AbgZan
Semalam aku pergi interview kerja, 2 interview sekali gus dalam masa satu hari....penat jugak dibuatnya..

Tak pernah-pernah aku diinterview 2 kali dalam sehari, melainkan oleh syarikat yang sama, iaitu syarikat Schlumberger pada Ogos 2008.... session pertama pada sebelah pagi, session peringkat kedua pada sebelah petang, setelah melepasi peringkat pertama.... tapi aku tak berjaya dapat time tu, frust pon ada, hehe....

Sebenarnya banyak aku diinterview oleh syarikat oil and gas....sebelum Schlumberger, kalau tak silap dalam bulan Julai 2008, aku pergi interview Sapura Crest.... rasa macam boleh dapat, tapi bila dah nak habis tu, aku pergi bagi tahu kat depa, aku ada contractual bond selama setahun (April 2008 - APril 2009....so mungkin disbbkan tu, aku tak dpt Sapcrest....pastu aku balik aja dari interview tu, time nak bukak pintu gate, Petronas call pulak...utk interview following week...
tapi tak dpt....

Tahun berikutnya, iaitu Februari 2009, Petronas panggil interview lagi, bulan April aku dapat panggilan telefon Petronas nak offer aku jawatan contract...excited jugak aku.... tapi tunggu punya tunggu, tak dpt2 letter offer...bila aku call HR, depa kata, Vice President / CFO Petronas tak luluskan.... sbb depa takmo hire contract....sigh...

Lepas tu, senyap selama 2 thn, aku tak minta kerja, rilek...hehe....

Semalam aku interview oleh 2 syarikat Oil and Gas... di sebelah pagi, syarikat pertama head quarters dia kat Shah Alam, tapi interviewnya di KL.... syarikat kedua, di sebelah petang, syarikatnya di Shah Alam.... dan aku duduk Shah Alam... alhamdulillah aku duduk di kawasan yang terletaknya banyak kilang, hehe....

Nak tau apa nama company aku interview semalam? Tak perlu tau kot, sbb baru interview aja pon, belum tentu dapat....kalau ada rezeki dapat ler, insyaAllah.... tapi kalau korang nak tau, nama company tu:

1) Shapa....
2) Pet.... Boi....

Tu nama 2 company aku pergi interview smlm....hari ni ikutkan aku ada satu lagi interview, tapi aku minta postpone, kpd minggu depan... nama company tu : Ne...... (location di Shah Alam)...hehe....

Wish me luck k guys :)

Dapat teka tak? hehe... atau maybe ada yang kerja di sana? hehe...
AbgZan
Baru-baru ni aku ada dengar dalam radio Fly Fm, ada perbincangan tentang pendapatan income banyak yang bergantung kepada rupa...

Seorang DJ ni cakap, dia ada baca kajian mengatakan mereka yang rupa lebih cun, atau lebih cantik, lebih jelita, lebih hensem, pendapatan seumur hidup boleh dapat extra RM200k ke atau USD200k ke macam tu, aku pon ingat2 lupa...

Tapi banyak orang yang call tak setuju, sbb callers ramai cakap, ada kawan yang cun-cun, tapi menganggur pon ada...ia lebih kepada experience diorng cakap...

Pastu ada yang bg contoh pelakon / artis US, spt Oprah Winfrey... atau pelakon dlm citer Spiderman, siapa nama ntah (ayah kepada kawan baik Spiderman) dan byk lagi, diorang kaya jadi artis, tapi tak ensem / cantik mana pon....

Tapi aku ada tau beberapa company yang hire staff tengok rupa jugak... kaalu rupa cun sikit, senang dpt kerja...

Apa pendapat korang? Korang ada komen / experience?
AbgZan
Hari ini, insyaAllah aku, isteri dan anak-anak dijadualkan bertolak ke Kuching, Sarawak pada jam 5.00 petang...

Wah-wah, melancong aja aku sekeluarga, hehe... ingat kaya sgt ke, haha... bulan Januari hari tu dah pergi Medan.... ni pergi Kuching pulak....

Jangan salah sangka, kami bukannya orang kaya... tapi kebetulan last year, kami dapat tiket Air Asia pergi ke Kuching dengan harga yang amat murah....

cuba teka berapa ringgit tiket PERGI BALIK total utk aku, wife dan 2 orang kanak-kanak (5 thn dan 3 thn)?

RM300? RM500? RM250?

Salah...semua salah...

Harganya hanya RM60 total, termasuk minyak, dan tax...kalau harga tak semurah tu, jangan harap aku nak pi Kuching, hehe....

