AbgZan
Harini merupakan hari yang ditunggu2 oleh kebanyakan pelabur, samada pelabur Malaysia atau foreignor...sbb harini bermulanya conference INVEST MALAYSIA 2010, di mana Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan......

Anyway, pagi tadi, market bukak lewat sikit, kol 930am baru bukak...mula2 ingatkan sebagai menghormati MEB, rupanya2 BSKL system down....hehe......buat kasi gempak aja...

anyway, selama 1 jam yg pertama tadi, lama sgt Najib mengarut..mengarut ttg mencapai pendapatan tinggi...tentang ekonomi Malaysia yg berkembang pesat..kebanyakannya memberi motivasi kepada Rakyat Malaysia, hehe.....itu semua perkara yg kita semua sudah sedia maklum..tapi apakan daya, itu semua sudah jadi pembuka bicara, kasi sedap ayat.

...tapi awal2 lagi Najib ada sebut 2 syarikat, pertama MAXIS, IPO terbesar di Asia Tenggara..tapi honestly gua rasa itu takleh pakai la, sbb Maxis ni dah pernah listed dulu, pastu dikeluarkan, pastu dilistedkan balik, tak aci la,..

Najib juga ada sebut JCY, satu company pengeluar Hard Disk yg agak besar di dunia, di mana about 15% (atau 25%) pengeluaran Hard Disk dikeluarkan oleh JCY...dan JCY ni baru dilistedkan di BSKL...Ini counter gua rasa ada potensi ni.....antara counter yg dia ada "sebut", adalah JCY...

pastu dia sebut KWSP dibenarkan utk melabur ke luar negara secara besar2an...then MIDA will be privatised.... juga sebut ttg POS Malaysia, dan GLC, bla bla bla...

Tapi secara keseluruhannya, insitnct gua rasa MEB atau NEM (New Economic Model) ni tak memberangsangkan, dan tak seperti yang diharapkan.gua rasa la.....sbb tu market buat U-turn....

Takpe kita tunggu Invest Malaysia 2010 ni abis....ia berlangsung 2 hari, harini dan esok..

Ni antara intipati MEB (sumber Utusan):


* Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibenar melabur lebih bahyak lagi di dalam aset di seberang laut.

* Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) akan dikorporatkan dan akan dinamakan semula sebagai Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk membolehkannya lebih efektif sebagai satu agensi promosi pelaburan.

* Kerajaan dan KWSP akan membentuk satu usaha sama bagi menggalakkan pembangunan tanah seluas 1,200 hektar (3,000 ekar) di Sungai Buloh untuk menjadi satu hab baharu bagi Lembah Klang.

* Beberapa bidang tanah di Jalan Stonor, Jalan Ampang dan Jalan Lidcol di Kuala Lumpur akan ditender dan dimajukan oleh sektor swasta, yang jika gagal akan merupakan satu pembaziran kerana kerajaan membelanjakan kos penyelenggaraannya.

* Pembangunan tanah di Sungai Buloh dan pembangunan beberapa bidang tanah di bandar raya ini dijangka menjana pelaburan baharu bernilai lebih RM5 bilion

* Syarikat di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan seperti Percetakan Nasional Malaysia, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. dan Innobio kemungkinan diswastakan.

* Petronas telah mengenal pasti dua subsidiari yang agak besar dengan rekod prestasi yang baik untuk disenaraikan pada tahun ini di Bursa Malaysia, yang akan mengurangkan kehadiran kerajaan di dalam perniagaan dan meningkatkan peranan sektor swasta.

* Khazanah Nasional Bhd. akan melupuskan kawalan kepentingan 32 peratusnya di dalam Pos Malaysia Bhd melalui proses pelupusan strategik dua peringkat.




Di bawah petikan daripada the edge...


Highlights of PM's speech at Invest Malaysia 2010 on
Tuesday, March 30


The backbone of Malaysia's long-term policy
agenda will be a new economic model - which will be integrated into the 10th
Malaysia Plan and with a longer-term vision that will be delivered through the
11th Malaysia Plan. These can transform the Malaysian economy to become one with
high incomes and quality growth over the next decade.


