AbgZan
Assalamualaikum,

Nampaknya sekarang ni business news banyak yang memperkatakan tentang gold. "Gold soars to a record high". Semalam emas cecah $1060 per ounce before it eased to $1050 per ounce.

Persoalannya sekarang, adakah Malaysia investors mendapat keuntungan daripada kenaikan harga emas ini?

Apakah yang sebenarnya berlaku sekarang?

Kenapa kenaikan emas ni begitu mendadak?

Ke manakah hala tuju seterusnya?

Bertalu-talu soalan yang mungkin ramai tanya. Terus terang saya katakan, buat masa ni, pelabur-pelabur Malaysia yang beli emas beberapa minggu lepas, mungkin tak merasa sangat faedah dari kenaikan ini. Mengapa begitu?

Sebab, punca utama kenaikan emas yang mendadak ini adalah kerana penurunan nilai Dollar yang mendadak. Jadi kenapa? Apa kaitannya?

Kaitannya adalah, apabila nilai Dollar turun mendadak, harga emas yang terkenal sebagai "kalis inflasi" for sure akan mengekalkan nilainya. Jadi, sejajar dengan penilaian turun Dollar di mata dunia, kalau harga emas maintain, maka secara tak langsung turun la nilai emas. So, utk mengelakkan benda tu berlaku, harga emas "MESTI" kena naik. Itu secara "common sense"nya.

Jadi pelabur2 bijak, pelabur2 jerung, pelabur2 yahudi yang kaya raya, dan pelabur2 berpengalaman, yang mengetahui the fact that the Dollar decrease, for sure akan beli emas. Itu semua basic bagi pelabur-pelabur, tak kira pelabur Stock market ke, trader-trader forex ke, mahupon pelabur2 emas. Semua pelabur kena tahu 2 perkara:

1) Ilmu technical analysis
2) Ilmu fundamental - yang berkaitan dengan news, isu-isu semasa dan sebagainya

Selalunya news dan isu2 semasa, membawa impak yang besar kepada pergerakan sesuatu market di mana, sesuatu news yang besar, mampu membawa KENAIKAN MENDADAK atau PENURUNAN MENJUNAM sesuatu pasaran (baik forex, mahupun stock market atau emas, etc).

Jadi berbalik kepada harga emas tadi, apabila nilai dollar sambung jatuh, maka apa yang berlaku, pelabur2 bijak akan beli emas, kerana mereka tahu, emas "FOR SURE" akan naik. Kedua, pelabur2 long term pula, yang mungkin tidak tahu apa2 tentang ilmu teknikal dan fundamental juga akan beli emas. Mengapa? Sebab, apabila nilai dollar jatuh, emas la satu komoditi yang sukar untuk jatuh. Dan emas la satu benda yang, bila inflasi berlaku, kalau kita nak "lock" value harta kita, selalu kita beli emas....

Maka, apabila semua orang berpusu-pusu beli emas, maka harga emas akan naik for sure. Kenapa? Again, Economy 101, kita kena refer kepada Supply and Demand. Demand is more than Supply. So akan naik la emas....

Ok, berbalik kepada pelabur Malaysia, kenapa saya cakap pelabur Malaysia tak rasa sangat keuntungan kenaikan emas yang mendadak ini?

Ok, common sense aja benda ni. Di Malaysia kita kira emas selalunya RM/gram. So kita convertla, dari USD/ounce kepada USD/gram. Contohnya sekarang USD1050/ounce, jadi USD33.76/gram.

Dari USD33.76/gram convert ke RM/gram. Tapi bukankah nilai USD dah menurun? Kalau beberapa minggu lepas 1USD=3.52, sekarang, 1USD=RM3. 39. Jadi, disbbkan tu, pelabur Malaysia mungkin tak merasa sgt keuntungan kenaikan harga emas ini. Logik tak tuan-tuan?

Contohnya, kalau kita merujuk harga emas di Maybank, compare semalam dengan harini, adalah "menurun"! Walhal mlm semalam di US, harga emas melonjak mendadak dari USD1042 kepada USD1060.

Tetapi, kalau tuan-tuan puan-puan tanya saya, saya yakin harga emas akan terus mengunjurkan kenaikan kepada USD1100 seterusnya USD1200. Tapi itu ramalan saya, spt yang saya ramalkan dalam episod yang lepas (baca posting lepas2). Tapi tuan-tuan jangan tamak dan tergesa-gesa buat belian. Hati-hatilah membuat pembelian, dan usah beli membuta tuli selepas dengar penjelasan saya. Belilah ikut "kemampuan" dan ikut "kepercayaan" diri sendiri. Sebarang keuntungan tuan puan, anda senyum. Sebarang kerugian, usah tuduh menuduh.

Begitulah ceritanya serba sedikit....Wallahu'alam.
Labels: , , edit post
1 Response
  1. bushwackers Says:

    beli emas ni untung rugi bukan nombor 1. lantak la USD naik ke turun..RM naik ke turun.. yg penting VALUE emas yg kite beli time tuh sama sampai la end of our time. how do you define VALUE? as simple taking example of harga kambing zaman nabi - 1 dinar ..skang pon still lg 1 dinar which ~ Rm460..
    ada jugak yg diperkatakan beli emas ni salah satu hijrah and even ada yg ckp ni merupakan jihad ekonomi... so takyah susah hati la pk untung rugi ke tak..