Nak tau apa rahsianya?
AbgZan
Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu, akhirnya sampai jugak surat dari Bank Rakyat siang semalam...

Sebelum ni banyak jugak surat dari Bank Rakyat sampai, ingatkan surat untuk penambahan Syer Saham Bank Rakyat, rupa-rupanya surat loan, etc (yg tak berkaitan dgn penambahan syer)...

Disember 2011, wife aku dapat surat untuk penambahan syer saham bank rakyat, sebanyak RM11k... minggu yang sama, abang sulong aku pon dapat, sebanyak RM7k kalau tak silap... tak lama lepas tu, saudara kembar aku dapat jugak, dlm lingkungan RM10k...

Semua mereka dapat surat tahun lepas... aku duk tunggu tak dapat2 offer letter tu... sampailah siang tadi baru dapat, tu pon dia hantar ke rumah parents aku... parents aku cakap adek aku baru dapat surat, penambahan syer saham sebanyak RM1k....erk...RM1k aja? kesian pulak aku dgr...pastu mak aku cakap, ada surat utk aku jugak... terus aku bagi kebenaran pada mak aku untuk bukak surat, dan mak aku cakap, aku ditawarkan sebanyak RM16k, wow.... alhamdulillah...

Aku ada buat sedikit analisa, bagaimana keputusan dibuat untuk jumlah syer yang ditawarkan... pada mulanya aku kaitkan dengan tarikh berapa lama kita dah queue...(utk makluman aku dah join sejak 2004, dan pada 2005, aku telah queue sebanyak 3 kali, kali pertama dia panggil dlm masa 1 bulan, kali kedua dia panggil dalam masa 3 bulan, kali ke-3 dia tak panggil-panggil sampailah skrg...)

Tetapi dibandingkan dengan adek beradek aku, dan sedara-sedara / kawan2, aku dapati tempoh queue tidak tepat...

Maka hipotesis aku yang seterusnya aku kaitkan jumlah tawaran tu dengan jumlah syer yang kita ada skrg... pon tidak tepat....

Hipotesis yang terakhir aku rasa yang paling tepat... iaitu jumlah syer yang ditawarkan dikaitkan dengan jumlah loan yang kita buat dgn Bank Rakyat skrg... lagi byk loan kita buat dgn Bank Rakyat, lagi banyak tawaran yang diberi... sbb mungkin bank rakyat nak tawarkan kepada mereka yang ada memberi manfaat kepada mereka jugak....

Itu aku rasa ler....

Okler, ada sesiapa di sini sudah dapat surat tawaran penambahan syer saham Bank Rakyat?
AbgZan
Saya nak kongsi kisah yang saya baca di Metro dan Kosmo... saya tak pernah dengar daripada RM50 boleh membiak sampai RM17 juta... kalau dikira, wang tersebut membiak sebanyak 340,000X ganda... wow.... memang perkara sebegini AMAT jarang berlaku...lebih2 lagi apabila ia melibatkan nasib dan judi...

Nak dijadikan citer, seorang mamat ni main judi, masuk RM50 jer, tapi daripada RM50 dia dpt biakkan kepada RM1,400 dan seterusnya RM140,000. Lepas tu, tamak punya pasal, dia main lagi, dapat RM17 juta...wow...

Memang jarang berlaku perkara camni, lebih2 lagi bermain judi... sebab selalunya pusat-pusat judi ni, diorang dah ada sistem diorang yang merugikan pelanggan... tetapi macamana pemain judi ni boleh menang sampai RM17 juta...

Apa pun, apa yang nak dikongsi di sini, bukan nak galakkan kita bermain judi, tetapi nak bagi tahu main judi tu haram... kalau menang pon, duit haram... dan dalam kes mamat yang menang RM17 juta tu, walaupon dia berjaya menang RM17 juta pon, tapi dia tak dapat pon duit tu, malah dikejar Along lagi... tak pasal-pasal... mungkin sbb dia tere sgt kot, hehe...

So, kalau jangan ler main judi, sbb bukan senang nak menang, dan kalau menang pon, bukannya ousat judi tu nak bayar, malah depa marah kat kita ada la, haha....

--------------------------------------------------------

Menang RM17j nyawa terancam

KUALA LUMPUR: Dia mungkin seorang pakar permainan judi komputer apabila menang pertaruhan RM17 juta, namun kemenangan itu bukan saja gagal menjadikannya jutawan, malah nyawanya terancam sehingga memaksa dia mendapatkan perlindungan.

Itu nasib lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Alwi, 35, apabila dia kini diburu serta diancam bunuh anggota kumpulan kongsi gelap selepas tauke pusat siber tempat dia bermain berang dengan tindakannya menuntut wang kemenangan RM17 juta itu.