Three principles from the NEAC report - firstly, high income, secondly, sustainability and thirdly, inclusiveness.

These three principles will drive Malaysia's
economic progress to become a fully developed nation; a competitive economy
strategically positioned in the regional and global economic landscape,
environmentally sustainable and a quality of life that is all inclusive and
encompassing.


There will be a renewed affirmative action policy in
the New Economic Model, with a focus on raising income levels of all
disadvantaged groups. It will focus on the needs of all our people - those
living in the long houses in Sabah and Sarawak and poor rural households in
Semenanjung Malaysia (Peninsular Malaysia), who often feel disconnected from the
mainstream economic activity. Fishermen. petty traders.and small farmers also
fall under this category .

Malaysia's renewed affirmative action policy
will be built on four principles -- must be market friendly, it must be merit
based, it must be transparent and
it must be needs based.

The eight
Strategic Reform Initiatives will focus on:-

1) Re-energising the
private sector to lead growth;

2) Developing a quality workforce and
reducing dependency on foreign labour;

3) Creating a competitive
domestic economy;

4) Strengthening the public sector;

5) Putting
in place transparent and market friendly affirmative action;
6) Building
knowledge base infrastructure;

7) Enhancing the sources of growth; and

8) Ensuring sustainability of growth.


EPF's investments


The Employees Provident Fund presently dominates local equity and
bond markets with up to 50 percent of daily Bursa volume represented by EPF
related trades, a situation that is not healthy for the market or for the EPF.

EPF will be allowed to invest more assets overseas, both diversifying
its portfolio and creating more room domestically for new participants. EPF
presently has about 6 percent of assets invested offshore and this will increase
significantly.

EPF will also increase its direct investments in the real
economy of Malaysia, as an alternative to market investments - taking positions
in healthcare, commodities, property and other long-term investments that match
EPF's requirements to protect the real rate of return on its assets.


GLCS, Government holding agencies

GLCs and Government
holding agencies pursuing strategic collaborations with private sources of
capital in Malaysia in order to provide prospective investors with exposure to
the government order book and build national competencies.


Divestment of non-core assets

Progress in the area of
divesting non-core assets has seen Khazanah alone has over the course of the
last nine months divested significant stakes in Tenaga Nasional, Malaysia
Airports and PLUS for the purpose of increasing the liquidity of these counters.
But more such progress in this area must be made.

Govt to pursue further
such divestments of non-core and non competitive assets that operate in areas
where new strategic shareholders have the potential to enhance the creation of
value, as compared to them being left within the government stable.

Khazanah has resolved to divest its controlling 32 percent stake in POS
Malaysia through a two-stage strategic divestment process. Khazanah will draw up
a bidding and evaluation process to select a new and entreprenuerial shareholder
to further modernize POS Malaysia.

Petronas has already identified two
sizable subsidiaries with good track records to be listed this year. These
initiatives have the goal to reduce the Government's presence directly or
indirectly in business activities that are best carried out by the private
sector and are a clear signal of our commitment to promoting competition in the
economy, risk taking and long-term economic growth that benefits all Malaysians.



Privatisations

Govt considering privatization measures
related to, Percetakan Nasional Malaysia Berhad, CTRM Aero Composites Sdn Bhd,
Nine Bio Sdn Bhd and Innobio Sdn Bhd with more under consideration.

Land

To promote higher levels of economic investment, expansion and growth,
several parcels of land in Jalan Stonor, Jalan Ampang, Jalan Lidcol, Kuala
Lumpur have been identified to be tendered out and developed by the private
sector. This initiative will be a good kick-off for more outright sale and joint
ventures between the public and private sectors in land development.

Government of Malaysia and the EPF will form a joint-venture to promote
the development of 3,000 acres of land in Sungei Buloh into a new hub for the
Klang Valley. This will lead to over RM5 billion of new investments being made
that will have an immediate effect on domestic growth, with an enormous
potential for the private sector to participate in prominently.



