PENGUMUMAN Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi kadar dividen sehingga enam peratus kepada pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 membuktikan ekonomi negara masih stabil walaupun berlaku krisis ekonomi di luar negara yang dijangka memberi kesan kepada prestasi pelaburan domestik tahun lalu.
Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan berkata, kadar yang ditawarkan KWSP adalah reaksi positif walaupun berlaku keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti di Amerika Syarikat, China dan negara Eropah lain.
Beliau berkata, kadar inflasi negara yang turut meningkat pada kadar satu peratus kepada tiga peratus tahun ini memperlihatkan pelaburan domestik masih berada di tahap kukuh.
“Penawaran kadar peratus yang tinggi itu mungkin disokong sektor domestik yang masih mampu mengekalkan prestasinya tahun ini walaupun negara dijangka berdepan krisis kredit.
“Ini juga menunjukkan program dilaksanakan kerajaan membantu memperkukuhkan ekonomi dalaman seperti mewujudkan program Transformasi Ekonomi (ETP) yang menyumbang kepada penawaran peratusan terbabit,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, semalam.
Sementara itu, Bekas Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, kadar ditawarkan KWSP dilihat masih rendah berbanding dengan badan pelaburan lain ketika ini.
Katanya, sebelum ini, KWSP menawarkan kadar dividen sebanyak 5.8 peratus dan peningkatan hanya 0.2 peratus itu masih dikategorikan kecil dan KWSP perlu melihat bagaimana badan-badan pelaburan lain yang mampu menawarkan kadar dividen lebih tinggi kepada pencarumnya sehingga ada yang mencatatkan 14 peratus.
Sumber: Metro