AbgZan
Teruja gua baca news2 orang terkaya di Malaysia ni....bila la agaknya gua nak jadi kaya cam diorg ni...tak perlulah top 10 atau top 100, mahupun billionaire...jutawan pon jadilah, hehe...atau separuh jutawan worth pun ok ler...hehe.....

Mari kita tgk sapa paling kaya di Malaysia ni....

Robert Kuok terkaya di Malaysia
16/02/2010 4:39pm


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Tan Sri Robert Kuok dari
Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lepas, mendahului
senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Kekayaan beliau ialah sebanyak
RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion setahun lalu .

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua
dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation
Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli
perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah
RM10.86bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan
kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana
beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim
Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki
tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari
Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat
ketujuh.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim
Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau
Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam
senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan
Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong
Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada
dalam tempoh setahun. - Bernama



Any comment? Ada kat sini yang nak jadi TOP 10 terkaya di Malaysia?
Labels: edit post
0 Responses