Komen sikit ye kekawan2
AbgZan
Salam all,

Dah lama betul gua tak update blog...

Ok, skrg gua mau update sikit ttg market Malaysia....dijangka ekonomi Malaysia akan terus berkembang pesat tahun ni....

KDNK Malaysia pon telah naik .... atas keyakinan tersebut BNM pon telah naikkan OPR sebanyak 25 mata...dijangka 2nd half 2010, OPR mungkin akan dinaikkan lagi another 50points...

KLCI kita pon telah berjaya kembali ke paras atas 1,300, sejak correction dari 1224....

Minggu ni dijangka KLCI akan terus naik hebat....atas 2 faktor:

*PELAN EKONOMI BARU
*INVEST MALAYSIA 2010 (CONFERENCE) - 30-31 March 2010

Gua masih belom habis shopping lagi ni....tgh duk q nak beli lagi 5 counters ni....

In the mean time masih pegang:

*MKLAND
*M3TECH
*ZHULIAN
*AWC
*HUBLINE-WA
*ENG

Walaupon KLCI dijangka naik, tapi ada beberapa sektor / counters akan mengalami profit taking, sbb dah byk sgt naik....antaranya adalah counter yg gua baru jual spt:

* UNISEM
* KPS
* PELIKAN
* KPJ-wa
* dll

Apa pun, pelabur diharap berhati-hati dalam membuat pembelian, invest an amount that you can afford to lose. :)

Salaam

Ada apa-apa komen guys?
AbgZan
Assalamualaikum and salam sejahtera semua,

Di sini saya nak tolong iklankan satu product baby, iaitu KASUT BABY. These baby shoes diperbuat daripada kulit lembu. The soft sole leather shoes are very durable, breathable, and wearable for all adorable babies and toddlers.

Kasut ni sesuai utk anak2 especially yg prewalker. Boleh dibasuh macam basuh kasut biasa.

Ada size:
0-6 months (very limited design and quantity)
6-12 months
12-18 months
18-24 months

Kalau harga pasaran kasut ni sekarang HANYA RM53.90. Kalau nak compare dengan harga website lain kat luar sana about RM80. Malah, sekarang ni ada promosi, hanya RM38 sepasang....kalau beli dua pasang, RM70. Beli tiga pasang, RM99.

PROMOSI NI SEHINGGA 12 April 2010 SAHAJA!

Sesiapa berminat boleh contact terus dengan wholesaler: ime_syada@yahoo.com, atau 019-2400654. Untuk nak tengok design-design lain, jugak boleh contact email di atas.


















































































AbgZan
Pada 20-21 Mac 2010 ni, satu convention terbesar di Asia akan berlangsung....

For your info, this convention:

* Akan dihadiri up to 15,000 traders & investors
* Over 40 free seminars designed to provide you with timely
and practical investment strategies

* Over 50 exhibitors with the latest
investment tools to help you diversify and buffer against uncertainties in the
market
* Some of the Master Trading Seminars are Daryl Guppy, Don
Schellenberg, Benny Lee, Dar Wong, Alan Hull, Alan Oliver and many more


Sapa berminat boleh tgk lebih lanjut kat website ni:

http://www.theatic.net/index.php

Dan boleh sms kat sini utk dptkan LIMITED FREE SEAT ....012-6429366. Tapi kena cepat ler....

Mari kita ramai2 datang....kalau sempat, leh jumpa borak2 kosong....hehe


Takkan baca aja kawan2, komen le sikit, hehe :)
AbgZan
Berita terkini yg hangat diperkatakan adalah Ananda Krishnan org kedua terkaya di Malaysia (bersaing dengan Robert Kuok, kadang2 pernah no.1), telah umum untuk beli saham Astro seluruhnya, dan jadikannya private, seterusnya, dikeluarkan dari Bursa Saham Kuala Lumpur....

Pengumumannya itu, menyebabkan saham Astro melonjak naik about 20% harini...pergh dari RM3.56 kepada RM4.24.... bermakna, sapa beli 10lot saham (10000 unit), valuenyer bertambah dari RM35,600 kepada RM42,400...

