AbgZan
Salam all,
Dah lama betul tak update blog, busy dgn kerja...

Anyway, harini gua nak sentuh sikit ttg harga minyak dunia...sblm ni gua ada mentioned dlm previous post (http://kakilabur.blogspot.com/2010/02/oil-rises-again-towards-80-per-barrel.html ) bahawa harga minyak akan terus naik...gua ada mentioned bahawa, resistance pertama pada USD80, diikuti USD82....then USD85 diikuti USD90...lepas tu USd100....

Skg ni kita tgk USD85 dah dengan jayanya ditembusi. Harga minyak bergelegar sekitar USD85-USD87 utk sekurang-kurangnya seminggu hingga 2 minggu...ini bermakna uptrend akan terus berlaku dlm harga minyak...kalau breakout USD90 berlaku, USD100 menyusul..kalau benteng USD100 jugak berjaya ditembusi....alamat pergi balik ke paras USD148 dan seterusnya USD200....

Persoalannnya bilkah ia akan berlaku? We never know...maybe thn ni....atau thn 2011....tapi gua rasa by end of year USD120 will be on track...

Apakah puncanya kenaikan harga minyak ni? Tu antara soalan yg mungkin ditanya....ada 3 sebab utama:

1) Demand yang tinggi, supply kurang...selalunya kalau berlaku perang ke atas negara-negara pengeluar utama, harga minyak akan melambung la...sbb tu saya harap US tak perang dgn Iran....bahaya oo....bukan saja harga minyak akan naik, tapi juga ekonomi dunia sure akan menjunam...not to mention perang nuklear, yg impaknya amat teruk..

2) dimanipulasi oleh sindiket...seperti yg berlaku sblm ni,di mana ia naik terus menerus sampai USD148 per barrel...lepas tu terus menjunam ke paras about USD36 per tong, and now USD86 per tong....tak ke volatile tu??? siapa lagi kalau bukan kerja2 puak yahudi yang mempermain2kan ekonomi dunia....mereka banyak duit...senang control harga....

3) ekonomi dunia sudah pulih...antara sebabnya jugak kenapa harga minyak menjunam dari USD148 kepada USD36 pada 2008, adalah disbbakan ekonomi dunia yang merosot....so what?? bila ekonomi dunia merosot, kilang-kilang, manufacturer2, dan lain2 akan kurang production sbb demand kurang...so, penggunaaan minyak kurang. Maka demand minyak kurang, so harga pon menuruun...tapi skrg ekonomi dunia sudah naik, maka sbb tu harga minyak pon turut naik....nak senang citer, harga minyak agak sejajar dengan ekonomi....TAPI TAK SEMESTINYA....di mana apabila harga minyak dah naik tinggi sgt, ekonomi pulak akan menurun balik, sbb kenaikan minyak affect harga barang2, harga kos, etc.....benda ni agak complicated....hehe....

Apa pun, gua rasa sblm 2nd Half of 2010, harga minyak akan cecah USD96-USd98 per barrel.....that is my target...

Apa patut kita sbg org kebanyakan boleh buat? tak byk boleh kita buat..

1) kumpul minyak dlm tong besar, sblm harga minyak naik
2) beli stok saham minyak...kalau kat BSKL boleh beli SAPCRES, DIALOG, Tanjung Offshore, Kencana, Dayang,Deleum, Saag, Perisai, KNM, Shell, Petdag dan sebagainya....hehe....

Wallahu'alam....

Takkan baca aja kawan2,komen ler sikit, hehe
5 Responses
  1. Trader kacak Says:

    salam..

    bro ada pertanyaan la bukan nak komen.. maklum la orang baru nak main share. nak tanya pasal KNM.. 2hari ni jatuh sbb news tempoh hari.. adakah die akan naik balik dengan kenaikan harga minyak ni? bole beli ke waktu sekarang?


  2. AbgZan Says:

    KNM ni skrg ni ada pressure selling...sejak news take over aritu...lepas tu announce baru2 ni, KNM revenue dah berkurang significantly....lepas tu, daripada nak takeover padaharga RM0.90, dah dikurangkan, kalau tak silap dlm rangeRM0.60-RM0.70....sungguh menghampakan....

    Baru2 ni pulak,bad news dgn Goldman Sachs....nak beli skrg?? i think kalau nak beli, paling2 pon, tgk berapa byk dia akan turun Isnin nanti...i think maybe dia akan turun bawah RM0.60, silap2 dlm range RM0.50-0.55...kalau berani beli ler....quite risky though....


  3. botak Says:

    salam..
    bro nk tny sikit ni..
    kalau berkaitan dgn saham2 ni kn, especially for beginer yg sangat baru dalam bidang ni,kt mana dan mcm mane nk kitorang boleh paham dgn mudah?setakat ni sy baru faham basic naik turun emas je.kalau dah masuk stock market,ade cadangan ape2 web @ artikel utk dibace x?


  4. AbgZan Says:

    1) cuba try godek2 my blog ni, byk i ada citer ttg saham....tinggal nak godek aja, hehe...

    2) leh baca forum2, byk ada perbincangan...

    3) leh baca percuma kat MPH atau Kinokuniya, atau mana2 kedai2 buku yg kasi baca free, hehe....:)


  5. botak Says:

    haha..
    ces..
    nk suruh org ramai santap blog dia lama2 lah tu..
    k2 nt sy usha laa lg kalau sempat..
    thanx bro