Alwi berkata, segala-galanya bermula apabila dia bermain satu permainan judi komputer dikenali sebagai ‘Football Fever’ dengan nilai pertaruhan RM50 di sebuah pusat siber di Taiping, hujung bulan lalu.

“Hasil pertaruhan RM50 itu, saya menang RM1,400 dan menggunakan semua wang itu sebagai pertaruhan untuk terus bermain sehingga mengumpulkan RM140, 000 dalam masa kurang setengah jam.


“Walaupun jumlah wang kemenangan itu sudah banyak, tapi saya tak mengambilnya atau istilah yang sering digunakan ‘cuci duit’. Sebaliknya saya gunakan sebagai pertaruhan hingga menang lebih RM17 juta,” katanya.


Sumber: Metro
AbgZan
PENGUMUMAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kadar dividen sehingga enam peratus kepada pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 membuktikan ekonomi negara masih stabil walaupun berlaku krisis ekonomi di luar negara yang dijangka memberi kesan kepada prestasi pelaburan domestik tahun lalu.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata, kadar yang ditawarkan KWSP adalah reaksi positif walaupun berlaku keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti di Amerika Syarikat, China dan negara Eropah lain.

Beliau berkata, kadar inflasi negara yang turut meningkat pada kadar satu peratus kepada tiga peratus tahun ini memperlihatkan pelaburan domestik masih berada di tahap kukuh.

“Penawaran kadar peratus yang tinggi itu mungkin disokong sektor domestik yang masih mampu mengekalkan prestasinya tahun ini walaupun negara dijangka berdepan krisis kredit.

“Ini juga menunjukkan program dilaksanakan kerajaan membantu memperkukuhkan ekonomi dalaman seperti mewujudkan program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menyumbang kepada penawaran peratusan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, semalam.

Sementara itu, Bekas Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, kadar ditawarkan KWSP dilihat masih rendah berbanding dengan badan pelaburan lain ketika ini.

Katanya, sebelum ini, KWSP menawarkan kadar dividen sebanyak 5.8 peratus dan peningkatan hanya 0.2 peratus itu masih dikategorikan kecil dan KWSP perlu melihat bagaimana badan-badan pelaburan lain yang mampu menawarkan kadar dividen lebih tinggi kepada pencarumnya sehingga ada yang mencatatkan 14 peratus.

Sumber: Metro
AbgZan
ROBERT Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang Malaysia paling kaya, dengan aset bernilai RM45.7 bilion, walaupun kekayaannya susut lapan peratus, diikuti T Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank dengan kekayaan berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Menurut laporan Malaysian Business, Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala di tempat kelima milik usahawan Bumiputera terkaya di Malaysia, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.


Menurut laporan berkenaan, aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu adalah berdasarkan nilai pegangan mereka dalam syarikat senaraian sehingga 20 Januari lalu.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, namun ia turun kira-kira enam peratus tahun ini.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Lee dari IOI Corporation mengekalkan kedudukan di tempat keempat manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group menambah kekayaannya sebanyak lapan peratus kepada RM9.53 bilion.

Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai berkenaan secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari 2012 susut tujuh peratus berbanding RM206.37 bilion tahun lalu.

Bagaimanapun tahun ini terdapat penambahan tiga jutawan berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng, masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Tiong dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Ong menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baru yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd) yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd) kembali selepas empat tahun.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Sumber: Harian metro
AbgZan
Kesian bila baca kisah ni... jumlah kehilangan yang terlalu banyak...kalau takat RM20k ok lagi....ni RM960,000, hampir RM1 juta tu... sekadar ingin berkongsi ...

---------------------------------------------

Pelaburan RM960,000 jadi ‘abu’

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berputih mata apabila RM960,000 (AUD295,000) dilaburkan dalam pelaburan hartanah antarabangsa di Australia lesap apabila dilarikan lelaki menyamar sebagai ‘orang tengah’ skim itu.

Difahamkan, mangsa membuat laporan polis Khamis lalu, tidak menyangka lelaki berusia 29 tahun itu hanya menjadikan dia dan rakan sebagai penyumbang dana bagi pelaburan dibuat lelaki terbabit.


Menurut mangsa dikenali sebagai Marina, 63, dia didatangi lelaki dikenali ‘Leo’ itu ketika pulang ke Malaysia bertemu kenalan rapat.


“Dia datang ke rumah saya dan mengaku eksekutif pemasaran yang mahu mencari pelabur bidang hartanah yang dijangka mampu memberi pulangan lumayan selepas 12 hingga 18 bulan.