Saham MEASAT pon naik gila nyer harini, dari 2.65 kepada 2.86...., MEASAT sebenarnyer dah melonjak naik sejak Isnin lalu sampai la harini (Khamis) 4 hari berturut2 bermula dari RM2.00....kenaikan MEASAT tersebut seperti diorg dah jangka, atau mungkin melalui buah mulut, atau insider info, atau maklumat orang2 management....

untung org2 kerja MEASAT yg sudah tentu sudah dapat maklumat ini terlebih awal....kalau beli 100 lot pada harga RM2.00 hari Isnin lalu, modal RM200k (pinjam Ah long, atau pinjam Bank loan), harini sudah jual pada harga RM2.80, sudah dapat RM280k, untung RM80k, hehe....

Ok skrg apa effect kepada rakyat??? Gua menjangkakan, ASTRO mungkin akan menaikkan harga service....sbb kekuasaan dimonopoli...kalau skrg bayar RM70-RM100, tak mustahil harga akan dinaikkan kepada RM120-RM200....

Alamat aii....apa boleh buek...harap2 Ananda baik hati orgnyer..mana tau dia nak turunkan harga ke, hehe....



Ananda kuasai 100% Astro

Oleh Cynthia Yeoh

Ibu pejabat Astro All Asia Network Plc.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 17 Mac - Spekulasi yang kedengaran sebelum ini,
ternyata benar. Orang kedua terkaya di Malaysia, T. Ananda Krishnan hari ini
mengumumkan cadangannya untuk menjadikan Astro All Asia Networks Plc (AAAN)
sebuah syarikat milik persendirian.

Ananda melalui syarikat yang
ditubuhkan khas, Astro Holdings Sdn. Bhd. menawarkan untuk membeli kesemua saham
AAAN pada harga RM4.30 sesaham atau keseluruhannya RM8.5 bilion secara tunai.

Astro Holdings dimiliki oleh pemegang saham utamanya, Usaha Tegas Sdn.
Bhd. dan Khazanah Nasional Bhd. serta Bumiputra Foundations, kesemua secara
terkumpul memegang 72.9 peratus saham dalam AAAN.

Usaha Tegas milik
Ananda menguasai 57.6 peratus ekuiti kepentingan di dalam Astro Holdings.

Berdasarkan harga tawaran tersebut, AAAN diberikan nilai sehingga RM8.5
bilion manakala saham minoriti pula diberikan sehingga RM2.4 bilion.

Harga tawaran itu mewakili premium 24 peratus daripada harga tutup urus
niaga saham AAAN iaitu RM3.48 pada 12 Mac lalu dan ia juga mewakili premium 28
peratus ke atas jumlah purata wajaran harga saham RM3.35 bagi tempoh enam bulan
lalu sehingga pada 12 Mac lalu.

Pengerusinya AAAN, Datuk Badri Masri
berkata, cadangan yang diutarakan oleh Astro Holdings semata-mata aktiviti
korporat yang membabitkan pemegang saham.

"Justeru itu, kami tidak
menjangka sebarang perubahan serta merta dengan operasi syarikat yang sedang
dilaksanakan," katanya selepas pengumuman AAAN dijadikan syarikat persendirian
atau diswastakan.

AAAN dijangka dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia
pada pertengahan Jun ini.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri
Nazir Razak berkata, penswastaan tersebut mampu mengoptimumkan struktur modal
bagi tujuan pengembangan operasi AAAN secara domestik dan antarabangsa.

Ini kerana katanya, ia mewujudkan pemegangan saham dan struktur operasi
lebih kondusif untuk menyokong keperluan perbelanjaan modal (capex) besar bagi
tempoh yang lama.

"Dijangka perkembangan itu melibatkan pelaburan antara
RM3 bilion hingga RM3.5 bilion yang akan dibahagikan sama rata untuk pertumbuhan
tempatan dan luar negara untuk beberapa tahun akan datang," jelasnya.

Beliau juga berkata, penswastaan itu juga tepat pada masa berikutan
evolusi perniagaan AAAN.

