AbgZan
Sejak kebelakangan ni macam macam rumor mengatakan kerajaan akan menarik subsidi minyak. Ada yang kata harga akan mencecah RM3 hingga RM4 se liter. Ada pula golongan yang argue mengatakan kalau subsidi minyak dihapuskan, tax kereta import juga patut dihapuskan, kerana tax tersebut dianggap sbg subsidi rakyat kepada PROTON, untuk membantu PROTON, kereta buatan Malaysia...

Masalah yang ketara jikalau harga minyak naik, kita semua sudah sedia maklum. Bila harga minyak naik, memang sah-sah, harga barang2 akan naik melampau. Bukan sebab apa, tapi sbb peruncit-peruncit, kedai2 semua ambil kesempatan utk kaut untung. Padahal, harga minyak naik, kos pengangkutan aja yang naik, effectnya besar, tapi tak la sampai "TERLALU BESAR"....

Ada juga golongan yang menyokong kenaikan harga minyak, bagi menaik taraf Malaysia menjadi negara bertaraf hidup tinggi dan maju....

Apa pun pendapat kalian, kerajaan telah membatalkan niat untuk menarik balik atau penstrukturan semuala subsidi minyak...mari kita baca artikel ringkas Utusan di bawah:


Penstrukturan semula sistem subsidi petroleum dibatalkan
04/03/2010 1:18pm


PUTRAJAYA 4 Feb. - Kerajaan hari ini membatalkan rancangan pelaksanaan penstrukturan semula sistem subsidi petroleum, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob. - Utusan



Ada komen tak? Komen sini ok...
Labels: , , edit post
1 Response
  1. Halim Says:

    Maksudnya, tax kereta takkan diturunkan la yer? macam tuh la kot nampak gayanyer