Tapi, kalau interest rate naik, selalunya COUNTER BANKING akan naik... bergantung kepada "how much" banking naik...kalau melonjak byk, maka mungkin effect BSKL, bskl pon akan turut melonjak....
Tapi tu semua short term aja laa...
Kalau difikirkan dari segi long term pulak....kalau interest rate naik...ianyer tak lain tak bukan , disbbkan keyakinan BANK NEGARA MALAYSIA dgn ekonomi Malaysia...bermaksud ekonomi telah stabil, sbb tu interest rate dia dinaikkan....so apabila BNM kata begitu, ia merupakan good news, menunjukkan ekonomi sedang bagus...so mngkin merangsang pasaran....
As of this morning, market dibukak naik lebih kurang 12 mata, kepada 1295...dirangsang oleh kenaikan CIMB, Maybank dan Public Bank, yang over excited dgn kenaikkan tersebut...
on the other side, kenaikan OPR ni akan memberi impak negative kepada OIL n GAS and PROPERTIES sector...sbb diorg yang buat pinjaman utk beli tanah misalnya...so properties sector akan menurun...
wallahu'alam
untuk mengelakkan berlakunya kelembapan ekonomi yang sangat buruk.OPR naik kepada 2.25 peratus (source: Utusan)
KUALA LUMPUR 4 Mac -
Seperti mana yang dijangkakan, Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia
(BNM) hari ini memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada
2.25 peratus.Ia merupakan kenaikan sebanyak 0.25 peratus daripada paras
sebelumnya 2.00 peratus.
Kadar terendah dan tertinggi koridor OPR turut
dinaikkan masing-masing kepada dua peratus dan 2.50 peratus.
Gabenor
BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz sebelum ini telah memberikan bayangan beberapa
kali pada awal tahun ini, bahawa kadar faedah yang rendah boleh memberi risiko
ketidakseimbangan dalam kewangan, sekali gus menjejaskan proses pemulihan
ekonomi negara.
Menurut beliau, sebarang pelarasan dalam kadar faedah
adalah untuk mencapai tahap biasa dan bukan mengetatkan dasar.
Utusan
Malaysia pada 23 Februari lalu melaporkan BNM dijangka akan mengumumkan kenaikan
OPR dalam jangka masa terdekat.
Pada tahun lalu, kebanyakan penganalisis
tempatan berpendapat BNM hanya akan menaikkan menaikkan OPR menjelang separuh
pertama tahun ini selepas mengambil kira keadaan ekonomi global khususnya
negara-negara maju yang masih tidak stabil.
Malah, menurut mereka,
peningkatan jumlah pengangguran di Amerika Syarikat dikhuatiri menjejaskan
proses pemulihan ekonomi kuasa besar itu.
Bank Pusat itu dalam kenyataan
penjelasannya di sini berkata, pemulihan dalam ekonomi global semakin
menggalakkan berikutan sokongan dasar yang berterusan dan keadaan kewangan yang
bertambah baik.
Menurutnya, aktiviti ekonomi dalam ekonomi-ekonomi maju
telah meningkat, meskipun pertumbuhan dijangka kekal sederhana.
Walau
bagaimanapun, ekonomi-ekonomi pasaran yang sedang pesat membangun mencatat
pemulihan yang lebih kukuh.
Ekonomi-ekonomi serantau, khususnya,
berkembang dengan kukuh pada suku keempat 2009 dan momentum pertumbuhan dijangka
berterusan.
Bagi ekonomi dalam negeri, prestasi pertumbuhan yang lebih
kukuh pada suku keempat 2009 mengesahkan bahawa pemulihan ekonomi adalah mantap.
''Melangkah ke hadapan, pertumbuhan dijangka terus bertambah kukuh dan
disokong oleh permintaan dalam negeri dan peningkatan yang berterusan dalam
permintaan luar terutama dari ekonomi serantau,'' katanya.
BNM berkata,
sebagai mencerminkan keadaan ekonomi semasa dan pelarasan yang mungkin dibuat
terhadap harga ditadbir, paras harga akan meningkat secara beransur-ansur
sepanjang tahun ini.
Meskipun faktor luaran, termasuk kenaikan harga
komoditi dan bahan makanan global, dijangka menyebabkan tekanan menaik terhadap
harga dalam negeri, inflasi bagi tahun ini dijangka terus sederhana.
BNM telah menurunkan OPR ke paras terendah dalam sejarahnya pada 2009 kepada dua
peratus sebagai langkah utama
Takkan baca aja kawan2, komen la sikit, hehe