Berita terkini yg hangat diperkatakan adalah Ananda Krishnan org kedua terkaya di Malaysia (bersaing dengan Robert Kuok, kadang2 pernah no.1), telah umum untuk beli saham Astro seluruhnya, dan jadikannya private, seterusnya, dikeluarkan dari Bursa Saham Kuala Lumpur....
Pengumumannya itu, menyebabkan saham Astro melonjak naik about 20% harini...pergh dari RM3.56 kepada RM4.24.... bermakna, sapa beli 10lot saham (10000 unit), valuenyer bertambah dari RM35,600 kepada RM42,400...
Saham MEASAT pon naik gila nyer harini, dari 2.65 kepada 2.86...., MEASAT sebenarnyer dah melonjak naik sejak Isnin lalu sampai la harini (Khamis) 4 hari berturut2 bermula dari RM2.00....kenaikan MEASAT tersebut seperti diorg dah jangka, atau mungkin melalui buah mulut, atau insider info, atau maklumat orang2 management....
untung org2 kerja MEASAT yg sudah tentu sudah dapat maklumat ini terlebih awal....kalau beli 100 lot pada harga RM2.00 hari Isnin lalu, modal RM200k (pinjam Ah long, atau pinjam Bank loan), harini sudah jual pada harga RM2.80, sudah dapat RM280k, untung RM80k, hehe....
Ok skrg apa effect kepada rakyat??? Gua menjangkakan, ASTRO mungkin akan menaikkan harga service....sbb kekuasaan dimonopoli...kalau skrg bayar RM70-RM100, tak mustahil harga akan dinaikkan kepada RM120-RM200....
Alamat aii....apa boleh buek...harap2 Ananda baik hati orgnyer..mana tau dia nak turunkan harga ke, hehe....
ANy komen kawan2? Selamba je komen, apa mau malu?

Ananda kuasai 100% Astro
Oleh Cynthia Yeoh
Ibu pejabat Astro All Asia Network Plc.
--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 17 Mac - Spekulasi yang kedengaran sebelum ini,
ternyata benar. Orang kedua terkaya di Malaysia, T. Ananda Krishnan hari ini
mengumumkan cadangannya untuk menjadikan Astro All Asia Networks Plc (AAAN)
sebuah syarikat milik persendirian.
Ananda melalui syarikat yang
ditubuhkan khas, Astro Holdings Sdn. Bhd. menawarkan untuk membeli kesemua saham
AAAN pada harga RM4.30 sesaham atau keseluruhannya RM8.5 bilion secara tunai.
Astro Holdings dimiliki oleh pemegang saham utamanya, Usaha Tegas Sdn.
Bhd. dan Khazanah Nasional Bhd. serta Bumiputra Foundations, kesemua secara
terkumpul memegang 72.9 peratus saham dalam AAAN.
Usaha Tegas milik
Ananda menguasai 57.6 peratus ekuiti kepentingan di dalam Astro Holdings.
Berdasarkan harga tawaran tersebut, AAAN diberikan nilai sehingga RM8.5
bilion manakala saham minoriti pula diberikan sehingga RM2.4 bilion.
Harga tawaran itu mewakili premium 24 peratus daripada harga tutup urus
niaga saham AAAN iaitu RM3.48 pada 12 Mac lalu dan ia juga mewakili premium 28
peratus ke atas jumlah purata wajaran harga saham RM3.35 bagi tempoh enam bulan
lalu sehingga pada 12 Mac lalu.
Pengerusinya AAAN, Datuk Badri Masri
berkata, cadangan yang diutarakan oleh Astro Holdings semata-mata aktiviti
korporat yang membabitkan pemegang saham.
"Justeru itu, kami tidak
menjangka sebarang perubahan serta merta dengan operasi syarikat yang sedang
dilaksanakan," katanya selepas pengumuman AAAN dijadikan syarikat persendirian
atau diswastakan.
AAAN dijangka dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia
pada pertengahan Jun ini.
Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri
Nazir Razak berkata, penswastaan tersebut mampu mengoptimumkan struktur modal
bagi tujuan pengembangan operasi AAAN secara domestik dan antarabangsa.
Ini kerana katanya, ia mewujudkan pemegangan saham dan struktur operasi
lebih kondusif untuk menyokong keperluan perbelanjaan modal (capex) besar bagi
tempoh yang lama.
"Dijangka perkembangan itu melibatkan pelaburan antara
RM3 bilion hingga RM3.5 bilion yang akan dibahagikan sama rata untuk pertumbuhan
tempatan dan luar negara untuk beberapa tahun akan datang," jelasnya.
Beliau juga berkata, penswastaan itu juga tepat pada masa berikutan
evolusi perniagaan AAAN.
"Kami yakin tawaran ini memberikan pelabur
minoriti harga menarik tanpa tertakluk kepada risiko fasa pertumbuhan syarikat.
"Ini adalah kerjasama menarik antara syarikat pelaburan milik kerajaan
(GLIC) dan sektor swasta untuk melabur secara bersama-sama dan membangunkan
peneraju syarikat media bersepadu serantau selaras dengan matlamat kebangsaan
untuk industri ini," ujarnya.
CIMB Investment Bank Bhd. dilantik menjadi
penasihat kepada Astro Holdings manakala Kadir Andri & Partners, RHB
Investment Bank Bhd. dan UBS Securities Malaysia Sdn. Bhd. pula sebagai
penasihat kepada AAAN.
Lembaga juga telah melantik Public Investment
Bank Bhd. dan JP Morgan Securities (Malaysia) Sdn. Bhd. sebagai penasihat
kewangan bebas.
ANy komen kawan2? Selamba je komen, apa mau malu?
kalau beli 100 lot pada harga RM2.00 hari Isnin lalu, modal RM200k (pinjam Ah long, atau pinjam Bank loan),harini sudah jual pada harga RM2.80, sudah dapat RM280k, untung RM80k, hehe....)--> salam saudara,sy disini ingin sekali bertnya atau dgn kata mudah nya meminta pandangan peribadi saudara. berkenaan memimjam utk melabur,apa pndgn saudara?? sbb bg pendpt sy la,kalau kita pinjam 20k,mau2 kita kena charge dr bank kan. sure charge tu byk dr amaun yg kita pinjam..so apa pndngan saudara berkenaan itu? terima kasih jika sudi memberi pendpt.
Ananda akan buat macam dia buat kat Maxis. Dia keluarkan Maxis (go private) dari KLSE, tak lama lepas tu senaraikan balik. Itu cara Ananada banyak untung ooo.
Sepatutnya tak boleh keluarkan dan senaraikan balik sesuka hati. Perlu ada tempoh masa yang panjang untuk senaraikan balik kalau dah dikeluarkan dan syarat yang ketat.
Tunggulah, Ananda akan buat benda yang sama kat Astro.
Kalau nak disenaraikan sebagai orang terkaya, cuba-cubalah buat macam Ananda.
Dunia Capitalist, kawan.