....

Wallahu'alam...

Ada komen tak kawan2? Komen la yer...
3 Responses
  1. rOsYiDi Says:

    saham2 yg patut dok usha skang ape yer? kalo nak private send sini rosyidi84@gmail.com


  2. rOsYiDi Says:

    saham2 yg patut dok usha skang ape yer? kalo nak private send sini rosyidi84@gmail.com


  3. beliau Says:

    terima kasih, banyak dapat belajar kepentingan FA ni...selalu asyik dok tengok TA je...x kisah langsung pasal FA hahaha....otai betul tuan ni...