"Kami yakin tawaran ini memberikan pelabur
minoriti harga menarik tanpa tertakluk kepada risiko fasa pertumbuhan syarikat.

"Ini adalah kerjasama menarik antara syarikat pelaburan milik kerajaan
(GLIC) dan sektor swasta untuk melabur secara bersama-sama dan membangunkan
peneraju syarikat media bersepadu serantau selaras dengan matlamat kebangsaan
untuk industri ini," ujarnya.

CIMB Investment Bank Bhd. dilantik menjadi
penasihat kepada Astro Holdings manakala Kadir Andri & Partners, RHB
Investment Bank Bhd. dan UBS Securities Malaysia Sdn. Bhd. pula sebagai
penasihat kepada AAAN.

Lembaga juga telah melantik Public Investment
Bank Bhd. dan JP Morgan Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai penasihat
kewangan bebas.



ANy komen kawan2? Selamba je komen, apa mau malu?
AbgZan
Mula-mula sekali, call warrant ni, kalau nak trade anda kena perhatikan 4 benda:

1) Berapakah exercise pricenye
2) Mother share price?
3) Ratio
4) Expiry date

Call warrant adalah terlalu risiko. Kerana expirynyer terlalu cepat, biasanya 6 bulan atau setahun....Baik warrant, mahupun call warrant, harganya akan bergerak sejajar dgn "fair value". Fair value dikira, dengn:

(MOTHER SHARE - EXE PRICE) / ratio

Contohnya, katakanlah anda mau trade call warrant TM, katakanlah harga TM skrg 3.32, tapi exercise price adalah 2.69, ratio adalah 6....maka:

value = (3.32 - 2.69)/6 = 0.105 ...so harga valuenya adalah 0.105....kalau TM jatuh kepada 2.60....valunyer adalah (2.60- 2.69) / 6 = -0.015...NEGATIVE???? maksudnya TAKDAK VALUE...

Dan kalau anda duk tunggu aja, tapi MOTHER SHARE turun dan tak naik2, dan, kalau anda tunggu sampai expired....maka selepas expire, bergantung kepada call warrant tu...ada yg settle dgn CASH SETTLEMENT, di mana, bank akan bayar anda based on value tadi tu....maka rugilah anda....sbb anda beli dgn harga amat tinggi....

Ada jugak yg boleh diconvert kepada mother share....

Tapi yg bestnyer...kalau mak dia naik gila2 kepada 4.00...mencanak2 la TM-CI anda naik....tapi tu kalau "MENGHARAP" laa...(4.00-2.69)/6=0.218

Walaubagaimanapun, Saya amat2 tak advice u main CALL WARRANT...WARRANT ok lagi, sbb expirenyer lama, ada yg 5 thn, ada yg 10 thn, di mana harga MOTHER mampu naik dlm masa 5-10 thn...dan harga warrant biasanya LEBIH TINGGI dari FAIR VALUE....

Kesimpulannnya, call warrant atau even warrant, dia bergerak ikut emaknye....tapi lagi laju gearnyer....

paham tak agaknya? ke too teknikal?hehe...

Any comment guys? Pertnyaan?
AbgZan
Salaam all,
Saya ingin mengiklankan satu apartment di Sentul untuk disewa. Kepada yang betul-betul sedang mencari dan berminat untuk sewa bolehlah tinggalkan komen di bawah. Apartment tersebut:

* dekat LRT Star, 3-5 minit jalan kaki
* dekat pasar Sentul, 3-5 minit jalan kaki
* dekat kedai-kedai dan restoran
* dekat bus stop
* dekat Sentul Link

Apa-apa hal, tinggalkan komen di sini ok...
AbgZan
Market KLCI, walaupun agak slow kenaikannya berbanding negara-negara lain, tetapi secara perlahan2 sudah hampir dengan maximum peak yang dibuatnya untuk tahun ini, iaitu 1308, selepas membuat correction penurunan sebanyak 84 mata kepada 1224 pada bulan February 2010 haritu. Market ditutup pada lebih kurang 1299, selepas cecah 1300 pada hari Jumaat lepas.

