AbgZan
"Encik, encik free tak skrg?" Begitulah pertanyaan yang terpacul dari mulut seorang mamat ni, sebaik sahaja aku meletakkan kenderaan di tempat letak kereta berdekatan PKNS...

"Alamak, saya ada hal la skrg..." saya mengelak, sebab saya sudah masak dengan orang-orang sebegini, sure mahu jual barang punya...padahal saya memang ada hal nak pergi PKNS ni...kalau depa dah mula bukak cerita, for sure sekurang-kurangnya 30 minit habis kat situ...

"Encik tau tak, macamana pencuri mencuri kereta, senang jer....meh sini saya tunjuk kat kereta encik..."

Erk...kata-kata tersebut, membuatku terpaku...perasaan ingin tahu, berbaur dengan perasaan bimbang yang tiba-tiba muncul di benak fikiranku...terusku "mengangguk" bagaikan terpukau dengan helah salesman tersebut....

Salesman tersebut, tanpa membuang masa terus mengeluarkan dawai, dan tidak sampai 2 saat, pintu keretaku terbuka....tidak sampai 10 saat, enjin dihidupkan....kebetulan keretaku takde alarm...menurut mereka, kereta yang ada alarm pun, mereka boleh matikan dengan mudah...

Begitulah introduction salesman-salesmen tersebut, yang tidak kurang 6 orang jumlah mereka bergelegar di perkarangan letak kereta berdekatan PKNS...tujuannya tak lain dan tak bukan hanya untuk jual product mereka, iaitu product security system, bagi mengelakkan kereta dicuri orang...tidak perlulah saya namakan apa nama syarikat tersebut....

Nak dipendekkan cerita, aku tak beli product diorang, sbb agak mahal...pastu aku terus pi PKNS...then, aku balik rumah...sedar-sedar jer....ARGGHHHHHHHHHH.....ipod sudah ilang...di mana yer??? tercicir kah?? tak mungkin...jadi di mana ye??? baru kuingat, kali terakhir anakku yang berusia 3 thn lebih bermain ipod di seat belakang kereta, dan memang selalu dia main dan tinggalkan saja di seat kereta....dan nak dijadikan kereta, kbetulan, haritu, aku terlupa nak cek, barangkali disebabkan diluru oleh salesman2 tadi....

Apa kesimpulan/ ramalan ku buat???

Ramalanku, dan aku yakin 98%, bahawa ipodku dicuri oleh "pakar-pakar" tadi...tujuan cerpenku ini, bukan untuk menuduh, atau mengadu, tetapi untuk mengingatkan semua bahawa:

1) Hati-hati dengan salesmen-salesmen tersebut, jikalau diapproach, kalau boleh, cepat-cepat blah....

2) Pastikan tiada barang berharga dalam kereta, kerana "pakar pencuri kereta" tersebut, hanya memerlukan 2 saat untuk membuka pintu...renungkanlah....

3) Jikalau kereta yang ada alarm, mereka akan buka kereta cara lain, iaitu, dengan cara membuka bonet depan, diikuti membuka "lock" kereta dengan bermain2 dengan alarm/bateri di bonet...(aku tak pandai nak cerita, sebab tak pakar)

4) Kalau boleh, parking ler di tempat lebih selamat, dan lebih dekat dengan ramai orang, biarpun lebih mahal kos parking...

5) kalau mampu, pasanglah alarm yang lebih selamat

Kesimpulannya, aku TENSENNNN sbab Ipod Touch mainan kgemaran anakku dicuri orang...kena cari lain, arghhh, tesennnya la...

Wallahu'alam...
4 Responses
  1. Matjoe Says:

    chiss, x guna nyer pencurik. ni basalan ngko x beli barangan dieorang.

    kalau camni ko try pasang lock handle, try tgk depa berjaya bukak tak.


  2. Mama Fawwaz Fahmi Says:

    Itulah,
    mama pon geram dan sedihhhh...dah laaa hadiah lucky draw okeyy!!! bukan senang tau:(

    Sian fawwaz..suka kemain die main ipod..kalah org besar


  3. Farid Adam Says:

    pakai padlock je...macam mister bean tuuu...

    anyway, takziah le atas kehilangan ipod tu...


  4. Ummie Says:

    seram baca.
    anyway, tx 4 sharing.