AbgZan
Hari ni, semasa kami semua sedang bersiap untuk pergi ke Mydin, Subang, lebih kurang pada pukul 6ptg, dengan tidak semena-mena api terpadam. Pada mulanya ingatkan ada litar pintas ke apa ke, baru nak elokkan balik, rupa2nya satu kawasan Taman Bukit Saga, Seksyen 26, Shah Alam ketiadaan api.

Apa lagi, kitorg call TNB customer service, diorg kata tiada laporan dibuat lagi. Cek punya cek, rupa2nya ada 7 stesen ke pencawang ke apa ke tidak berfungsi. So beberapa kawasan Shah Alam memang tiada api.

Perkara pertama yg kufikirkan, dan of course isteriku pikirkan adalah, tentang susu baby (sumber: susu badan) yang dibekukan di dalam peti ais. Susu yang telah dibekukan tersebut lebih kurang 400 ounces, tak boleh cair, kalau cair, expire la gamaknya....nasib baik lah kitorg ada "Plan B"...

Apakah Plan B tersebut? hehe....

Apa yang kufikirkan adalah meminjam /sewa peti air restoran, hehe...

Tapi isteriku lebih bijak, haahaa..."kita pinjam peti ais office ATSB sekejap" katanya...gua angguk tanda setuju, sambil kagum dengan pemikirannya, haha....

Terus kitorg bersiap untuk membawa kesemua susu beku tersebut ke ATSB utk pinjam peti ais kejap, barang sehari dua, atau 3 hari ke, hehee....banyak faedah kerja ATSB ni, hehe...

Nanti, kalau sempat kuletakkan pictures susu2 tersebut ok...

Lepas tu, terus kami menuju ke Mydin, Subang utk shopping...pergh ramai gile org, berhimpit2, tak putus2...jarang gile tgk org seramai tu di Mydin, Tesco dan Carefour pon kalah....mana taknya, Mydin byk benda yang murah2....

U all yg tinggal di Subang atau Shah Alam, kunjungilah Mydin tu, nanti korang tau la, hehe...tapi mungkin jugak sbb nak bukak sekolah kot...wallahu'alam....

Itulah antara aktiviti kami di Tahun Baru 2010, haha....


Ada komen ke? Komen je kat bawah ni, heehee..
0 Responses