Kenaikan pada hari Khamis dan Jumaat minggu lepas dirangsang oleh kenaikan OPR oleh BNM, di mana ia merangsang kenaikan bank-bank besar, iaitu CIMB, Maybank dan Public Bank, untuk membuat kenaikan yang besar, seterusnya merangsang pasaran BSKL. Sebab tu kita tengok market cecah 1300.

Untuk minggu ni, gua menjangkakan market akan fly gila-gila punya...sbb market hanya memerlukan kurang dari 1 mata untuk breach pshycological boint of 1300 and about 9 mata untuk breach the maximum 1308 yang dibuat pada pertengahan January 2010.

Lebih-lebih lagi, Market US pon fly jumaat lepas, about 1.2%. Dan terdapat good news dari US yang berkaitan dgn jobless dan consumer.

So, gua amat yakin, 1308 akan breached easily today...dan kalu breach, easily market akan menuju ke 1330, dan seterusnya 1350...gua rasa 1,450 will be on card, before May 2010, silap2 tak sampai sebulan...gua merasakan even peak KLCI 1520 pon will be breached this year....

Wow....boleh tahan Malaysia...

Cuma gua takut satu perkara aja sekrg...isu politik...lately ramai ahli2 PKR berhenti...pastu MCA pula....ini menandakan malaysia is politically UNSTABLE....this is BAD news for investor luar negara....itu aja gua takut....

Apa pun, kita tengok pagi ni, camana dia naik....:)


Ada apa2 komen, kasi hentam aja, hehe
AbgZan
Smlm OPR telah dinnaikkan kepada 2.25 daripada 2.00....apakah kesannya kepada market KLCI atau BSKL? kalau interest rate naik, biasanya BSKL akan jatuh ... kalau kekal, tkade effect kat BSKL...kalau interest rate turun, BSKL akan melonjak....

Tapi, kalau interest rate naik, selalunya COUNTER BANKING akan naik... bergantung kepada "how much" banking naik...kalau melonjak byk, maka mungkin effect BSKL, bskl pon akan turut melonjak....

Tapi tu semua short term aja laa...

Kalau difikirkan dari segi long term pulak....kalau interest rate naik...ianyer tak lain tak bukan , disbbkan keyakinan BANK NEGARA MALAYSIA dgn ekonomi Malaysia...bermaksud ekonomi telah stabil, sbb tu interest rate dia dinaikkan....so apabila BNM kata begitu, ia merupakan good news, menunjukkan ekonomi sedang bagus...so mngkin merangsang pasaran....

As of this morning, market dibukak naik lebih kurang 12 mata, kepada 1295...dirangsang oleh kenaikan CIMB, Maybank dan Public Bank, yang over excited dgn kenaikkan tersebut...

on the other side, kenaikan OPR ni akan memberi impak negative kepada OIL n GAS and PROPERTIES sector...sbb diorg yang buat pinjaman utk beli tanah misalnya...so properties sector akan menurun...

wallahu'alam

OPR naik kepada 2.25 peratus (source: Utusan)


KUALA LUMPUR 4 Mac -
Seperti mana yang dijangkakan, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia
(BNM) hari ini memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada
2.25 peratus.Ia merupakan kenaikan sebanyak 0.25 peratus daripada paras
sebelumnya 2.00 peratus.

Kadar terendah dan tertinggi koridor OPR turut
dinaikkan masing-masing kepada dua peratus dan 2.50 peratus.

Gabenor
BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebelum ini telah memberikan bayangan beberapa
kali pada awal tahun ini, bahawa kadar faedah yang rendah boleh memberi risiko
ketidakseimbangan dalam kewangan, sekali gus menjejaskan proses pemulihan
ekonomi negara.

Menurut beliau, sebarang pelarasan dalam kadar faedah
adalah untuk mencapai tahap biasa dan bukan mengetatkan dasar.

Utusan
Malaysia pada 23 Februari lalu melaporkan BNM dijangka akan mengumumkan kenaikan
OPR dalam jangka masa terdekat.

