Ada 3 perkara mengapa pelabur luar negara patut melabur di dalam Malaysia:
1) Ekonomi Malaysia yang membangun dari masa ke semasa, adalah much better than ekonomi US, UK mahupun Eropah yang merupakan negara maju, tapi mengalami kemorosotan.
2) Stock Market Malaysia (BSKL) masih murah berbanding negara-negara lain.
3) Nilai Ringgit Malaysia (RM) yang menaik juga menarik pelabur...
Oleh itu, sapa yang melabur kat dalam Malaysia akan untung 2 kali, pertama keuntungan bisnes atau pelaburan, kedua nilai Ringgit yang menaik....
Atas dasar tu, maka ramai pelabur akan masuk ke Malaysia. Apabila ramai pelabur masuk Malaysia untuk melabur, mereka akan bawa matawang asing masuk ke Malaysia, dan membeli Ringgit Malaysia. Maka demand akan naik. Maka naik lagi la nilai RM.
Malaysia menjangka nilai RM akan menaik kepada 1USD=RM3.00 sebelum hujung tahun. Gua rasa ia satu angkat yang munasabah...
Berikut kulampirkan berita dari Utusan:
Ringgit: RM3 setiap AS$1 akhir tahun
KUALA LUMPUR 15 April - Ringgit dijangka terus mengukuh dan meningkat kepada RM3.00 bagi setiap
dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini.
Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Zakariah Abdul Rashid berkata, peningkatan mata wang negara itu adalah seiring dengan mata wang lain di rantau ini termasuk yuan.
''Ringgit dijangka bergerak selari dengan pertumbuhan ekonomi,'' katanya ketika ditemui selepas taklimat Ekonomi Korporat ke-15 di sini hari ini.
Mata wang tempatan itu pernah mencapai
paras tertinggi pada kadar RM3.18 berbanding dolar AS kira-kira dua tahun lalu.
Ringgit didagangkan lebih tinggi pada awal dagangan hari ini kepada
RM3.1890 berbanding RM3.1990 ketika penutup semalam.
Mengulas lanjut Dr. Zakariah berkata, pengukuhan ringgit dijangka menarik lebih banyak pelabur asing ke dalam negara, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi domestik.
Kemasukan pelabur asing bakal memberi banyak peluang ekonomi termasuk
pekerjaan, peningkatan pengeluaran dan nilai tambah.
''Perkembangan ini akan mendorong lebih banyak nilai tambah dalam ekonomi dan ia baik untuk rakyat Malaysia,'' katanya.
Pada masa yang sama Dr. Zakariah berkata, secara
teorinya, peningkatan nilai ringgit memberi kesan negatif jika perdagangan
dilakukan menggunakan mata wang tempatan tetapi kebanyakan urus niaga eksport
dan import kini adalah berasaskan dolar AS.
Bagi komen sikit ok kawan2
teori demand and supply memang mempengaruhi kenaikan nilai RM ke?
sama mcm kejatuhan nilai USD sbb money injection tahun 2008 dlu?
teori "demand adn supply" tu memang memberi pengaruh besar ke kt nilai RM??
kenapa money injection thn 2008 dlu x berapa menjatuhkan nilai USD sgt?
dlm semua benda memang demand and supply main peranan...lebih2 lagi dlm market yg terdedah kepada online jual beli...stock market ke, forex ke...makin ramai org beli, harga akan naik...makin ramai org jual, harga akan jatuh :)...
abgzan, which currencies shud we keep&hold for now?
Anonymoous: If we have option to buy, we should buy Ringgit and hold for now....
But...erkk..we already in Malaysia and already holding Ringgit...erk...so what currency should we hold now if we want to buy?
Honestly, comparing to Major Currency like USD, Euro and Pound, or even Japanese Yen, RM is the strongest among all of those....so I dont think it is good idea to buy now, as Ringgit is getting stronger and stronger...
Tapi kalau u insist nak buy jugak, USD would be the 2nd choice (after RM) because many international transactions including oil is utilizing Usd...even China is keeping USD as one of their reserves...so camana lemah sekalipon USD, mereka akan make sure USD naik balik....
wallahu'alam..
ok thnx so much ya :)