AbgZan
Baru-baru ni, Dr. Mahathir ada memberi idea, bagaimana untuk memajukan negara, seterusnya menuju Wawasan 2020. Main point dia, adalah untuk memajukan negara, negara kita mesti kaya, dan untuk menjadi kaya, semua pekerja mesti menerima gaji yang tinggi.

Kenapa kena dapat gaji tinggi? Sebab bila gaji tinggi, "kuasa membeli kita tinggi". Bila kuasa membeli kita tingggi, kita akan beli macam-macam barangan di Malaysia ni, yang tidak lain, akan membangunkan industri-industri di Malaysia.

Selain itu, apabila gaji kita tinggi, sumbangan kita tinggi kepada tax. Contohnya, kalau orang gaji RM2k sebulan, tak perlu bayar tax, tapi kalau orang gaji RM10k sebulan, kena bayar tax 10% ke berapa ke, saya pon tak tau, sbb gaji tak sampai situ lagi, masih ciput, hehe....

Good idea kan?? Itu baru contoh sikit aja tu, ada lagi....

Tapi persoalannya sekarang, bagaimana nak "pujuk" syarikat2 kita bekerja supaya bayar gaji tinggi?

Mari kita baca petikan dari akhbar di bawah:


Tukar strategi capai Wawasan 2020 - Dr. M

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Malaysia perlu mengubah strategi pembangunan
dengan mengurangkan pergantungan kepada pelaburan langsung asing (FDI) bagi
mencapai Wawasan 2020, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau mencadangkan Malaysia menjadi sebuah negara yang berkos tinggi
atau sederhana seperti Jepun dan Korea Selatan dengan meningkatkan gaji pekerja
serta membangunkan syarikat-syarikat multinasional tempatan.

''Keadaan
dunia telah berubah dan sudah tiba masanya untuk berhenti bergantung kepada
strategi lama iaitu kepada FDI walaupun ia telah memberi manfaat yang baik
sebelum ini.

''Kerajaan sepatutnya menimbang untuk membangunkan
syarikat-syarikat multinasional tempatan dengan memberikan pinjaman pada kadar
faedah rendah serta mempercepatkan pengeluaran lesen yang akan memberi dua
pendapatan baru kepada negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika
membentangkan kertas kerja bertajuk Melihat Kembali Wawasan 2020, Apa Kemajuan
Selama Ini dan Apa Yang Perlu Dilaksanakan Seterusnya pada Persidangan
Perkhidmatan Awam Ke-14 anjuran Institut Tadbir Awam Negara (Intan) di sini hari
ini.

Dengan strategi baru itu, katanya, kerajaan akan memperoleh
pendapatan daripada pinjaman yang diberikan kepada syarikat-syarikat
multinasional negara dan cukai perniagaan sebanyak 25 peratus apabila syarikat
terbabit mencatatkan keuntungan.

''Wawasan 2020 mungkin tidak akan dapat
dicapai pada tahun 2020 memandangkan negara berhadapan dengan dua krisis
kewangan utama iaitu pada 1997 dan tahun lepas yang menyaksikan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) menurun.

''Wawasan ini hanya akan dapat dicapai
sekiranya kerajaan dapat mengubah strategi bagi merangsang lebih banyak
pertumbuhan ekonomi dengan membina syarikat-syarikat multinasional tempatan yang
mampu membawa keuntungan balik ke Malaysia,'' katanya.

Dr. Mahathir
menjelaskan, cadangan beliau itu merupakan penerusan kepada Dasar Pandang Ke
Timur kerana kerajaan baru melaksanakan sebahagian sahaja dasar tersebut.

Ujar beliau, fasa kedua dasar adalah membangunkan syarikat-syarikat
multinasional negara dengan bantuan kewangan kerajaan.

''Malangnya,
pelaksanaan dasar itu terhenti kerana negara hanya berjaya membangunkan Proton,
Perwaja dan sebuah syarikat simen di Langkawi dengan Proton dan Perwaja sahaja
yang kini masih lagi milik rakyat negara ini, tetapi syarikat simen kini telah
menjadi milik rakyat Perancis.

''Malaysia perlu mencontohi Jepun dan
Korea Selatan yang tidak takut memberi bantuan kepada syarikat-syarikat tempatan
untuk berkembang,'' katanya.

Bercakap kepada pemberita, Dr. Mahathir
menegaskan, cadangan beliau itu tidak bermakna gaji minimum harus dilaksanakan.

Katanya, ramai yang tersalah anggap mengenai cadangan beliau sekiranya
gaji sahaja dinaikkan tetapi perkara lain seperti produktiviti tidak
dipertingkatkan, negara tidak akan mendapat faedah.


Takkan baca aja, tinggalkan la sikit komen di bawah ni, hehe
Labels: , edit post
3 Responses
  1. Nolascqoe Says:

    salam bro...
    aku tak tahu nak komen apa sbb aku bukan org econs... kalau jiwang2 buleh ler hehehhehee


  2. SaoQ Says:

    jadi akan berlaku banyak perubahan la?yang kaya akan jadi semakin kaya dan miskin semakin miskin?
    n then taraf hidup akan jadi sangat tinggi dan akan menyebabkan komplikasi yang lagi truk?pandangan sy sy xberstuju.


  3. Salam sedara SaoQ,

    Saya sudah citer panjang lebar utk posting hari ini...thanks