Pada tahun lalu, kebanyakan penganalisis
tempatan berpendapat BNM hanya akan menaikkan menaikkan OPR menjelang separuh
pertama tahun ini selepas mengambil kira keadaan ekonomi global khususnya
negara-negara maju yang masih tidak stabil.

Malah, menurut mereka,
peningkatan jumlah pengangguran di Amerika Syarikat dikhuatiri menjejaskan
proses pemulihan ekonomi kuasa besar itu.

Bank Pusat itu dalam kenyataan
penjelasannya di sini berkata, pemulihan dalam ekonomi global semakin
menggalakkan berikutan sokongan dasar yang berterusan dan keadaan kewangan yang
bertambah baik.

Menurutnya, aktiviti ekonomi dalam ekonomi-ekonomi maju
telah meningkat, meskipun pertumbuhan dijangka kekal sederhana.

Walau
bagaimanapun, ekonomi-ekonomi pasaran yang sedang pesat membangun mencatat
pemulihan yang lebih kukuh.

Ekonomi-ekonomi serantau, khususnya,
berkembang dengan kukuh pada suku keempat 2009 dan momentum pertumbuhan dijangka
berterusan.

Bagi ekonomi dalam negeri, prestasi pertumbuhan yang lebih
kukuh pada suku keempat 2009 mengesahkan bahawa pemulihan ekonomi adalah mantap.

''Melangkah ke hadapan, pertumbuhan dijangka terus bertambah kukuh dan
disokong oleh permintaan dalam negeri dan peningkatan yang berterusan dalam
permintaan luar terutama dari ekonomi serantau,'' katanya.

BNM berkata,
sebagai mencerminkan keadaan ekonomi semasa dan pelarasan yang mungkin dibuat
terhadap harga ditadbir, paras harga akan meningkat secara beransur-ansur
sepanjang tahun ini.

Meskipun faktor luaran, termasuk kenaikan harga
komoditi dan bahan makanan global, dijangka menyebabkan tekanan menaik terhadap
harga dalam negeri, inflasi bagi tahun ini dijangka terus sederhana.

BNM telah menurunkan OPR ke paras terendah dalam sejarahnya pada 2009 kepada dua
peratus sebagai langkah utama

untuk mengelakkan berlakunya kelembapan ekonomi yang sangat buruk.

Takkan baca aja kawan2, komen la sikit, hehe
AbgZan
Sejak kebelakangan ni macam macam rumor mengatakan kerajaan akan menarik subsidi minyak. Ada yang kata harga akan mencecah RM3 hingga RM4 se liter. Ada pula golongan yang argue mengatakan kalau subsidi minyak dihapuskan, tax kereta import juga patut dihapuskan, kerana tax tersebut dianggap sbg subsidi rakyat kepada PROTON, untuk membantu PROTON, kereta buatan Malaysia...

Masalah yang ketara jikalau harga minyak naik, kita semua sudah sedia maklum. Bila harga minyak naik, memang sah-sah, harga barang2 akan naik melampau. Bukan sebab apa, tapi sbb peruncit-peruncit, kedai2 semua ambil kesempatan utk kaut untung. Padahal, harga minyak naik, kos pengangkutan aja yang naik, effectnya besar, tapi tak la sampai "TERLALU BESAR"....

Ada juga golongan yang menyokong kenaikan harga minyak, bagi menaik taraf Malaysia menjadi negara bertaraf hidup tinggi dan maju....

Apa pun pendapat kalian, kerajaan telah membatalkan niat untuk menarik balik atau penstrukturan semuala subsidi minyak...mari kita baca artikel ringkas Utusan di bawah:


Penstrukturan semula sistem subsidi petroleum dibatalkan
04/03/2010 1:18pm


PUTRAJAYA 4 Feb. - Kerajaan hari ini membatalkan rancangan pelaksanaan penstrukturan semula sistem subsidi petroleum, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob. - Utusan



Ada komen tak? Komen sini ok...
Labels: , , 1 comments | edit post