AbgZan
Berapa target kita untuk bersara? Maksud saya berapa wang simpanan atau harta yg kita ada sblm kita bersara? RM200k? RM300k?

Atau soalan lain, siapa target nak jadi jutawan? Sblm umur berapa thn? Semua org ingin jadi jutawan semasa umur muda...untuk mengejar impian masing2....

Tapi tercapaikah cita-cita tersebut? Ok,mari kita baca petikan dari Utusan di bawah,jgn terkejut ya....


Perlu RM1 juta untuk bersara (utusan)

Rakyat Malaysia memerlukan
simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta untuk memastikan kehidupan yang selesa
selepas bersara, kata Pengarah Kanan Hubungan Pelanggan ReMark Malaysia,
Sasitharan Krishnan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan di kalangan
sebilangan besar pesara di negara ini, katanya, ramai yang tidak dapat mencapai
jumlah simpanan yang sepatutnya dan ini menyebabkan mereka terpaksa mencari
kerja walau pun selepas bersara.

Kegagalan membuat simpanan mencukupi,
katanya, adalah disebabkan kerana mereka tidak merancang kewangan lebih awal dan
tiada sikap disiplin dalam menabung.
Kajian itu, menurutnya, turut
menunjukkan bahawa simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang
dikumpul bertahun-tahun lamanya hanya mampu bertahan dalam tempoh tiga tahun
sahaja.

"Keadaan ini amat membimbangkan. Dengan ini, saya menyarankan
agar kerajaan menimbangkan semula cadangan usia persaraan 55 tahun kepada 65
tahun,” katanya ketika ditemui selepas Seminar Perancangan Kewangan yang
diadakan di sini sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010.

Menurutnya, usia persaraan 55 tahun adalah terlalu awal untuk rakyat
Malaysia memandangkan usia itu dianggap masih belum matang berbanding di Eropah
dan Jepun yang mengamalkan pencen pada usia 65 tahun...


Any comment?
Labels: , , edit post
1 Response
  1. kitatauke Says:

    salam perkenalan....
    dengan keadaan skg ni....semua barang naik...nak menyimpan pun susah...