AbgZan
RM15b utk bantu syarikat bermasalah?

Satu news yang agak menarik dari kerajaan, bukan sahaja kepada syarikat2 Public Listed, tapi juga kepada syarikat yang tak listed pun...mungkinkah ini dapat merangsang pasaran yang kehilangan petunjuk dan ketiadaan mood trading sempena CNY yang tinggal beberapa hari lagi?

Harini kita tgk KLCI terus jatuh, melebihi -70 points dari peak 1308...

Kepada yang belum masuk, dan masih tunggu dan lihat, it is now good time to enter, partially...

Kepada yang dah masuk sikit minggu lepas, now boleh tunggu lagi dan lihat...bold dulu....

Anyway, di bawah dikepilkan news dari Utusan...



RM15b bantu syarikat bermasalah

Oleh AZELI ALI
pengarang@utusan.com.my

BUTTERWORTH 7 Feb. – Kerajaan menyediakan
dana RM15 bilion untuk membantu syarikatsyarikat yang menghadapi masalah
kewangan bagi membiayai projek mereka.

Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, penyediaan dana melalui
Tabung Insentif Kewangan Swasta (PFI) itu adalah sebahagian daripada pelan dalam
Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10).

Menurut beliau, usaha mewujudkan dana
itu bertujuan memastikan syarikat yang menghadapi masalah kewangan dapat
meneruskan projek mengikut tempoh yang ditetapkan.

“Antara projek yang
terlibat seperti pembinaan universiti, hospital dan perumahan serta pembuatan
mesin yang pastinya memerlukan modal yang besar.

“Jadi melalui PFI,
modal mungkin tidak lagi menjadi masalah untuk mereka dan semua projek yang
dijalankan dapat disiapkan mengikut jadual,” katanya.

Beliau yang juga
Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian selepas merasmikan Hari Kerjaya dan
Keusahawanan di Dewan Besar Sungai Dua di sini hari ini.

Pada majlis
itu, Nor Mohamed turut melancarkan laman web Parlimen beliau iaitu
www.normohamed.my bagi memudahkan penduduk di kawasan itu mengetahui aktiviti
dan program yang dijalankan di kawasan tersebut.

Beliau berkata, laman
web sudah menjadi satu tuntutan seiring dengan perkembangan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dan wajar dijadikan penghubung antara rakyat dan kerajaan.

Mengenai laman web beliau, Nor Mohamed berkata, ia akan membolehkan
penduduk di kawasan itu menyalurkan segala bentuk aduan atau masalah dengan
lebih mudah dan cepat.

“Ini adalah penting dalam meningkatkan kecekapan
dan tahap perkhidmatan saya kepada rakyat. Saya harap penduduk di kawasan Tasek
Gelugor menggunakan saluran alternatif ini dengan sebaik-baiknya,” katanya.


http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0208&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm


Any komen guys? Taip jer....
Labels: , , , edit post
0 Responses