AbgZan
Mula-mula sekali, call warrant ni, kalau nak trade anda kena perhatikan 4 benda:

1) Berapakah exercise pricenye
2) Mother share price?
3) Ratio
4) Expiry date

Call warrant adalah terlalu risiko. Kerana expirynyer terlalu cepat, biasanya 6 bulan atau setahun....Baik warrant, mahupun call warrant, harganya akan bergerak sejajar dgn "fair value". Fair value dikira, dengn:

(MOTHER SHARE - EXE PRICE) / ratio

Contohnya, katakanlah anda mau trade call warrant TM, katakanlah harga TM skrg 3.32, tapi exercise price adalah 2.69, ratio adalah 6....maka:

value = (3.32 - 2.69)/6 = 0.105 ...so harga valuenya adalah 0.105....kalau TM jatuh kepada 2.60....valunyer adalah (2.60- 2.69) / 6 = -0.015...NEGATIVE???? maksudnya TAKDAK VALUE...

Dan kalau anda duk tunggu aja, tapi MOTHER SHARE turun dan tak naik2, dan, kalau anda tunggu sampai expired....maka selepas expire, bergantung kepada call warrant tu...ada yg settle dgn CASH SETTLEMENT, di mana, bank akan bayar anda based on value tadi tu....maka rugilah anda....sbb anda beli dgn harga amat tinggi....

Ada jugak yg boleh diconvert kepada mother share....

Tapi yg bestnyer...kalau mak dia naik gila2 kepada 4.00...mencanak2 la TM-CI anda naik....tapi tu kalau "MENGHARAP" laa...(4.00-2.69)/6=0.218

Walaubagaimanapun, Saya amat2 tak advice u main CALL WARRANT...WARRANT ok lagi, sbb expirenyer lama, ada yg 5 thn, ada yg 10 thn, di mana harga MOTHER mampu naik dlm masa 5-10 thn...dan harga warrant biasanya LEBIH TINGGI dari FAIR VALUE....

Kesimpulannnya, call warrant atau even warrant, dia bergerak ikut emaknye....tapi lagi laju gearnyer....

paham tak agaknya? ke too teknikal?hehe...

Any comment guys? Pertnyaan?
2 Responses
  1. albab nobita Says:

    apa itu ratio?
    mcmne nk tgok ratio?


  2. Anonymous Says:

    Ratio = Conversion Ratio

    Ada pada info warrant itu.