“Sebaik mendengar penerangan diberikan Leo, saya bersetuju membuat pelaburan keseluruhan RM814,000 (AUD250,000) kepada lelaki terbabit tanpa mengesyaki niat jahatnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.


Marina berkata, pelaburan pertama dibuat pada 2008 melalui bayaran menggunakan bank draf sebelum suspek menghubunginya dan meminta bayaran tambahan RM146,000 (AUD45,000).


“Saya diberitahu kononnya projek hartanah itu berdepan masalah dan memerlukan suntikan modal tambahan untuk dapat diteruskan sehingga siap sepenuhnya,” katanya.

“Bayaran permulaan dibuat pada 2008, manakala bayaran tambahan sekitar April 2010,” katanya.

Katanya, dua bulan kemudian, Leo memberitahu projek itu sudah tiada potensi menjana keuntungan dan bercadang menghentikan pelaburan dibuat.

“Mendengarkan keputusannya, saya bertanyakan wang pelaburan yang sudah dibayar termasuk keuntungan yang masih belum diterima,” katanya.

Katanya, Leo memberitahu akan memulangkan wang dibayar sebagai modal permulaan bersama keuntungan yang masih belum dilangsaikan.

Katanya, Julai tahun lalu, Leo mengesahkan penarikan diri daripada skim pelaburan itu dan memberitahu modal, keuntungan akan dibayar melalui cek sebelum Oktober 2011.

“Saya mula berasa tertipu dengan permainan Leo apabila dua cek diberikan bernilai RM300,000 dan RM700,000 ditendang sebanyak tiga kali.

“Setiap kali saya menghubungi Leo, dia berjanji memberikan cek baru dan setiap kali itu juga cek i berikan turut ditendang,” katanya.

Sumber: metro



Takkan baca aja kawan2, komen ler sikit, hehe
AbgZan
Adakah anda ada berhutang dengan sesiapa? Hutang anda itu kekal ke, atau bertambah2? kalau bertambah berapa percentkah penambahannnya?

Saya terkejut baca satu artikel ni, tentang seorang warga emas ni, hutangnya naik hampir 100x ganda, daripada asal...iaitu daripada RM28,000 kepada RM2.6 juta....logikkah?

Ini semua gara-gara along...bahaya betul along ni....dari dulu sampai sekarang, walaupun sudah masuk paper byk kali, tapi orang masih mau pinjam dari along....mungkinkah kerana terdesak sgt? atau kerana bank tak luluskan pinjaman? atau salah siapakah? Adakah perlu kerajaan tutup syarikat2 pinjaman wang ni semua? Kerajaan ada hakkah? saya pun kurang pasti...

Ada sesiapa ada pengalaman dengan along tak? mungkin boleh kongsi bersama...hehe :)

---------------------------------------------------------
Hutang RM28,000 jadi RM2.6 juta

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan along yang mahu menggantung kepala babi dan menyimbah cat merah di depan rumahnya di Taman Melawati, berikutan kegagalan menyelesaikan hutang sebanyak RM2.6 juta.

Ugutan itu diterima Khamis minggu lalu pada jam 11 pagi selepas mangsa dihubungi along yang meminta menjelaskan tunggakan hutang setiap bulan dengan bayaran RM2,500.


Mangsa, seorang suri rumah berusia 60 tahun, sebelum ini menjadi penjamin kepada 24 rakan yang membuat pinjaman dua tahun lalu dan tidak menyangka along mencarinya untuk menuntut baki hutang.

Sumber polis berkata, mangsa terkejut selepas dimaklumkan dirinya mempunyai hutang RM2.6 juta ekoran tidak melunaskan bayaran pinjaman dibuat sebanyak RM28,000.

Katanya, mangsa hanya menjadi penjamin kepada rakannya yang membuat pinjaman dengan niat mahu membantu, tetapi kini terpaksa menanggung beban selepas along memburu dan mengugutnya.

Sumber: Metro

Takkan baca aja kawan2, komen ler sikit, hehe
AbgZan
Ini satu artikel tentang harga emas...menarik untuk dibaca, kepada peminat2 emas :)

----------------------------------------------------------
Harga emas jangka cecah RM6,000 satu auns

HARGA emas dijangka terus meningkat hingga mencecah harga purata AS$1,975 (RM6,000) bagi satu auns (28.35g) menjelang suku keempat tahun ini berikutan sentimen positif terhadap komoditi itu meskipun ketika situasi ekonomi global berdepan keadaan tidak menentu.

Ketua Pakar Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice berkata, selain emas, harga minyak turut dijangka naik kepada AS$100 (RM301) setong menjelang separuh kedua tahun ini.


