AbgZan
Sekarang ni, macam-macam cara cepat nak kaya....cara cepat nak dapat duit....macam-macam kaedah orang gunakan....kaedah yang tak pernah orang pikir pun digunakan...tapi kalau kaedah legal tak mengapa la kan..tapi ni kaedah yang illegal...

Antara yang digunakan adalah kaedah menipu diri adalah seorang doktor pakar....hebat jugak, sebab nak tipu kaedah ni, anda kena ada ilmu at least sedikit ilmu perubatan...dan jugak ilmu "lakonan", atau sekurang-kurangnya pernah berlakon dalam wayang atau drama....

Ish ish...risau pulak...sekarang ni, semua perkara boleh ditipu....

So hati-hatilah semua ya....

-------------------------------- ---------------------------------

'Pakar forensik' perdaya pelabur dipetik dari Harian Metro

AMPANG: Mendakwa dirinya seorang doktor pakar, seorang wanita memperdayakan beberapa individu supaya melabur dalam projek membekal peralatan hospital menyebabkan mangsa kerugian puluhan ribu ringgit.

Terbaru, seorang mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, mendakwa dia ditipu suspek untuk melabur lebih RM10,000.


Susulan itu, polis Bukit Aman menyebarkan gambar dan identiti suspek, Natra Zehan Md Shah, 38, melalui laman web Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam, selepas dikesan sudah menipu tiga mangsa.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang dihubungi berkata, suspek dipercayai melakukan penipuan dengan menyamar ‘Dr Pakar Forensik’ sejak 2009 dan setakat ini tiga mangsa sudah membuat laporan.


Menurutnya, suspek menggunakan taktik menyamar doktor pakar sebuah hospital di ibu negara dan meyakinkan mangsanya untuk melabur dalam projek membekalkan peralatan hospital yang akan memberikan pulangan lumayan.


“Kami tidak menolak kemungkinan mangsa yang terbabit penipuan ini lebih ramai, namun hanya tiga yang tampil membuat laporan.



“Mengikut rekod, dua laporan terhadap suspek dibuat mangsa di Kajang pada tahun lalu dan laporan terbaru di Ampang beberapa bulan lalu. Ia membabitkan wang yang besar,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.


Amiruddin berkata, suspek kini menghilangkan diri serta gagal dikesan di alamat terakhirnya di nombor 52, Jalan Dua, Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Sarjan R Veraiyah di talian 019-3822625 atau Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Ampang Jaya, 03-42952222.


Mereka juga boleh menyalurkan maklumat melalui SMS Polis Selangor ke 32728 atau hotline Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di talian 03-20529999 atau balai polis berhampiran.


p/s: kalau rajin korang add le blog aku ni dalam blog u all yer...n follow ler my blog, hehe....mana tahu ada kisah news atau kisah hidupku yang boleh korang jadikan teladan atau sempadan, hhe...
Labels: , edit post
0 Responses