AbgZan
Salam all,
Hari ni saya nak sentuh serba sedikit ttg bab saham....

Ada sesiapa pernah dgr tak ttg counter sindiket? Ada sesiapa pernah dgr ttg UMA? UMA atau nama panjangnya Unusual Market Activity? Ada sesiapa pernah dgr counter saham yg naik mendadak sampai 30% or even 70% atau kadangkala even 200% dlm masa sehari, malah dlm masa beberapa jam, atau beberapa minit...

Kebanyakan daripada counter2 tersebut adalah disebabkan oleh tindakan sindiket2 tertentu....Apakah sindiket? Siapa mereka?

Sindiket ni ada pelbagai jenis, dan pelbagai org...ada yg senyap2, ada yg terang2....

Sindiket terdiri darpada mereka yang berpoket tebal...

Selalunyer counter2 tertentu naik disbbkan oleh 4 golongan:

1) Gomen cucuk duit, melalui Khazanah ke, EPF ke, ASW ke, dan sebagainya...
2) Warga asing yang berpoket POUND, USD, EURO, etc....
3) Unit Trust Fund Manager ....
4) Sindiket : orang kebanyakan yg banyak duit...

SElalunya golongan 1, 2, dan 3 hanya akan target counter2 blue chip, dan counter2 mahal, spt SIME, TENAGA, TM, AXIATA, DIGI, etc....

Tapi golongan 4, iaitu sindiket mereka target counter2 murah, yg berharga 10sen, 20 sen, 60sen, atau counter2 bawah RM3....

Bagaimana mereka main....?

Mereka ada group2 diorg, mereka kumpul dana, berjumlah juta2 Ringgit...dan mereka akan beli siap2 pada harga rendah counter yang mereka mau "goreng"....

Bila dah cukup mereka kumpul...mereka akan mula beli dan beli dan push up harga sampai mendadak naik....sampai jadi top volume selalunya....bila sudah naik cukup sampai buat mereka puas hati, mereka akan mula jual sikit2....tapi mereka jual sikit2 tu, time tu la, peniaga2 runcit iaitu org2 kebanyakan macam kita semua ni mula terhegeh2 nak kejar counter tersebut....masa kita dok kejar dan beli, time tu diorg jual sikit2....sampai diorg abis jual...dan harga mula turun balik....kadangkala turun pada harga asal, kadangkala turun lebih rendah dari harga asal, tetapi ada juga yg turun , tapi masih lebih tinggi dari harga asal....

Kadang2, mereka buat gorengan kedua, mungkin seminggu dua selepas itu....


Persoalannya skrg untungkah kalau kita main?



Kepada yg tak pernah main saham dan masih keliru, saya bg contoh....katakan satu unit saham A berharga RM1, kalau anda beli 1000 unit, bermakna anda beli berjumlah RM1000. Kalau saham tersebut naik kepada RM1.46, bermakna, value unit anda adalah RM1460...paham tak agak2nya...


Esok saya akan listkan beberapa counter gorengan yang pernah saya join, dan juga yg saya tak berani join, tapi hanya tonton kseronokan, haha....






Ada komen? Komen di sini ok...
Labels: , , edit post
8 Responses
  1. Halim Says:

    Menarik info Abgzan ni.Suka saya baca. Cepat2 post utk esok k.


  2. AbgZan Says:

    tq bro....EN Halim ni dari mana ye? kerja mana? cepatnya baca blog saya?


  3. pak wan Says:

    good entry... Teruja nk baca sambungan dia ;) ...


  4. Anonymous Says:

    adakah ini yang berlaku pada saham Hohup dari 0.40 naik sampai 1.90 then turun 1.50. adakah disebabkan oleh sindiket. mcm mana nak tau this sindeket mula goreng supaya boleh kita join sama masa harga murah?

    satu lagi nak tanya adakah berbaloi beli saham SAAG sekarang dalam haraga 0.17 - 0.19? kalau ikut history lepas2 saham ini pernah cecah sam pai lebih 3.00.
    boleh share the info


  5. igmie Says:

    askum, saya antara peminat blog Abg Zan. Banyak juga maklumat yg diperelohi terutamanya saya orang baru dalam bidang ini. boleh saya dapatkan e-mail untuk bertukar pendapat (igmie-rawang)


  6. kambingselam Says:

    gd info abg zan... blog abg zan mesti sy baca daily.. :D


  7. AbgZan Says:

    Salaam igmie and kambingselam,

    THanks for ur compliment....for anything just leave ur email here...thanks :)


  8. Unknown Says:

    Info ni agak luarbiasa,genius,bijak,cemerlang,terbilang,dh confirm jutawan,,,,