Beliau berkata, terdapat empat faktor yang mendorong peningkatan harga emas iaitu jumlah hutang tinggi di barat, kadar faedah sebenar yang negatif, permintaan tinggi dari China, India dan bank-bank pusat serta bekalan terhad komoditi berkenaan.


“Suasana tidak menentu ekonomi global secara berterusan turut merangsang minat terhadap emas sebagai alternatif bagi melindungi nilai berbanding pelaburan lebih berisiko.


“Kenaikan harga minyak pula disebabkan risiko ketidakstabilan politik di Timur Tengah dan permintaan kukuh daripada pasaran baru muncul terutama China,” katanya pada taklimat media di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, katanya pasaran ekuiti di negara ini yang mencatatkan prestasi kukuh tahun lalu, kini sudah meningkat.

“Kami mengambil pendirian ‘neutral’ mengenai pasaran ekuiti di Malaysia untuk tahun ini,” katanya.

Sumber: Metro

Takkan baca aja kawan2, komen le sikit sepatah dua, hehe
Labels: , 0 comments | edit post
AbgZan
Adakah sekarang masa yang terbaik untuk melabur dalam emas? Ramai yang berminat untuk melabur dalam emas, sebab kononnya emas ni long term akan menaik....memang betul saya tak nafikan....akan tetapi, itu tak bermaksud harga emas tidak akan turun....harga emas tetap akan menurun untuk mendapatkan momentum untuk melonjak naik....

contohnya, pada tahun 2003, harga emas pernah turun dari lebih kurang USD400 kepada USD330 per ounce (1 ounce = lebih kurang 30 gram, 1USD = lbih kurang RM3, rate skrg)....cuba kira, penurunan USD70 daripada USD400, berapa percent kah itu?

kemudian tahun 2006, pernah harga emas turun daripada USD780 kepada USD580....

lepas tu dia sambung naik kepada about USD1000 per ounce, sblm turun plak kepada USD680 (time ni sy amat busy call Maybank utk beli kijang coin)....

lepas tu latest aritu dia naik kepada about USD1900 sblm dia turun ke paras USD1560 camtu...kalau di bank, harga emas turun daripada lebih kurang RM190 kepada RM155 camtu....sblm dia turun daripada takuk RM190, sy dengar ramai org yg terlalu teruja dan beli emas kat kedai emas (harga di kedai lagi mahal sbb ada upah, more than RM200+) spt Poh Kong, Habib Jewels, Tomei, sbb tak sabar2... time sy dok senyum dgn telatah orang2 kita...

dan skrg harga emas di kedai sudah turun balik...

pada pendapat sy, emas skrg ni tak sesuai untuk dibeli dgn BIG LUMP SUM...kalau mau beli, beli secara sikit....atau kaedah DCA , dollar cost averaging... mungkin setiap bulan beli sikit2, beli untuk long term....tapi kalau untuk beli dengan big lump sum of money, jgn beli skrg....

ini kerana, walaupun saya setuju dgn pakar2 analyst mengatakan emas akan naik ke paras USD2000-2500 per ounce (ada yg terlalu optimis jangkakan ia mampu cecah USD10,000), tetapi, emas masih ada ruang untuk turun...pada analysis saya, emas bole turun ke paras USD1300-1400 per ounce (lingkungan RM125-140 per gram), sblm naik menuju ke paras USD2500...


Kepada yang nak sgt invest dlm gold...if you really want to invest, dan takmo tunggu ia turun ke paras USD1300, nasihat saya, anda tanya diri anda:

1) berapa banyak anda nak peruntukkan utk invest gold? katakanlah RM100k...

2) tunggu sampai harga gold turun ke paras di bawah $1,650 per ounce, baru start masuk, tapi masuk 1/3 sahaja, iaitu Rm33k...bakinya tinggal dulu....jika harga turun lagi ke paras bawah USD1500 per ounce, masuk lagi anoher Rm33k....jikalau ia turun di bawah USD1300 per ounce, masuk lagi the remaining RM33k...

3) kalau selepas anda masuk 1/3 pada mulanya tadi pada $1650, harga sambung naik, jgn terburu2 utk tambah pelaburan, tetapi tunggu dan lihat aja...until it reach about $2000, boleh la jual pegangan tadi, dan senyum, sbb sudah untung, walaupon hanya 1/3 aja....atau kalau takmo jual, pon ok...simpan aja...

Apa pun itu nasihat dari saya aja...terpulang la kepada diri anda :)

Wallahu'alam..

Takkan baca aja kawan2, komen ler sikit sepatah dua, heehee
Labels: , 2 comments | edit post