AbgZan
Semlm Malaysia mengekalkan OPR...ini bermakna BLR (Base Lending Rate) atau KPA (Kadar Pinjaman Asas) jugak kekal pada takuk 5.55% .... maka siapa yg mmbuat loan berdasarkan BLR, maka bayaran anda tidak berubah...

Banyak negara2 lain dah mula menaikkan interest rate...jadi ada yang expect Malaysia akan naikkan rate...tapi analyst kata mungkin maintain....kalau nak naik pon, maybe somtimes after JUNE 2010...

Mari kita baca artikel dipetik dari UTUSAN di bawah:


BNM: OPR dikekal 2 peratus


KUALA LUMPUR 26 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM)
hari ini memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada dua peratus.

Keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC)
mengadakan mesyuaratnya yang pertama bagi tahun ini.

BNM berkata,
meskipun momentum pertumbuhan ekonomi serantau dijangka terus kukuh pada 2010,
masih wujud ketidakpastian mengenai prospek pertumbuhan ekonomi negara-negara
maju.

Ini kerana pertumbuhan terus bergantung pada langkah-langkah
rangsangan dasar dan permintaan sektor swasta yang mapan ketika langkah
pemulihan dan reformasi sistem kewangan sedang dilaksanakan.

Menurut
BNM, dasar monetari akan kekal menyokong pertumbuhan bagi memastikan pemulihan
ekonomi betul-betul kukuh.

Pada masa yang sama, MPC juga menyedari akan
keperluan untuk memastikan pendirian dasar monetari adalah wajar bagi mengelak
ketidakseimbangan kewangan yang mungkin berlaku disebabkan oleh kadar faedah
yang terlalu rendah untuk satu tempoh masa yang lama.

Bagi ekonomi dalam
negeri, petunjuk terkini menunjukkan bahawa prestasi adalah menggalakkan pada
suku keempat 2009.

Perkembangan positif dalam pengeluaran perkilangan,
aktiviti pembiayaan, perdagangan luar dan keadaan pasaran pekerja mengesahkan
penilaian bahawa pemulihan ekonomi kini semakin nyata.

Melangkah ke
hadapan, ekonomi negara dijangka terus berkembang pada tahun ini dengan
pertumbuhan disokong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh, terutamanya
penggunaan swasta, dan juga permintaan luar yang bertambah baik.

Inflasi
turut positif pada bulan Disember.

Perubahan itu sebahagian besarnya
mencerminkan luputnya kesan daripada pelarasan harga runcit bahan api pada tahun
2008.

Kadar kenaikan harga pada tahun 2010 dijangka beransur-ansur,
mencerminkan keadaan ekonomi semasa dan mengambil kira beberapa pelarasan dalam
harga ditadbir.

Sekiranya tidak ada semakan seterusnya terhadap harga
dan tiada kesan pengaruh luar, inflasi dijangka positif, walaupun sederhana pada
tahun 2010, kata BNM.




Komen sikit ye kawan2 :)
Labels: edit post
1 Response
  1. Anonymous Says:

    apa tu blr dan opr?

    dan apa kaitannya dengan inflasi?