AbgZan
Adakah anda ada berhutang dengan sesiapa? Hutang anda itu kekal ke, atau bertambah2? kalau bertambah berapa percentkah penambahannnya?

Saya terkejut baca satu artikel ni, tentang seorang warga emas ni, hutangnya naik hampir 100x ganda, daripada asal...iaitu daripada RM28,000 kepada RM2.6 juta....logikkah?

Ini semua gara-gara along...bahaya betul along ni....dari dulu sampai sekarang, walaupun sudah masuk paper byk kali, tapi orang masih mau pinjam dari along....mungkinkah kerana terdesak sgt? atau kerana bank tak luluskan pinjaman? atau salah siapakah? Adakah perlu kerajaan tutup syarikat2 pinjaman wang ni semua? Kerajaan ada hakkah? saya pun kurang pasti...

Ada sesiapa ada pengalaman dengan along tak? mungkin boleh kongsi bersama...hehe :)

---------------------------------------------------------
Hutang RM28,000 jadi RM2.6 juta

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas hidup dalam ketakutan selepas menerima ugutan along yang mahu menggantung kepala babi dan menyimbah cat merah di depan rumahnya di Taman Melawati, berikutan kegagalan menyelesaikan hutang sebanyak RM2.6 juta.

Ugutan itu diterima Khamis minggu lalu pada jam 11 pagi selepas mangsa dihubungi along yang meminta menjelaskan tunggakan hutang setiap bulan dengan bayaran RM2,500.


Mangsa, seorang suri rumah berusia 60 tahun, sebelum ini menjadi penjamin kepada 24 rakan yang membuat pinjaman dua tahun lalu dan tidak menyangka along mencarinya untuk menuntut baki hutang.

Sumber polis berkata, mangsa terkejut selepas dimaklumkan dirinya mempunyai hutang RM2.6 juta ekoran tidak melunaskan bayaran pinjaman dibuat sebanyak RM28,000.

Katanya, mangsa hanya menjadi penjamin kepada rakannya yang membuat pinjaman dengan niat mahu membantu, tetapi kini terpaksa menanggung beban selepas along memburu dan mengugutnya.

Sumber: Metro

Takkan baca aja kawan2, komen ler sikit, hehe
Labels: , edit post
1 Response
  1. Derok Says:

    kesiannye..kalau kerajaan nk tutup semua syarikat pemberi pinjaman pun susah jgk, sebab syarikat2 ni sah dr segi undang2 malaysia, dah sign perjanjian, x blh senang2 gov nk tutup, melainkan jgn bagi kelulusan pd syarikat2 baru..

    tp bg org awam, kena berjaga2, kene berjimat cermat, jgn menterjah jew nk melabur, takur melebur..huhu